Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pandangan pertama Devil May Cry: Pinnacle of Combat

Amir Haziq by Amir Haziq
April 3, 2021
in Android, ARPG, Artikel, Berita, Game Baru, Genre, iOS, Mobile, Pandangan Pertama, Platform, Review
0 0
0
Pandangan pertama Devil May Cry: Pinnacle of Combat
Share on FacebookShare on Twitter

Devil May Cry: Pinnacle of Combat adalah salah satu tajuk permainan mobile yang ditunggu-tunggu. Permainan ini telah mengadakan ujian beta terakhir mereka bermula dari 25 Mac yang lalu melalui TapTap bagi peranti Android. Saya telah mencuba sendiri Devil May Cry Mobile ini bagi merasai dan melihat apa yang menarik di dalamnya. Ini adalah ulasan saya mengenai pandangan pertama bermain Devil May Cry: Pinnacle of Combat.

Grafik dan audio permainan

Untuk permainan yang berasal dari IP yang begitu besar, saya mengharapkan sesuatu yang boleh buat saya teruja dari Devil May Cry Mobile ini. Saya telah menaikkan grafik permainan ini ke tahap maksimum, tetapi ianya masih kelihatan kurang memuaskan ketika saya bermain.

Tetapi, saya perlu memberi pujian untuk reka bentuk peta dan persekitaran permainan ini, walaupun ianya mempunyai kekurangan dari segi grafik, namun penjiwaan permainan tetap ada. Saya telah menghabiskan empat bab, dan pemandangan mereka gunakan jarang sekali berulang. Semestinya Main Quest permainan membuatkan anda kembali ke tempat tertentu, tetapi bagi saya ia tidak menjadi masalah. Anda juga boleh menghancurkan beberapa props semasa bermain untuk mendapatkan Green Orb yang muncul darinya secara rawak.

Sementara audio permainan ini pula, tidaklah begitu teruk bagi saya. Cuma anda mungkin akan perasan dimana watak tidak membuka mulutnya ketika bercakap.

Gaya Permainan

Permainan ini bukan berkonsepkan open world, kerana ia memberikan anda membuat misi, menuju ke loading screen untuk ke NPC, dan anda akan dibawa ke kawasan misi. Walaupun dalam quest, peta permainan kurang lancar kerana anda perlu berjalan ke pintu dan menekan butang untuk masuk ke kawasan baru.

Dari segi pertempuran, saya berasa sangat seronok dan kagum ketika bermain. Ini pastinya sesuatu yang pemain harapkan daripada permainan DMC. Serangan kombo yang mudah dipelajari memberikan pemain baru mudah untuk memahami kaedahnya dengan cepat.

Selain itu, dari segi kawalan permainan, saya berasa sedikit kekok. Permainan ini mempunyai 5 butang input utama, serta butang ‘Devil Trigger‘ dan ‘enemy lock‘ yang menyebabkan anda agak payah untuk mengubah sudut kamera ketika bertempur. Bagusnya, permainan ini menyokong controller luar, bermaksud anda boleh menyambungkan peranti ke controller dan mengubah tetapan dalam permainan untuk menggunakannya.

Tambahan pula, butang input tidak selari dengan animasi kerana anda perlu mengira tekanan butang berbanding memfokuskan apa yang berlaku di skrin untuk melakukan apa yang mahu. Contohnya, ketika saya mahu melakukan dua B Attack dan lompat, saya perlu mengira dua kali tekanan butang secara manual, menunggu animasi dan kemudian baru boleh menekan butang lompat. Jika tidak, permainan akan mencatat sebagai serangan tambahan apabila saya menekan berkali-kali menunggu animasinya.

Dari segi pertempuran dengan bos, kuasa serangan bos dalam permainan ini lebih besar dari biasa. Terdapat satu Green Orb untuk anda melakukan penyembuhan kecemasan semasa berhadapan dengan bos. Selepas dari itu, anda tiada lagi bantuan penyembuhan. Sekiranya mati, anda mempunyai 3 lagi peluang untuk hidup semula dengan menggunakan item yang mengembalikan sistem health anda sepenuhnya.

Manakala dari segi kamera permainan pula, tidak banyak benda yang boleh anda lakukan, melainkan anda bermain menggunakan controller. Terdapat tutorial yang memberitahu anda bagaimana untuk lock enemy, tetapi ianya di Chapter 3 permainan dimana sudah terlewat untuk diberitahu. Anda juga akan hadapi masalah setelah melakukan locked terhadap bos menggunakan controller, yang menyebabkan pemain tidak dapat mengubah sudut kamera lagi. Selain dari itu, tiada lagi untuk dikomen kerana dari aspek bertarung memang seperti anda bermain DMC yang lain.

Perlu menggunakan wang

Walaupun permainan ini boleh dimain secara percuma, tetapi anda masih perlu menggunakan wang untuk membeli karakter. Anda diberi pilihan samaada watak Lady atau Vergil untuk dimainkan jika tidak mahu bermain menggunakan Dante. Namun, Lady hanya tersedia jika anda mencapai level 10 dan selesaikan misi dungeon. Menurut pemain China pula, Vergil boleh dibeli dengan RMB3,000 (anggaran RM1,904).

Pemain juga perlu membayar untuk senjata yang berbeza, melainkan anda menggunakan saja senjata yang didapati dengan bermain Main Quest. Di Chapter 2, anda akan dapat pedang dan senapang baru dan buat masa ini, anda perlu melakukan pembelian jika inginkan senjata baru. Di Chapter 4, pemain akan unlock ‘Weapon Smith‘, tetapi pemain tidak boleh membuat senjata kecuali melakukan reforge.

Selain watak dan senjata, anda boleh membeli barangan kosmetik permainan yang akan meningkatkan statistik pemain. Walaupun permainan ini belum mempunyai mod PvP, ianya akan menghadirkan ciri multiplayer quest pada masa akan datang.

Grinding

Bagi meningkatkan skill, anda memerlukan Red Orbs dan beberapa books. Anda juga boleh beralih ke senjata jenis lain dengan mempelajari pelbagai kombo.

Red Orbs juga berguna untuk meningkatkan senjata pemain, dengan gabungan dari beberapa barang lain. Anda boleh dapatkannya di chest yang diberikan ketika ‘Fame’ ditingkatkan dengan menyelesaikan Quest jika melakukan grind. Pemain juga dapat menaikkan level dan mengubah weapon attribute serta base attribute hasil dari grind.

Pendapat

Bagi saya, aksi dan pertempuran dalam permainan ini sangat bagus apabila dapat melakukan kombo hebat semasa bertarung. Walaupun grafik permainan kurang memuaskan, namun saya meminati reka bentuk persekitarannya. Dari segi watak pula, ianya agak pelik bagi penampilannya bagi saya.

Selain itu, nasib baiklah DMC dapat menyokong controller, agak mudah untuk saya bermain dan mengawal permainan.

Dari segi pembelian, saya rasa harga didalam permainan ini agak mahal dan tiada tawaran yang menarik. Tambahan pula, banyak elemen yang akan membantu pemain supaya tidak perlu membayar wang bagi melakukan unlock walaupun agak menyedihkan kerana Vergil perlu dibeli.

Saksikan gameplay Devil May Cry: Pinnacle of Combat Open Beta menggunakan telefon ROG 5:

Pra-daftar di sini
Devil May Cry: Pinnacle of Combat
Release Date TBC
iOS
Devil May Cry yang bebas dan fleksibel, gaya bertarung yang cantik dan tidak terkawal, dan pada masa yang sama, ia juga memberikan pemain pengalaman kombo mendalam dengan teknologi tangkapan gerakan terkemuka di industri
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: AndroidDevil May CryDMC MobileiOSmobile game
Previous Post

NieR Replicant ver.1.22474487139 .. mendedahkan barang bonus untuk mereka yang pra-pesan!

Next Post

Anime JoJo’s Bizarre Adventure: Stone Ocean disahkan sebagai sekuel terbaru!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!
Review

Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu
Review

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
Next Post
Anime JoJo’s Bizarre Adventure: Stone Ocean disahkan sebagai sekuel terbaru!

Anime JoJo's Bizarre Adventure: Stone Ocean disahkan sebagai sekuel terbaru!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!
Berita

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!

May 4, 2025
Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius
Anime

Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius

May 2, 2025
Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?
Filem

Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?

May 2, 2025
Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis
Fakta & Trivia

Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis

May 1, 2025
Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!
Filem

Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!

May 1, 2025
Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat
Jom Singgah!

Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat

April 30, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd