Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Pandangan Pertama] Demon Slayer: To the Hashira Training — Latihan Bermula Sekarang!

Maira by Maira
March 4, 2024
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Pandangan Pertama, Review
0 0
0
[Pandangan Pertama] Demon Slayer: To the Hashira Training — Latihan Bermula Sekarang!

©Koyoharu Gotoge / SHUEISHA, Aniplex, ufotable

Share on FacebookShare on Twitter

ufotable kembali dengan tayangan premier episod 1 untuk musim terbaru siri anime Demon Slayer. Seperti tayangan terdahulu, Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba – To the Hashira Training – menayangkan 2 episod akhir daripada Swordsmith Arc sebelum bersambung ke Hashira Training Arc. Buat peminat tegar Demon Slayer ia pastinya satu peluang yang menarik untuk tonton siri anime itu di skrin besar.

Kami tidak akan ulas panjang mengenai permulaan tayangan ini kerana ia hanyalah tayangan semula untuk 2 episod akhir Swordsmith Village.

Episod pertama Demon Slayer Hashira Training mengadaptasi bab 128 – 130 siri manga. Seperti biasa, kualiti animasi daripada ufotable sememangnya gempak habis. Lebih-lebih lagi dengan debut Wind Hashira dan Serpent Hashira yang penuh aksi hebat malah visual menawan apabila mereka menggunakan Breathing Style masing-masing.

Memandangkan Tanjiro baru sahaja habiskan satu pertarungan besar, sudah tentu dia memerlukan masa untuk pastikan dirinya sembuh semula. Jadi tidak begitu banyak aksi yang dipaparkan selain daripada ahli Hashira. Dalam musim ini, kita akan melihat lebih lanjut mengenai Hashira dan melihat susah payah mereka dalam menuju pertarungan akhir dengan Demon nanti.

Sudah tentu kami teruja melihat semula Zenitsu dan Inosuke kembali dalam musim baharu ini. Memang meriah betul episod ini, dengan penuh jeritan daripada mereka berdua sahaja. Memang tabik dekat pelakon suara mereka, Hiro Shimono dan Yoshitsugu Matsuoka dalam membawa kedua-dua watak ini tanpa suara mereka hilang. Memang kuat betul suara jeritan mereka ini. Dengan Nezuko sedang belajar untuk bercakap semula, ada beberapa scene yang lawak berlaku di sekitarnya.

©Koyoharu Gotoge / SHUEISHA, Aniplex, ufotable

Seperti tajuknya, “Hashira Training” akan membawa kita melihat Demon Slayer mendapat latihan daripada setiap ahli Hashira. Inilah masanya untuk kita melihat trio kita menjalani “training arc” untuk bersedia untuk pertarungan seterusnya. Dengan Muzan sudah mengetahui kewujudan Nezuko yang boleh berada di bawah matahari tanpa masalah, sudah pasti ahli demon Upper Rank dan Muzan tidak akan berdiam diri. Tidak sabar untuk melihat trio kegemaran kita sepanjang latihan ini.

Sudah tentu kita juga akan melihat ahli Hashira yang lain berusaha untuk mendapatkan Demon Slayer mark mereka tersendiri. Dengan sedikit konflik yang berlaku, harap-harap latihan mereka kali ini berjalan dengan lancar.

©Koyoharu Gotoge / SHUEISHA, Aniplex, ufotable

Lagu opening untuk musim baharu juga boleh tahan gempak juga. Bertajuk “Mugen”, lagu ini dipersembahkan oleh band Jepun terkenal, MY FIRST STORY bersama HYDE. Kami pasti anda juga akan teruja mendengarnya nanti.

Kalau anda ingin menonton episod satu ini lebih awal, bolehlah tempah tiket di TGV Cinemas sekarang! Untuk liputan menarik lain mengenai Demon Slayer daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Demon SlayerDemon Slayer: Kimetsu no Yaiba To the Hashira TrainingHashira Training ArcKimetsu No Yaiba
ShareTweetSend
Previous Post

Hampir 2 Tahun Hiatus, RuriDragon Kembali dengan Bab Baharu!

Next Post

Like a Dragon: Infinite Wealth Interview — Kenali Teras Siri, Ingin Adakan Acara di Asia Tenggara!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Like a Dragon: Infinite Wealth Interview — Kenali Teras Siri, Ingin Adakan Acara di Asia Tenggara!

Like a Dragon: Infinite Wealth Interview -- Kenali Teras Siri, Ingin Adakan Acara di Asia Tenggara!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd