Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pandangan pertama demo Immortals Fenyx Rising: Mahirkan darat & udara dalam pertempuran dinamik Yunani!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 11, 2020 - Updated on September 12, 2020
in ARPG, Artikel, Berita, Nintendo Switch, Pandangan Pertama, PC, PS4, PS5, Review, Ubisoft Connect, Xbox One
0 0
0
Pandangan pertama demo Immortals Fenyx Rising: Mahirkan darat & udara dalam pertempuran dinamik Yunani!
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, Ubisoft telah mengesahkan bahawa Gods and Monsters, yang telah mereka dedahkan di E3 2019, secara rasmi dinamakan kepada Immortals Fenyx Rising. Keseluruhan game ini termasuk penampilan, reka bentuk, dan gameplay akhirnya didedahkan hari ini dan akan dijelaskan lagi semasa acara digital Ubisoft Forward.

Yang gembiranya, sama seperti ulasan kami untuk Assassin’s Creed Valhalla dan Watch Dogs Legion, Ubisoft memberi peluang kepada kami di GS untuk mencuba game yang dinanti-nantikan ini dalam ujian “hands-on” peribadi. Tanpa melengahkan masa, mari saya cerita apa yang saya dapati daripada versi beta!

Jalan Cerita & Latar Belakang

Menurut rumusan rasmi oleh Ubisoft:

“Dalam Immortals Fenyx Rising, pemain akan menjadi Fenyx, demigod bersayap yang sedang berusaha menyelamatkan dewa-dewa Yunani di mana Fenyx dapat menggunakan kekuatan dewa seperti pedang Achilles dan sayap Daidalos untuk melawan musuh dan menyelesaikan teka-teki. Makhluk mitologi ikonik termasuk Cyclops dan Medusa akan cuba menghalang perjalanan, jadi anda harus menghadapi mereka dalam pertempuran sengit di darat atau udara. Fenyx juga mempunyai akses kepada anak panah yang dipandu sendiri, telekinesis, dan banyak lagi. Semuanya akan membantu dalam pengembaraan dunia terbuka di tujuh wilayah unik, masing-masing diilhami oleh para dewa.”

Kisah ini akan diceritakan oleh Zeus, Prometheus, dan Fenyx yang berjaya memecahkan “fouth wall” dengan perbualan dan dialog mereka yang lucu seperti Google, internet, dan isu-isu pada tahun 2019.

Immortals Fenyx Rising berlangsung di Golden Isle yang terdiri daripada 7 wilayah. 7 wilayah ini mempunyai ciri-ciri yang berbeza dan diilhamkan oleh dewa-dewa menghuninya, seperti King’s Peak, Grove of Kleos, Gates of Tartaros, Valley of Eternal Spring, War’s Den, dan Clashing Rock. Malangnya, saya hanya dapat menjelajah The Forgelands (diilhamkan oleh Hephaistos) dalam versi demo ini.

Selain itu, versi beta hanya buka difficulty Easy dan Normal, manakala versi rasmi akan mempunyai Story, Easy, Normal, Hard, dan Nightmare untuk pemain yang inginkan cabaran sebenar. Mari kita teruskan ke aspek gameplay pula!

Gameplay asas

Pertama sekali saya nak beritahu ialah Immortals Fenyx Rising yang saya main amat berbeza daripada trailer pertama yang ditunjukkan di mana mereka menggunakan rekaan kartun. Perkara kedua ialah dunia permainan memang besar dan walaupun saya main untuk beberapa jam, ia masih tidak cukup untuk menjelaskan isi kandungan di dalam permainan. Jalan cerita penuhnya pun masih diselubungi misteri kerana saya hanya dapat memainkan satu naratif dan bukan jalan cerita penuh dalam demo.

Pada dasarnya, ini adalah game berunsur “open-world action RPG” yang dibahagikan kepada pertempuran dan aksi menyelesaikan teka-teki. Ia juga memperkenalkan sihir dan mitologi serta skill tree yang yang kompleks untuk kita belajar bersama pelbagai abiliti unik untuk digunakan dalam pertempuran.

Semasa menjelajah The Forgelands, anda akan jumpa peti harta karun (kadang-kala ada peralatan atau sumber bahan), raksasa, dan mercu tanda. Demi memudahkan perjalanan, Ubisoft mengimplementasikan mod pandangan jauh untuk pemain memerhatikan keadaan sekeliling, dan menanda lokasi-lokasi penting di peta dunia.

Tidak mungkin kita akan menerokai dunia terbuka Yunani yang luas ini dengan hanya berjalan kaki? Sistem kuda datang membantu di mana kita boleh tekan Y (dengan lama) untuk menyeru kuda. Selain kuda, anda juga dapat menjinakkan haiwan-haiwan lain. Pemain mesti menyelinap belakang haiwan tersebut, dan kemudian menjinakkannya dengan menekan butang yang keluar di skrin. Dalam demo, saya hanya memakai dua jenis kuda berbeza tetapi versi rasmi mungkin ada lebih banyak jenis untuk kita gunakan.

Sistem pertempuran

Pertempurannya pun agak serupa dengan permainan action adventure lain, tetapi sedikit lebih menarik. Nampaknya Ubisoft telah membuat kajian daripada francais seperti God of War ketika memikirkan sistem pertempurannya. Anda boleh lock-on pada musuh, “double-jump”, menyerang dengan serangan ringan dan berat, mengelak dan menepis. Beberapa serangan musuh tidak boleh ditepis, dan akan ditandakan dengan notis merah. Antara perkara yang kita boleh lihat Ubisoft ambil daripada siri Assassin’s Creed ialah pemain juga boleh membunuh musuh secara sembunyi dan apabila berjaya mengelakkan serangan musuh, masa akan diperlahankan (mungkin dalam -5 saat).

 

1 of 3
- +

Anda dapat memakai pelbagai senjata, yang terdiri daripada:

  • Sword of Achilles (serangan ringan)
  • Axe of Atalanta (serangan berat)
  • Bow of Odysseus (serangan jarak jauh)
    • Anak panah tidak terhad dan versi demo aka menembak 10 anak panah sebelum mengisi semula.
    • Tidak boleh tembus perisai
    • Anak panah (Apollo’s Arrow) boleh dikawal untuk mudahkan menyasar musuh

Ia juga penting untuk kita mengelak serangan musuh dengan bantuan persekitaran (menyorok di belakang patung) dan menggunakan abiliti-abiliti khas untuk membantu menangani lebih banyak damage dalam bentuk combo di udara atau atas tanah. Beberapa musuh memakai perisai, jadi seperti permainan lain, anda boleh guna serangan berat atau membunuh semua askar lemah untuk pecahkan pertahanannya. Antara raksasa yang kita bakal jumpa ialah Cyclops, Minotaur, Medusa, burung mistik (tak tahu nama rasmi), dan lain-lain. Bagi saya, burung ialah antara musuh paling menjengkelkan dalam permainan kerana ia datang secara kumpulan dan menembak bebola api di udara. Andai kata jumpa, bunuh burung ini dahulu.

Kadang-kadang, Typhon’s Rage (lebih kurang macam bos) akan muncul di dunia permainan. Sekiranya pemain menarik perhatiannya, ia akan melemparkan meteor untuk menyerang pemain, atau menghantar Wraith of Odysseus (mini-bos) untuk menyerang pemain. Pada masa yang sama, raksasa juga semakin agresif dan mempunyai daya penglihatan yang lebih luas untuk mengesan pemain. Lambat laun, efek ini akan hilang tetapi kalau nak lebih cepat, kita boleh bunuh Wraith of Odysseus.

Dalam permainan, seekor burung phoenix bernama Phosphor akan menemani kita. Selain daripada menjadi mata-mata kita di langit, Phosphor dapat menyerang dan membunuh musuh secara senyap.

Sistem Stamina, HP & lain-lain

Terdapat meter stamina yang mengehadkan aksi pemain. Jika meter stamina habis semasa dalam pertempuran, anda tidak dapat membuat pergerakan yang rumit sehingga ia isi semula. Pemain perlu sentiasa menyerang raksasa untuk memulihkan stamina (lebih bagus jika ada pedang dengan bonus “stamina recovery acceleration” untuk tingkatkan kepulihan). Setelah pertarungan tamat, stamina kita akan pulih seperti biasa (cuma lambat). Nilai stamina ini dapat ditambahkan, tetapi versi demo belum membuka ciri di mana anda harus dapatkan Zeus ’Thunder dan pergi ke lokasi naik taraf stamina.

Bagaimana kita nak isi semula stamina dengan lebih cepat? Mudah saja. Makan buah-buahan atau potion! Terdapat potion HP, potion stamina, potion attack, dan potion defense untuk pemain guna. Dalam dunia permainan, buah-buahan menyala dan tugas kita adalah untuk mengutipnya. Buah-buahan ini boleh isi stamina, HP, dan lain-lain tetapi kesannya tidak cukup bagus, jadi saya sarankan kita gunakan buah-buahan tersebut untuk membuat potion pilihan anda. Jika rasa potion anda tidak cukup efektif, guna ramuan bernama Golden Amber untuk meningkatkan potensinya.

Skill Tree & Aspek Customization

Saya juga memperoleh mata kemahiran yang harus diperuntukkan dalam sistem kemajuan watak (skill tree). Fenyx mempunyai akses ke dua skill tree yang berbeza: Skill dan Godly Powers. Masing-masing mempunyai gaya permainan yang berbeza – di mana pemain boleh fokus pada pertempuran senjata atau pertempuran mistik seperti Heracles Strength yang membolehkan Fenyx menggerakkan objek berat, Athena’s Dash, Hephaistos’s Hammer, Apollo’s Arrows, dan lain-lain. Saya tidak berpeluang memeriksa kedua-dua skill tree secara terperinci kerana kekurangan masa, tapi ini antara info saya berjaya perolehi:

  • Kumpul Zeus’s Lighting, Ambrosia, Coins of Charon dan Adamantine Shards untuk meningkatkan peralatan, kualiti dan abiliti asas Fenyx.
  • Zeus’s Lightning
    • meningkatkan stamina
    • selesaikan Vaults of Tartaros dan pergi ke The Hall of the Gods untuk menaik taraf
  • Ambrosia
    • meningkatkan HP
  • Coins of Charon
    • meningkatkan abiliti (selesaikan World Rewards daripada teka-teki dunia)
  • Adamantine Shard
    • menaik taraf peralatan dan potion (bunuh raksasa atau buka peti harta karun).
  • Wings of Daidalos dan Phosphoros juga boleh diubah suai.

Pendapat

Saya mengalami masa yang sangat menyeronokkan selama beberapa jam bermain demo Immortals Fenyx Rising. Antara perkara yang saya boleh puji ialah pertempuran dinamik di darat dan udara, jalan cerita dan dialognya yang lucu serta pandangan yang lebih jelas di dunia yunani dalam permainan. Soalan terbesar di sini ialah adakah game ini tetap menyeronokkan untuk kita meluangkan masa? Berdasarkan bahagian demo yang saya main, nampaknya Immortals Fenyx Rising dengan mudah dapat menghiburkan semua pemain untuk tempoh masa yang lama.

Saya memang peminat Ubisoft sejak pengenalan Assassin’s Creed pertama, dan game ini mempunyai potensi untuk bersaing bersama francais AAA Ubisoft yang lain. Saya akan menilai game ini dengan lebih teliti apabila ia keluar pada hujung tahun ini. Itu sahaja untuk ulasan demo Immortals Fenyx Rising! Sehingga kita berjumpa lagi dalam ulasan akan datang!

GS Gameplay!

Immortals Fenyx Rising akan dilancarkan secara rasmi pada 3 Disember 2020 di pelantar PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X, Nintendo Switch, PC dan Stadia.

Muat turun di sini
Immortals Fenyx Rising
Developer: Ubisoft
Release Date: 2020-12-03
Microsoft Windows, Nintendo Switch, PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S
Dalam Immortals Fenyx Rising, pemain akan menjadi Fenyx, demigod bersayap yang sedang berusaha menyelamatkan dewa-dewa Yunani di mana Fenyx dapat menggunakan kekuatan dewa seperti pedang Achilles dan sayap Daidalos untuk melawan musuh dan menyelesaikan teka-teki. Makhluk mitologi ikonik termasuk Cyclops dan Medusa akan cuba menghalang perjalanan, jadi anda harus menghadapi mereka dalam pertempuran sengit di darat atau udara. Fenyx juga mempunyai akses kepada anak panah yang dipandu sendiri, telekinesis, dan banyak lagi. Semuanya akan membantu dalam pengembaraan dunia terbuka di tujuh wilayah unik, masing-masing diilhami oleh para dewa.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Gods and MonstersImmortals Fenyx RisingPandangan Pertamareviewubisoftulasan
Previous Post

Jadi Psycho dalam otak Krieg ni~ Jom usha review DLC 4 Bordelands 3 “Psycho Krieg and the Fantastic Fustercluck”

Next Post

Ubisoft Forward Game Sale bermula dan diskaun sehingga 85% di UPLAY Store!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Ubisoft Forward Game Sale bermula dan diskaun sehingga 85% di UPLAY Store!

Ubisoft Forward Game Sale bermula dan diskaun sehingga 85% di UPLAY Store!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd