Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pandangan pertama Apex Legends Season 7: Ascension! Segalanya baru!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 30, 2020 - Updated on November 4, 2020
in Artikel, Battle Royale, Berita, Genre, Nintendo Switch, Origin, Pandangan Pertama, PC, PS4, Steam, Xbox One
0 0
0
Pandangan pertama Apex Legends Season 7: Ascension! Segalanya baru!
Share on FacebookShare on Twitter

Kami dengan cepat menghampiri tarikh pelancaran untuk musim terbaru Apex Legends, dan menurut trailer yang dikongsi oleh Respawn setakat ini, Season 7 memang akan menjadi sebuah peristiwa yang besar.

Selepas trailer yang dikeluarkan pada awal minggu ini, kami mendapat peluang untuk melihat secara langsung perubahan akan datang pada Apex Legends Season 7: Ascension. Dijemput ke acara preview eksklusif, kami dapat mencuba beberapa tambahan baru termasuk peta, Olympus, dan Legend baru, Horizon. Selain itu, kami juga dapat melihat kenderaan, Trident, dan juga fitur sosial baru. Mari kita lihat satu-satu tambahan ini!

Legend baru, Horizon

Horizon adalah watak terbaru yang diperkenalkan untuk musim ini. Seorang angkasawan daripada koloni Olympus, dia terperangkap di pinggir lubang hitam selama setahun, tetapi untuk seluruh dunia, ia sebenarnya hampir 90 tahun.

Horizon

Menurut pasukan, Horizon pada awalnya dikonseptualisasikan sebagai jenis “Lex Luthor” dengan lebih banyak ciri penjahat. Namun, ketika mereka mengembangkan latar belakangnya, dia akhirnya menjadi watak yang lebih disimpati. Dalam iterasi terbarunya, dia hanya seorang ibu yang ingin kembali kepada anaknya. Anda juga dapat melihat beberapa latar belakang lamanya dengan lakonan suara aneh tentang mencari lebih banyak subjek ujian.

Daripada segi gameplay, Horizon adalah watak lain yang lebih berasaskan pada mobiliti. Berkat baju angkasawan, pasifnya memberikan peningkatan dalam pergerakan udara. Dia bahkan boleh melakukan pendaratan lancar, yang sesuai dengan kemampuan taktikalnya. Kemampuan taktikalnya berkait dengan graviti, yang dapat digunakan untuk melancarkannya dan pemain lain ke udara. Ini bagus untuk menyerang hendap musuh, yang tidak menjangkakan serangan daripada udara. Ulti-nya pula adalah lubang hitam. Dengan mengeluarkan temannya, Newt, Horizon dapat membuka lubang hitam mini untuk menarik musuh lebih dekat. Ini bagus untuk mendedahkan lokasi musuh yang berselindung, atau sebagai alternatif, memberi sedikit masa untuk melarikan diri dengan cepat.

Newt

Pasukan pemaju mempunyai masa yang sukar untuk seimbangkan kekuatan lubang hitam kerana mereka mahukan sesuatu terasa bermanfaat untuk digunakan tetapi juga tidak terlalu OP. Tidak seperti permainan shooter lain yang boleh respawn, mereka tidak ingin membuat lubang hitam ini terlalu kuat sehingga boleh membunuh sekaligus.

Olympus

Olympus adalah peta baru, yang merupakan koloni di awan. Menurut Senior Level Designer, Dave Osei, peta itu berasal pada konsep yang tidak digunakan di Titanfall. Salah satu ciri besar yang mereka guna adalah “ruang negatif”. Menurut Dave, ideanya adalah untuk merancang persekitaran yang sama sekali tidak mempunyai kawasan unik, untuk lebih menarik tumpuan ke lokasi-lokasi yang sebenarnya menarik. Hasilnya, kita akan melihat perbezaan yang sangat ketara dengan tempat beraksi tinggi di seluruh peta. Ini termasuk Reverie Lounge, sebuah restoran mewah yang juga berfungsi sebagai lokasi “high-tier loot” tinggi dengan ramai pencabar.

Olympus

“Terdapat hubungan cerita yang menyeronokkan di sini, di mana ibu bapa Loba dibunuh oleh Revenant” kata Dave.

Satu lagi ciri Olympus adalah Arcadia Supercarrier. Kapal besar ini sebelumnya dilihat berlabuh di peta World Edge, dan mempunyai banyak perkara untuk pemain memeriksanya.

“[Arcadia Supercarrier] sesuai dengan pertempuran jarak dekat, dan kapal itu dibahagikan kepada empat bahagian yang berbeza. Legends yang bersifat defensif mungkin sangat, sangat kuat di sini”.

Oasis

Di tengah Olympus, terdapat pusaran gergasi yang dikenali sebagai Rift. Sebagai salah satu titik yang paling menarik, Dave sudah tentu ingin menjelaskannya dengan lebih terperinci.

“Ini dahulu kampus penyelidikan yang sibuk sebelum Phase Runner meletup. Jadi ia meninggalkan hanya kemusnahan di sekitar dan satu pusan besar yang tidak stabil di tengah.”

Phase Runner

Rift dihubungkan ke dua zon lain, dan Dave mengatakan pemain boleh cuba mendekati pusaran tersebut. Menurutnya, rasa ingin tahu ini akan dibalaskan dengan ganjaran apabila pemain ditarik untuk menjelajah sepanjang Phase Runner dan dihantar ke tengah peta. Jadi apa itu Phase Runner? Ini adalah satu lagi ciri unik peta dan merupakan portal besar yang menghubungkan tiga kawasan dalam peta.

“Portal statik yang selalu aktif ini akan melancarkan pemain ke satu lokasi tertentu. Tetapi tidak seperti portal Wraith, anda akan mengalami kecederaan di dalam”.

Kenderaan baru, Trident

Trident adalah kenderaan serba baru yang dibuat untuk merentasi Olympus. Dengan tiga tempat duduk, ia amat sesuai untuk anda dan pasukan.

“Kami mahu pemain merasa selamat apabila mendarat di pinggir peta, dan tahu bahawa mereka boleh ke seberang peta dengan selamat dan pantas.”

Kenderaan ini dikunci oleh skuad, jadi pemain-pemain daripada pasukan lain tidak dapat merampas kenderaan dan memandunya jatuh tebing. Taktik ini tidak akan berjaya walaupun untuk rakan sepasukan yang suka tikam belakang, kerana Trident akan melancarkan anda ke udara sebelum jatuh. Selain itu, kerosakan pada Trident diagihkan di antara ahli pasukan, jadi semua rakan-rakan termasuk anda akan menerima jumlah kecederaan yang sama. Namun, anda masih boleh menumpukan perhatian kepada penumpang tertentu dan menembak sehingga mereka mengalami kecederaan sepenuhnya.

 

1 of 2
- +

“Kami mahu Trident menjadi sebahagian daripada gameplay di Olympus, jadi kami ingin pemain mencurinya, bertarung deminya, dan menggunakannya sebagai penghadang di persekitaran yang terbuka. Kerana Trident direka khusus untuk Olympus, ia tidak akan berada di peta lain buat masa ini”.

Sekiranya anda tidak memandu Trident, itu tidak bermakna kita tidak boleh buat kerja lain. Jika diri menjadi penumpang, anda boleh meletakkan abiliti tertentu pada kenderaan, seperti perisai Gibraltar.

Fitur inovatif, Club

Club adalah salah satu ciri paling inovatif yang akan diperkenalkan di Apex: Legends. Tidak kira permainan shooter apa yang pernah dimainkan, anda mungkin pernah menghadapi masa yang sukar untuk bekerjasama dengan pemain rawak. Daripada menggunakan aplikasi pihak ketiga seperti Discord untuk mencari rakan-rakan, Club membolehkan diri mencipta pasukan dalam permainan.

“Club adalah sistem sosial yang direka untuk membantu rakan bina skuad dengan lebih cepat, tetapi juga dirancang untuk membina sebuah komuniti” kata Level Designer, Chad Armstrong.

Menurut Chad, idea itu sebahagiannya diilhamkan oleh posting media sosial yang merungut tentang rakan sepasukan yang lemah ketika public queue.

“Saya dapati ia mudah berkait,” katanya. “Saya tidak tahu betapa banyak yang telah masuk ke Apex tanpa skuad sedia, tetapi pengalaman ini memang bercampur aduk”.

“Saya menghadapi situasi di mana rakan sepasukan telah menyaksikan saya mati supaya mereka dapat mencuri peralatan atau rakan sepasukan yang mengabaikan pasukan supaya dapat melakukan apa sahaja dan apabila tiba-tiba mati, dia mengharapkan perhatian penuh daripada pasukan”.

Sekiranya anda memulakan Club sendiri, kita dapat menentukan nama, label klan dan logo untuk Club anda. Walaupun ini kelihatan serupa dengan sistem klan lain, Chad menjelaskan tag carian: Masterstroke. Ini membolehkan anda menjelaskan personaliti Club sendiri untuk orang yang mencarinya dan dapat memberitahu pemain bahawa anda hanya ingin bermain perlawanan Ranked. Sebagai alternatif, anda juga boleh menggunakannya untuk memberitahu pemain bahawa anda hanya ingin perlawanan kasual dan pemain yang lebih serius akan cari Club lain. Search Tag ditentukan oleh permainan, dan Club membolehkan pemain pilih hingga lima. Dari contoh yang ditunjukkan, ini boleh menjadi tag teknikal seperti “Mic diperlukan” dan lain-lain.

“Matlamat di sebalik Search Tag adalah ia menjadi deskripsi atau ciri untuk apa yang diinginkan oleh Club anda”.

Club juga membolehkan anda berkomunikasi dengan rakan walaupun di luar parti, serta memberikan garis masa di mana anda dapat melihat pencapaian yang diperolehi oleh ahli-ahli. Club boleh diisi sehingga 30 ahli, dan mempunyai pangkat supaya lebih banyak ahli lama dapat membantu menguruskan Club. Menurut Chad, 30 ahli adalah jumlah yang besar kerana ia membolehkan Club berkembang tanpa menjadi terlalu sukar untuk urus.

Battle Pass Season 7

Octane – BP S7

Season 7 juga membawa rework untuk battle pass di mana battle pass baru akan jauh lebih mudah daripada pendahulunya. Menyelesaikan cabaran akan menghadiahkan bintang, dan setiap 10 bintang anda memberi satu tahap pertempuran. Untuk lebih membantu, permainan ini juga mendapat fitur Challenge Tracker, yang akan memberi tahu tentang cabaran mana yang harus diselesaikan atau cabaran mana yang hampir selesai.

“Sekarang, anda akan mempunyai cara yang mudah di halaman lobi dan dalam perlawanan untuk melihat cabaran harian, cabaran acara, dan juga cabaran mingguan yang hampir selesai”.

Wraith – BP S7

Chad juga bercakap tentang beberapa Legendary dalam Battle Pass Season 7, termasuk skin Legendary untuk Wraith yang dapat dibuka di level 25. Octane juga mendapat Skin Legendary di level 50. Skin Level 100 musim ini pula adalah skin Reactive R99.

Quest Comic

Diperkenalkan pada Season 6, Quest Comic memberi cara kepada pemain untuk membelajar lebih lanjut tentang kisah Apex Legends. Chad mengesahkan ia akan kembali untuk Season 7, di mana pemain dapat menyelesaikan misi untuk mendapatkan akses ke komik.


GS Gameplay:

Apex Legends kini tersedia untuk PlayStation 4, Xbox One, Nintendo Switch, dan PC. Season 7 – Ascension dijadualkan akan bermula pada 4 November bersamaan dengan pelancaran Apex Legends di Steam. Shooter free-to-play yang popular ini juga telah menambah fitur “cross-play” yang bermaksud anda boleh bermain dengan ramai lagi rakan-rakan di pelantar berbeza. Untuk semua liputan kami tentang Apex Legends, sila klik di sini.

Apa pendapat anda tentang Apex Legends Season 7? Teruja lihat perubahan baru? Beritahu saya pendapat anda dalam ruang komen sekarang!

Muat turun di sini
Apex Legends
Developer: Respawn Entertainment
Release Date: 2019-02-04
Microsoft Windows, PlayStation 4, Xbox One
Apex Legends adalah permainan Battle Royale bebas yang dibangunkan oleh Respawn Entertainment dan diterbitkan oleh Electronic Arts. Ia dikeluarkan untuk Microsoft Windows, PlayStation 4 dan Xbox One pada 4 Februari 2019 tanpa sebarang pengumuman atau pemasaran sebelumnya.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Apex LegendsAscensionbattle passClubHorizonolympusrespawnSeason 7Trident
Previous Post

Ulasan awal alpha Kingshunt – apabila MOBA bergabung dengan “tower defense”!

Next Post

vivo melangkah ke Eropah sebagai rakan kongsi rasmi UEFA EURO 2020 dan 2024!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
vivo melangkah ke Eropah sebagai rakan kongsi rasmi UEFA EURO 2020 dan 2024!

vivo melangkah ke Eropah sebagai rakan kongsi rasmi UEFA EURO 2020 dan 2024!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd