Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pandangan pertama anime Trigun Stampede, rupa protagonis tukar 100%

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 4, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Pandangan pertama anime Trigun Stampede, rupa protagonis tukar 100%
Share on FacebookShare on Twitter

Kita akhirnya dapat pandangan pertama untuk anime CG Trigun Stampede yang menunjukkan penampilan baru sang protagonis, Vash the Stampede serta pendedahan tentang jalan cerita.

Korang boleh tonton trailer di bawah:

Trailer baharu itu didedahkan di acara Anime Expo bersama perbincangan dengan panel yang terdiri daripada pencipta asal, Yasuhiro Nightow, artis konsep siri Kouji Tajima, penerbit Kiyotaka Waki, Yoshihiro Watanabe dan Katsuhiro Takei.

Trailer ini bermula dengan adegan pendek tentang Vash (semasa muda) bersama abangnya, Knives, dan kemudian beralih ke adegan yang menunjukkan Vash sudah besar, siap dengan gaya rambut dan pakaian baru. Menampilkan protagonis kita dalam reka bentuk baru, trailer ini mengesahkan bahawa siri anime ini adalah 100% reboot, di mana salah satu daripada penerbit rancangan menggambarkannya sebagai “sama tetapi berbeza.”

Anime ini sedang dibangunkan oleh Toho dan studio animasi Orange, sebuah syarikat yang pakar dalam animasi CG dan terkenal dengan karyanya seperti BEASTARS. Di samping itu, barisan panel juga mendedahkan bahawa anime itu akan membintangi Yoshitsugu Matsuoka sebagai Vash. Matasuoka terkenal dengan watak Inosuke Hashibara dalam Demon Slayer.

Anime ini juga akan membintangi Junya Ikeda dari Digimon Adventure sebagai Knives Millions dan pelakon suara veteran Maaya Sakamoto sebagai Rem.

Manga asal pertama kali diterbitkan pada 1995 manakala anime original pula ditayangkan pada tahun 1998 dan dihasilkan oleh studio Madhouse.

Berlatarkan dunia yang menyerupai zaman “wild west”, siri ini mengisahkan Vash the Stampede, seorang penjenayah terkenal yang dikatakan telah “memusnahkan seluruh bandar seorang diri”. Dua ejen insurans, Meryl Stryfe dan Milly Thompson, ditugaskan untuk mengikuti Vash supaya dapat mencegah atau meminimumkan kerosakan yang berlaku, tetapi mereka terkejut apabila mendapat tahu bahawa Vash hanyalah seorang insan aman damai yang benci mengambil nyawa manusia.

Buat masa ini, anime Trigun Stampede dijangka akan ditayangkan pada tahun 2023, cuma kita tidak tahu dengan pasti bila ia akan keluar. Untuk segala liputan kami tentang anime, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeTrigunTrigun Stampede
Previous Post

[Unboxing] Monster Hunter Rise: Sunbreak – “Metallic Red Rare Amiibo”

Next Post

Mission Zero: Perkenalkan watak-watak unik bersama video trailer! Aya, Gabriel dan Vanessa bersedia untuk misi!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Mission Zero: Perkenalkan watak-watak unik bersama video trailer! Aya, Gabriel dan Vanessa bersedia untuk misi!

Mission Zero: Perkenalkan watak-watak unik bersama video trailer! Aya, Gabriel dan Vanessa bersedia untuk misi!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd