Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Pandangan Pertama] 2 Episod Pertama ONE PIECE Live Action –Adaptasi Baik, Pengenalan Sempurna untuk Penonton Baru!

Maira by Maira
August 31, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Manga, Movie/siri, Netflix, Pandangan Pertama
0 0
0
[Pandangan Pertama] 2 Episod Pertama ONE PIECE Live Action –Adaptasi Baik, Pengenalan Sempurna untuk Penonton Baru!
Share on FacebookShare on Twitter

Kalau anda ingin tahu, kami telah berpeluang untuk merasai pengalaman One Piece yang hebat di Jepun yang telah dianjurkan oleh Netflix. Acara khas tersebut membawa kami alami pelbagai aktiviti menarik yang bertemakan siri One Piece Live Action yang akan ditayangkan nanti. Semasa di acara tersebut, kami berpeluang untuk menonton dua episod terawal siri dan tidak sabar untuk memberitahu anda mengenainya!

Sebelum itu, kami ingin ceritakan secara ringkas pengalaman kami semasa acara tayangan ini. Kalau anda ingin tahu, acara ini diadakan di United Cinemas Aqua City Odaiba, Jepun. Tempat ini memang penuh dengan peminat-peminat siri One Piece dengan topi jerami yang telah dibekalkan! Rasanya anda sendiri boleh bayangkan betapa meriah dan terujanya mereka ini untuk menonton siri live action ini buat kali pertama.

Jadi tanpa membuang masa, berikut adalah pandangan pertama kami untuk dua episod awal siri One Piece Live Action Netflix!

Episod pertama bermula dengan pengenalan kepada Gol D Roger, yang mewujudkan asal usul harta karun legenda One Piece dan permulaan Zaman Keemasan Lanun. Pengenalan Luffy dan kuasa getahnya, Zoro dan ilmu pedangnya, bersama Nami dan kelicikannya, semuanya dilakukan dengan sangat baik dalam adegan masing-masing. Selain pengenalan tiga Straw Hats Crew ini, watak-watak lain seperti “Axe-Hand” Morgan, Alvida, Koby, Helmeppo dan Garp turut diperkenalkan dalam episod tersebut.

Episod dua pula menceritakan lebih lanjut tentang masa lalu Luffy bersama Shanks. Sudah tentu kita bertemu dengan Buggy yang telah menangkap Luffy, Zoro dan Nami. Tidak dilupakan juga dengan Marines yang diketuai dan juga watak penting seperti Garp.

ONE PIECE Live Action
One Piece. Iñaki Godoy as Monkey D. Luffy in season 1 of One Piece. Cr. Courtesy of Netflix © 2023

Setelah menonton kedua-dua episod ini, kami betul-betul rasa bahawa pihak produksi tahu apa yang mereka lakukan dan ia membawa teras One Piece dengan baik untuk adaptasi ini. Walaupun ia tidaklah mengikut 100% sama seperti manga tetapi bagi kami ia cukup sempurna serta seronok untuk ditonton, lebih-lebih lagi melihat gelagat Straw Hats Crew.

Paling menarik sekali, mereka mengembangkan persona Straw Hats Crew untuk jadikannya sesuai dengan adaptasi live action ini. Kalau nak dibandingkan dengan siri manga, sudah tentu ada beberapa perkara yang telah diubah. Sebagai contoh, Zoro dan Nami telah sertai Luffy semasa di Shells Town. Rasanya lebih banyak perubahan lain yang akan dijumpai dalam episod-episod yang lain.

One Piece. Iñaki Godoy as Monkey D. Luffy in season 1 of One Piece. Cr. Courtesy of Netflix © 2023

Salah satu benda yang kami suka daripada dua episod ini adalah koreografi untuk pertarungan yang sememangnya gempak! Ditambah pula dengan camerawork yang mantap, membuatkan aksi yang dipamerkan kelihatan kemas dan bertenaga. Kesemua prop dan latar belakang yang digunakan juga mempunyai estetika yang sudah pastinya disukai oleh peminat One Piece.

ONE PIECE Live Action
One Piece. Iñaki Godoy as Monkey D. Luffy in season 1 of One Piece. Cr. Casey Crafford/Netflix © 2023

Walaupun hanya dua episod sahaja yang kami mampu ceritakan, kami boleh katakan bahawa kami puas hati dengan adaptasi ini. Kalau anda peminat One Piece dan ingin melihat sesuatu di luar manga dan anime, boleh beri peluang untuk siri ini dan tontonnya di Netflix apabila ia tersedia nanti. Mungkin anda akan kecewa dengan beberapa adegan ikonik yang telah diubah, tetapi kami rasa ia sangat sesuai dengan arah yang ingin ditujunya. Kalau anda tidak pernah sentuh langsung siri One Piece, ini adalah pengenalan yang baik kepada francais.

ONE PIECE Live Action
One Piece. Iñaki Godoy as Monkey D. Luffy in season 1 of One Piece. Cr. Casey Crafford/Netflix © 2023

Jadi jangan lupa untuk tonton One Piece Live Action di Netflix pada 31 Ogos 2023! Boleh ceritakan juga pendapat anda tentangnya nanti! Untuk mendapat berita lain mengenai One Piece daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: One Piece Live ActionOne Piece Live Action NetflixOne Piece Netflix
ShareTweetSend
Previous Post

Apa yang unik tentang Daymare: 1994 Sandcastle? – Lagi seram, lagi mencabar!

Next Post

Senarai watak game popular yang berasal dari Malaysia

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Senarai watak game popular yang berasal dari Malaysia

Senarai watak game popular yang berasal dari Malaysia

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd