Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[State of Play] Pandangan lebih jelas untuk gameplay PS5 eksklusif Godfall!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 7, 2020
in Acara, ARPG, Artikel, Berita, Livestream, PC, PS5
0 0
0
[State of Play] Pandangan lebih jelas untuk gameplay PS5 eksklusif Godfall!
Share on FacebookShare on Twitter

Godfall, game action-adventure yang dibangunkan oleh Gearbox Software untuk PC dan PlayStation 5, menerima pandangan yang lebih jelas semasa acara State of Play pada hari ini. Dijelaskan oleh pemaju Counterplay Games, pemain akan menerima lebih banyak ganjaran jika bermain lebih agresif, berani mengambil risiko, menguasai kombinasi pertempuran, dan mendominasi pihak lawan.

Dalam trailer di atas, pengarah permainan, Keith Lee, menunjukkan lima kelas senjata berbeza dan abiliti-abiliti khas, serta bagaimana ia digunakan untuk mengalahkan musuh. Serangan ringan ialah R1 dan serangan berat ialah R2, X digunakan untuk mengelak dan jika ditekan dua kali, pemain akan melakukan “evasive slide”.

Dual Blades

  • sepasang senjata ringan yang sesuai untuk musuh lemah.
  • boleh melakukan kombo dengan empat serangan ringan berturut-turut atau hancurkan musuh dengan serangan berat Blade Cyclone.
  • Abiliti unik:
    • Inner Focus: meningkatkan kekuatan untuk jangka masa yang singkat.
    • Mortal Coil: melemparkan pisau ke musuh dan menariknya ke arah anda.

Longsword

  • senjata seimbang dan serba boleh untuk pelbagai musuh.
  • boleh melakukan kombo dengan empat serangan ringan berturut-turut atau hancurkan musuh dengan serangan Attack Finisher pada akhir kombo.
  • Abiliti unik:
    • Spectral Flurry: serangan yang tidak dapat dihentikan oleh musuh.
    • Spiral Technique: membunuh sekumpulan musuh yang berbaris berturut-turut.
    • Shield Uppercut: di hujung serangan Longsword, signal putih menandakan peluang anda untuk melakukan serangan ini.

Shield

  • Menghalang serangan musuh.
  • “tepis” serangan pada waktu yang tepat.
  • pantulkan serangan projektil.
  • Abiliti unik:
    • Boleh dibaling ke musuh.
    • Serangan 360 darjah untuk membatukan musuh-musuh di sekeliling.
    • Spectral Blow: kawal ruang di sekitar dan gunakan impak pada musuh.
    • Tekan R3 untuk serangan finisher di tanah.

Pertarungan BOSS – Phalanxer


Counterplay ingin menyeimbangkan kedua-dua peralatan dan kebolehan pemain, agar pengguna dapat merasa seperti mereka mencapai sesuatu, dan bukan hanya menang pada skor sahaja. Gaya permainan Godfall lebih tertumpu pada serangan berbanding pertahanan, dan ini amat ditekankan semasa penjelasan video. Godfall belum mempunyai tarikh pelancaran tetapi rasmi akan dilancarkan pada hujung tahun 2020.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: GameplayGodfallplaystation 5state of play
Previous Post

[State of Play] N. Verted Mode, watak, dan banyak lagi yang baru didedahkan untuk Crash Bandicoot 4: It’s About Time

Next Post

[State of Play] Hood: Outlaws & Legends gambarkan semula legenda Robin Hood di PS5

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
[State of Play] Hood: Outlaws & Legends gambarkan semula legenda Robin Hood di PS5

[State of Play] Hood: Outlaws & Legends gambarkan semula legenda Robin Hood di PS5

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd