Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Pandang pertama] Nier Automata The End of YoRHa Edition – legasi Nier disambung ke Switch!

Alan Fikri by Alan Fikri
October 17, 2022
in Action, Artikel, Fantasy, Genre, Nintendo Switch, Pandangan Pertama, Review
0 0
0
[Pandang pertama] Nier Automata The End of YoRHa Edition – legasi Nier disambung ke Switch!
0
SHARES
114
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Nier Automata telah dibangunkan untuk Nintendo Switch dan selepas memainkan untuk beberapa hari, boleh dikatakan ia lebih kurang sama seperti versi PlayStation 4 tetapi ia mempunyai keunikannya yang tersendiri.

Switch tidaklah sekuat PS4 dan memandangkan Yorha Edition adalah port, mungkin ramai yang anggap game ini akan mempunyai banyak masalah seperti bug ataupun framerate jatuh. Walau bagaimanapun, Nier Automata telah membuktikan bahawa tanggapan orang ramai salah, kerana sepanjang tempoh saya bermain semuanya berjalan dengan lancar dan saya anggap ini antara port yang terbaik di pasaran.

Saya pasti kebanyakan daripada korang sudah tahu bahawa Nier Automata adalah game yang seronok, ia adalah salah satu game RPG terbaik untuk konsol dengan jalan cerita yang bagus, berfalsafah, mempunyai watak yang menarik dan permainan hack-and-slash yang menakjubkan.

Prestasi portable

Apa yang boleh saya katakan, aksi menembak dan hayunan pedang dalam game ini kelihatan jelas dan tidak mempunyai apa-apa masalah. Cutscene di dalam game ini kelihatan menarik walaupun sebahagian daripadanya tidak dipaparkan secara in-game.

Boleh dikatakan bahawa model di dalam game ini kelihatan cukup bagus kerana pada versi PS4 yang asal, Nier Automata dimainkan pada resolusi 1080p dengan 60 fps manakala untuk versi Switch adalah 30 fps dengan resolusi 720p untuk mod handheld dan 1080p untuk mod docked.

Saya pasti bahawa jika diletakkan versi Switch bersebelahan dengan PS4, versi lama mungkin kelihatan lebih kabur dari segi pencahayaan dan tekstur walaupun versi asal tidak mempunyai tekstur yang terbaik. Saya benar-benar tidak dapat membezakannya dan model watak masih kelihatan sangat jelas.

Saya bermain game ini dengan menggunakan mod handheld dan docked. Apa yang boleh saya cakap tentang game ini adalah dengan menggunakan mod docked, korang dapat melihat di skrin yang lebih besar dan grafik yang lebih terperinci jika dibandingkan dengan mod handheld.

Framerate juga merupakan aset yang penting. Walaupun ia dikunci pada 30 fps, ia sekurang-kurangnya dapat mengekalkan framerate secara berterusan dan untuk resolusi, saya tidak dapat membezakan jika lebih rendah daripada yang asal.

Terdapat satu pengecualian ketika 2B menerima pukulan kritikal, dia berada dalam keadaan “stun” untuk seketika dan skrin menjadi hitam putih. Saya perasan kesan ini bertahan sedikit lebih lama pada versi Switch. Ia bukanlah game-breaking tetapi efek itu nampak ketara.

Satu lagi isu kecil yang saya hadapi adalah apabila saya cuba menembak menggunakan butang bahu di Switch dalam mod handheld terasa sedikit kaku. Ini bukanlah kesalahan game, tetapi mungkin butang L dan R pada joycons terlalu kaku kerana ketika saya menggunakan Switch Pro Controller, ianya berfungsi dengan sangat baik. Secara keseluruhannya gameplay untuk versi Switch amat memuaskan seperti di PS4.

Content Extra

Versi Nier yang dikeluarkan untuk Switch adalah ‘The End of Yorha Edition’ yang mengandungi DLC “3C3C1D119440927”. Ia termasuk dengan tiga colosseum baru yang mencabar.

Selain itu, versi Switch juga mempunyai kostum eksklusif baru untuk watak utama yang terdiri daripada pakaian yang berinspirasikan kimono Jepun dan topeng musang yang cantik. Mereka kelihatan cantik, sesuai untuk dunia Nier untuk bergaya dengan unik.

Kesimpulan

Port Switch Nier Automata telah dibangunkan oleh Virtuos Singapore, yang sebelum ini pernah bekerja dengan Square Enix pada versi Switch Final Fantasy XII: The Zodiac Age. Sudah jelas bahawa mereka berada di atas sebagai pembangun port Switch terbaik dan saya berharap untuk melihat mereka membawa lebih banyak game RPG ke konsol.

Nier Automata adalah karya agung game yang patut dimainkan. Hakikat bahawa versi Switch adalah pilihan yang lebih bagus untuk mencuba game ini menggambarkan kepintaran pembangun port. Jika anda mempunyai Switch dan masih belum bermain Nier Automata, anda kini tiada alasan untuk tidak mencubanya.

Jika anda inginkan banyak lagi berita tentang Nier Automata, boleh ikuti Gamer Santai.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Gamenier automatanintendo switch
Previous Post

Pelakon Hagrid dalam Harry Potter, Robbie Coltrane meninggal dunia

Next Post

Mario + Rabbids: Sparks of Hope Review — Mengembara Menerusi Galaksi Untuk Mencari Sparks!

Alan Fikri

Alan Fikri

Seorang yang membesar dengan anime, manga dan game. Tidak lupa juga dengan teknologi yang semakin pesat berkembang. Harap apa yang saya kongsikan dapat memberi manfaat kepada para pembaca.

Related Posts

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi
Anime

Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi

June 6, 2025
Borderlands 2 & Deathloop Percuma di Steam & Epic Games – Jimat Lebih RM200!
Game Percuma

Borderlands 2 & Deathloop Percuma di Steam & Epic Games – Jimat Lebih RM200!

June 6, 2025
Next Post
Mario + Rabbids: Sparks of Hope Review — Mengembara Menerusi Galaksi Untuk Mencari Sparks!

Mario + Rabbids: Sparks of Hope Review -- Mengembara Menerusi Galaksi Untuk Mencari Sparks!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd