Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pameran Pertama ‘Love and Deepspace’ Akan Berlangsung di Resorts World Sentosa Mulai 18 Julai!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 30, 2025
in Acara, Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile, Otome, Pameran/Expo
0 0
0
Pameran Pertama ‘Love and Deepspace’ Akan Berlangsung di Resorts World Sentosa Mulai 18 Julai!
Share on FacebookShare on Twitter

Infold Games bakal memikat peminat dengan pameran pop-up pertama Love and Deepspace di Resorts World Sentosa, berlangsung dari 18 hingga 31 Julai 2025.

Acara ini diadakan bersempena pelancaran versi baharu, Love and Deepspace 4.0 [Witnessed by Deepspace], dan dijangka menyajikan pengalaman visual serta romantik yang memukau buat pengunjung.

Bertempat di tangga ave8 dalam kawasan Resorts World Sentosa, ruang ini akan diubah menjadi zon interaktif penuh magis.

Peminat berpeluang ‘bertemu’ dengan watak kesayangan mereka—Xavier, Zayne, Rafayel, Sylus, dan Caleb—menerusi standee bersaiz sebenar, sekaligus membolehkan interaksi yang lebih dekat dalam suasana dunia nyata. Dekorasi yang mempesona serta pelbagai spot bergambar mencipta suasana indah untuk menangkap momen-momen istimewa.

Pameran ini akan dibuka setiap hari dari jam 11 pagi hingga 7 petang, namun pengalaman penuh hanya boleh dinikmati pada hujung minggu (Jumaat hingga Ahad) dalam waktu yang sama. Ini menjadikan hari-hari tersebut waktu paling ideal untuk menyelami keajaiban yang ditawarkan.

Sebagai pelengkap keseronokan, Infold Games turut menganjurkan cabutan bertuah khas. Pengunjung yang menyertai aktiviti yang disediakan boleh menyertai undian untuk memenangi barangan eksklusif Love and Deepspace.

Sebanyak 50 pemenang akan dipilih, termasuk seorang yang bertuah membawa pulang hadiah utama berupa penginapan satu malam di Hotel Ora yang serba mewah.

The [Collaboration Preview] is released—Hunters, don't miss out!

Los Angeles, Shanghai, Cologne, Tokyo…
The Love and Deepspace Version 4.0 Global Expo Tour is about to begin in grand style!
Witnessed by Deepspace, sworn by love. Let vows and devotion traverse light-years,… pic.twitter.com/MkMu0N5XmF

— Love and Deepspace (@Love_Deepspace) June 27, 2025

Orang ramai digalakkan untuk bergaya, ajak rakan-rakan, dan manfaatkan peluang ini untuk menikmati pengalaman pop-up yang penuh kenangan. Jangan lepaskan peluang istimewa ini dari 18 hingga 31 Julai 2025 di Resorts World Sentosa. Untuk info lanjut, ikuti media sosial Love and Deepspace.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Love and Deepspace
ShareTweetSend
Previous Post

Demon Slayer: Infinity Castle Tampilkan Pertarungan-Pertarungan Epik Yang Menanti Peminat

Next Post

Kolaborasi Honor of Kings & BLEACH Bermula – 4 Skin Eksklusif Untuk Dapat!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tamadun Mana Yang Paling Sesuai Untuk Anda?
Panduan

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tamadun Mana Yang Paling Sesuai Untuk Anda?

June 30, 2025
Panduan Civilization: Eras & Allies – Tier List Untuk Semua Pemimpin & Tokoh!
Panduan

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tier List Untuk Semua Pemimpin & Tokoh!

June 30, 2025
Panduan Kod Civilization: Eras & Allies – Senarai Kod Aktif & Cara Menebus!
Panduan

Panduan Kod Civilization: Eras & Allies – Senarai Kod Aktif & Cara Menebus!

June 30, 2025
Next Post
Kolaborasi Honor of Kings & BLEACH Bermula – 4 Skin Eksklusif Untuk Dapat!

Kolaborasi Honor of Kings & BLEACH Bermula – 4 Skin Eksklusif Untuk Dapat!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd