Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pakar industri Malaysia Johnson Ting mengasaskan studio konsep seni baru di Shah Alam!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 3, 2020 - Updated on December 6, 2020
in Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Peluang Kerjaya, Tempatan
0 0
0
Pakar industri Malaysia Johnson Ting mengasaskan studio konsep seni baru di Shah Alam!

Sumber : Bear Dawn Studios, New Strait Times

Share on FacebookShare on Twitter

Sebuah studio seni konsep yang didedikasikan untuk pembangunan dunia dan pengembangan IP dalam permainan dan filem telah muncul pada November 28 2020. Diasaskan oleh artis konsep terkenal Johnson Ting, studio ini bernama Bear Down Studios dan diletakkan di Seksyen 32, Shah Alam, Malaysia.

Bersama dengan veteran industri lain dalam pasukan, artis-artis yang bersemangat, dan kreatif di Bear Down Studios mempunyai lebih daripada satu dekad pengalaman pra-produksi dan sangat yakin dengan kemampuan mereka untuk menyediakan penyelesaian kreatif terbaik untuk projek-projek besar! Studio ini masih baru, dan jika anda berminat untuk menyertai studio ini, Bear Down Studios kini mencari individu yang mempunyai minat dalam bidang permainan video untuk menjadi sebahagian daripada pasukan mereka yang mencipta seni konsep bgi judul AAA. Segala maklumat lanjut boleh dirujuk di pautan ini.

Bear Down Studios is a concept art studio dedicated to world-building and IP development with a forte in games and…

Posted by Bear Down Studios on Saturday, November 28, 2020

 

Mari kita sembang tentang pengasasnya pula. Johnson Ting berasal dari Kuching, Malaysia dan telah terlibat dalam industri sejak tamat pengajiannya daripada The One Academy di Bandar Sunway pada tahun 2009. Dia pertama kali bermula sebagai pekerja sambilan di Lemon Sky, salah satu studio konsen terbesar di negara, yang telah mengusahakan permainan video popular seperti Marvel’s Spider-Man, Ghost of Tsushima dan lain-lain. Ini adalah peluang yang diberikan oleh mentor kolejnya, Jarold Sng, yang kemudian menjadi rakannya di Project TriForce (sebuah syarikat antarabangsa yang menghasilkan replika permainan video berlesen di New York, Amerika Syarikat).

Artist
Memenangi Malaysia’s Top 10 Outstanding Creative Youth Award (Platinum Achievers), dari The One Academy pada tahun 2015. Sumber – The Star

Sebelum bekerja di Project TriForce, Johnson Ting juga pernah berkerja di Passion Republic, sebuah lagi studio digital Malaysia yang terletak di Puchong, Selangor. Disitulah, Ting memperoleh kebanyakkan ilmunya dalam industri di bawah sayap Hoi Mun Numioh.

Selain itu, beliau telah berkerja dengan pelbagai permainan video, filem dan koleksi permainan di mana dia pernah menghasilkan watak dan prop untuk permainan video AAA seperti Gears Of War 4 dan pelbagai koleksi dan figura untuk permainan seperti Horizon Zero Dawn, Call of Duty WW2, Injustice 2, Doom, Battlefield 1, dan Marvel Vs Capcom Infinite.

Just realize I forgot to post this on facebook. I was tasked with designing the whole Solstice 2020 set for Destiny 2,…

Posted by Johnson Ting on Wednesday, October 14, 2020

 

 

Some of Ting’s creations for famous video games such as Call of Duty.
Antara ciptaan terkenal beliau untuk beberapa permainan video popular. Sumber – New Strait Times

Di samping itu, beliau telah melakukan pekerjaan bebas untuk banyak syarikat lain dari seluruh dunia, seperti Sony, Lionsgate, Activision, Microsoft, Electronic Arts, NCSoft, NetEase, Ubisoft, NC Soft dan Smilegate serta pernah bekerjasama dengan jenama Devil Toys dari Hong Kong untuk melancarkan siri “NEO JAPAN 2202“. Satu lagi fakta menarik ialah beliau Ting juga merupakan pensyarah tetamu di The One Academy, dan mengajar Prinsip Proses Reka Bentuk untuk kursus reka bentuk hiburan.

Jangan tunggu lagi! Jika kerjaya seperti inilah yang anda cari, sertai pasukan Bear Down Studios sekarang untuk meluaskan pengalaman anda lagi dalam industri!

Sumber: The Star, News Strait Times

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Bear Down StudiosJohnson TingMalaysia
Previous Post

KRATOS? Baby Yoda? The Mandalorian? Semuanya di Fortnite Season 5!

Next Post

Game Programmer dan Software Engineer! Anda kini diperlukan dalam Jawatan Kosong di Magnus Games Studio

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!
Review

Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu
Review

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
Next Post
Game Programmer dan Software Engineer! Anda kini diperlukan dalam Jawatan Kosong di Magnus Games Studio

Game Programmer dan Software Engineer! Anda kini diperlukan dalam Jawatan Kosong di Magnus Games Studio

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!
Berita

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!

May 4, 2025
Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius
Anime

Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius

May 2, 2025
Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?
Filem

Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?

May 2, 2025
Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis
Fakta & Trivia

Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis

May 1, 2025
Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!
Filem

Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!

May 1, 2025
Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat
Jom Singgah!

Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat

April 30, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd