Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pakar game naratif Quantic Dream mungkin diperoleh NetEase

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 31, 2022
in Artikel, Berita, Industri
0 0
0
Pakar game naratif Quantic Dream mungkin diperoleh NetEase
Share on FacebookShare on Twitter

Studio Quantic Dream, yang paling terkenal dengan karya Detroit: Become Human, Heavy Rain, dan Beyond: Two Souls, dilaporkan “dalam proses untuk diperoleh NetEase Games”.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pemerolehan studio menjadi perkara yang lazim dalam industri permainan video. Walaupun syarikat seperti Xbox dan PlayStation membuat kejutan demi kejutan dengan membeli beberapa studio besar, syarikat NetEase dari China kini nampaknya ingin meluaskan pengaruh mereka dalam industri.

Dilaporkan oleh Exputer, NetEase sedang berusaha untuk memperoleh 100% saham milik Quantic Dream. Pengumuman ini belum rasmi lagi, tetapi dikatakan akan datang pada lewat musim panas nanti. Sebelum ini, NetEase membeli saham yang lebih kecil dalam Quantic Dream pada tahun 2019 selepas studio tersebut mengeluarkan Detroit: Become Human. Kini, hubungan antara kedua-dua syarikat akan berubah secara drastik apabila NetEase mengambil alih operasi utama.

Production in the world of video games is an omnipresent yet little-known subject.

Follow us in the corridors of time, through three crossed paths: https://t.co/Zl2mMEgnHX. pic.twitter.com/cX2ritv75i

— Quantic Dream (@Quantic_Dream) October 28, 2021

Sejak mengeluarkan Detroit: Become Human pada 2018, Quantic Dream dilaporkan sedang mencari calon membeli studio tersebut. Malah, projek terbaru mereka iaitu Star Wars Eclipse, telah dipamerkan pada penghujung tahun 2021 sebagai cara untuk menarik calon pembeli. Nampaknya, NetEase kagum dengan bakat Quantic Dream dan telah mengambil langkah pertama untuk membeli syarikat itu.

Salah satu sebab mengapa Quantic Dream memasarkan diri mungkin kerana studio itu dikelilingi oleh pelbagai kontroversi sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Dakwaan pernah timbul sebelum ini yang menyatakan bahawa Quantic Dream penuh dengan isu seksisme dan sistem “crunch” (kerja lebih masa secara keterlaluan).

Andai kata pemerolehan Quantic Dreams oleh NetEase adalah benar, mereka boleh merombak semula organisasi untuk “membuang yang keruh” dan menambah baik apa yang patut serta fokus pada game baru. Selain itu, Quantic Dreams juga mempunyai modal untuk meneruskan projek seperti Star Wars Eclipse.

Untuk segala liputan kami tentang NetEase, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: industrineteasequantic dream
Previous Post

Shueisha Games – Syarikat baru oleh penerbit Weekly Shonen Jump!

Next Post

Minions: The Rise of Gru akan ditayangkan di Malaysia pada 30 Jun!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Minions: The Rise of Gru akan ditayangkan di Malaysia pada 30 Jun!

Minions: The Rise of Gru akan ditayangkan di Malaysia pada 30 Jun!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd