Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

PAC-MAN Mega Tunnel Battle: Chomp Champs – Game Multiplayer Baru Untuk Konsol & PC!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 13, 2023
in Artikel, Berita, Multiplayer, Nintendo Switch, PC, PS4, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
PAC-MAN Mega Tunnel Battle: Chomp Champs – Game Multiplayer Baru Untuk Konsol & PC!
Share on FacebookShare on Twitter

Beberapa hari lepas, Bandai Namco dan Amber Studio telah mengumumkan game battle royale 64-pemain PAC-MAN Mega Tunnel Battle: Chomp Champs untuk PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC (Steam). Game ini akan dilancarkan pada awal 2024.

Tonton treler pengumuman untuk PAC-MAN Mega Tunnel Battle: Chomp Champs:

Secara khusus, Bandai Namco Entertainment Asia akan membawa siri multiplayer battle royale PAC-MAN ke platform gaming moden dengan visual yang dipertingkatkan, game mode baharu, pelbagai pilihan customisation, dan muzik baharu. Elemen kompetitif pun sepatutnya meningkat dengan ciri cross-platform yang membolehkan sehingga 64 pemain dan penambahan custom matchmaking dengan sistem Friend, mode Ranked mode dan papan pendahulu global.

Kredit: Bandai Namco Entertainment Asia

Daripada segi gameplay, pemain mesti menyelesaikan pelbagai labirin yang saling berkaitan untuk menjadi Chomp Champ – a.k.a. menjadi PAC terakhir yang berdiri di penghujung setiap perlawanan. Tumpaskan pemain lain atau melawan Ghost yang jahat dengan menggunakan pelbagai Power Item; yang boleh memberikan perisai, kelajuan tambahan dan banyak lagi pada PAC-MAN.

Pemain juga boleh mensabotaj pihak lawan mereka dengan menggunakan Power Items yang membantu Ghost. Pemain juga boleh menunjukkan gaya unik mereka sendiri dengan menyesuaikan PAC-MAN mereka dengan pelbagai kosmetik untuk badan, kepala dan muka.

Kredit: Bandai Namco Entertainment Asia

Bagi mereka yang menikmati kompetitif, PAC-MAN Mega Tunnel Battle: Chomp Champs membolehkan pemain bersaing dalam mode Ranked atau Elimination atau menyaksikan perlawanan di peringkat serantau atau dari papan pendahulu global. Game Battle Royale ini dipertingkatkan lagi dengan ciri cross-platform dan matchmaking berasaskan kemahiran, lantas meluaskan prospek permainan sambil membenarkan pemain memilih siapa yang mereka mahu lawan.

Kredit: Bandai Namco Entertainment Asia

PAC-MAN Mega Tunnel Battle: Chomp Champs bakal menuju ke Nintendo Switch, PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X|S, Xbox One dan PC melalui Steam.

Dapatkan segala berita kami tentang game PAC-MAN di SINI!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Pac-ManPAC-MAN Mega Tunnel Battle: Chomp Champs
ShareTweetSend
Previous Post

ROG Malaysia umum Aksesori & Fesyen Baru Untuk 2023 – Khas untuk gamer on-the-go!

Next Post

Filem Animasi Komedi Muzikal “LEO” Akan Hadir ke Netflix pada 21 November Ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Filem Animasi Komedi Muzikal “LEO” Akan Hadir ke Netflix pada 21 November Ini!

Filem Animasi Komedi Muzikal "LEO" Akan Hadir ke Netflix pada 21 November Ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd