Blizzard Entertainment kini telah mengumumkan secara rasmi info menarik mengenai kolaborasi yang dinanti-nantikan antara Overwatch 2 dan Street Fighter 6, menampilkan rakaman gameplay bagi lapan skin crossover yang unik.
Kolaborasi ini akan berlangsung dari 21 Mei hingga 3 Jun, dan membawa acara dalam game yang penuh warna, lengkap dengan voice line, spray, dan player title yang boleh didapati secara percuma—di samping pelbagai kosmetik premium yang boleh dibeli di kedai Overwatch 2.
Kerjasama ini merupakan antara yang terbesar dalam sejarah Overwatch 2, mengatasi acara LE SSERAFIM yang sebelum ini hanya memperkenalkan enam skin. Kali ini, lapan hero dari Overwatch 2 diubah menjadi watak-watak ikonik dari Street Fighter 6. Trailer gameplay menunjukkan barisan skin berikut:
- Hanzo sebagai Ryu
- Juno sebagai Chun-Li
- Kiriko sebagai Juri
- Sigma sebagai M. Bison
- Soldier: 76 sebagai Guile
- Widowmaker sebagai Cammy
- Winston sebagai Blanka
- Zenyatta sebagai Dhalsim

Setiap skin hadir bersama highlight intro, victory pose, dan emote khas yang diinspirasikan daripada gerakan signature dalam Street Fighter 6, membolehkan pemain benar-benar merasai pengalaman menjadi pahlawan legenda di medan tempur Overwatch 2.

Bagi yang ingin melengkapkan koleksi mereka, kosmetik premium juga akan ditawarkan di kedai Overwatch 2 dalam bentuk pilihan berikut:
- Hero Bundle Individu – Mengandungi skin dan kosmetik berkaitan untuk setiap hero.
- Mega Bundle – Terdiri daripada dua set: satu menampilkan Chun-Li Juno, Ryu Hanzo, Dhalsim Zenyatta, dan M. Bison Sigma; satu lagi dengan Juri Kiriko, Cammy Widowmaker, Blanka Winston, dan Guile Soldier: 76.
- Street Fighter 6 Ultra Bundle – Merangkumi kesemua lapan skin dan semua kosmetik berkaitan.

Jangan lepaskan peluang untuk jadi sebahagian daripada kolaborasi bersejarah ini! Log masuk ke Overwatch 2 pada hari esok untuk menyertai acara khas Street Fighter 6 dan rebut semua kosmetik eksklusif sebelum ia tamat!
Overwatch 2 boleh didapati di PC (Windows, Battle.net), PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S, dan Nintendo Switch.
@gamersantaimy
Discussion about this post