Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Overwatch 2 umum skin baru untuk D.Va – kolaborasi khas bersama Gentle Monster!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 17, 2023
in Artikel, Battle.net, Berita, Fesyen, Nintendo Switch, PC, PS4, PS5, Shooter, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Overwatch 2 umum skin baru untuk D.Va – kolaborasi khas bersama Gentle Monster!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas kejayaan skin One Punch Man, Blizzard Entertainment baru sahaja mengesahkan satu lagi kolaborasi baru untuk Overwatch 2, kali ini dengan Gentle Monster (syarikat cermin mata berfesyen dari Korea) di mana D.Va menjadi tokoh utama dalam kerjasama ini.

Pretty in pink 💗🩷

😎 Gentle Tokki Fuchsia (Legendary) Skin
😉 Flyby Wink Highlight
🤩 Gentle Tokki Fuchsia Icon
🪪 Etched Name Card
😈 Fuchsia Monster Weapon Charm

The #Overwatch2 x @_GentleMonster_ D. VA Bundle is NOW LIVE in the Shop 🛍️ pic.twitter.com/sc8NcTApdN

— Overwatch (@PlayOverwatch) August 17, 2023

Daripada apa yang kita dapat lihat, reka bentuk skin ini mereplikasikan fesyen mewah yang diwakili oleh Gentle Monster. Menampilkan D.Va sebagai model utama, watak ini dihiasi dengan baju sejuk berzip merah jambu, stokin tinggi lutut, dan cermin mata Gentle Monster. Tokki (Mecha milik D.Va) juga kelihatan cantik dan dicat merah jambu terang dan mempunyai tema disko yang sama seperti skin-skin lain.

Tetapi itu bukan satu-satunya kosmetik yang disertakan dengan bundle ini. Bundle ini mempunyai skin Gentle Monster untuk D.Va – juga dipanggil Gentle Tokki Fuchsia, serta Flyby Wink Highlight, Gentle Tokki Fuchsia Icon dan Fuchsia Monster Weapon Charm.

Kredit: Blizzard Entertainment

Selain itu, kolaborasi ini juga menawarkan barangan fizikal. Turut diinspirasikan oleh D.Va, headset MEKA-nya kini dicipta semula sebagai cermin mata hitam ala gogal. Boleh didapati dalam warna merah jambu dan biru, warna masing-masing dicerminkan pada kanta serta “antena” yang menyerupai mikrofon omnidirectional.

Di bahagian kiri cermin mata hitam itu adalah figura D.Va dalam salah satu pose kemenangannya. Merupakan aksesori kepada gogal itu, figura ini boleh ditanggalkan atau dipakai mengikut citarasa pengguna.

Kredit: Gentle Monster

Mulai sekarang hingga 31 Ogos, cermin mata hitam hanya boleh didapati melalui cabaran Instagram filter Gentle Monster. Peserta boleh sertai cabaran ini dengan memuat naik video atau foto menggunakan filter Gentle Monster x Overwatch 2 eksklusif, sambil tag dan follow kedua-dua pihak tadi. Pada 4 September, video yang paling kreatif akan dihubungi dan kemudian akan menerima cermin mata hitam bersama-sama semua alat tambahnya termasuk kod penebusan percuma untuk Overwatch 2 Season 5, serta skin edisi terhad D.Va.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by GENTLE MONSTER (@gentlemonster)

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kerjasama Gentle Monster x Overwatch 2 , pergi ke halaman web rasmi kempen.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: D.VaGentle MonsterOverwatch 2
ShareTweetSend
Previous Post

HYENAS pamer gameplay “co-op shooter!” Ujian beta PC akan bermula 31 Ogos!

Next Post

Laptop Kolaborasi Eksklusif Vivobook S 15 OLED BAPE® Edition Dilancarkan, Berharga RM 6499!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Laptop Kolaborasi Eksklusif Vivobook S 15 OLED BAPE® Edition Dilancarkan, Berharga RM 6499!

Laptop Kolaborasi Eksklusif Vivobook S 15 OLED BAPE® Edition Dilancarkan, Berharga RM 6499!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd