Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Overwatch 2 Season 2 – Watak, peta, skin & Battle Pass baru!

Alan Fikri by Alan Fikri
November 30, 2022
in Artikel, Battle.net, Berita, Game, Konsol, PC, Platform, PS4, PS5, Shooter, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Overwatch 2 Season 2 – Watak, peta, skin & Battle Pass baru!
Share on FacebookShare on Twitter

Overwatch 2 kini akan mulakan Season 2 tidak lama lagi selepas hampir sebulan lebih dikeluarkan secara Free-to-Play. Dengan tarikh pelancaran semakin dekat, Blizzard telah dedahkan kepada kita kandungan yang akan hadir pada Season 2 ini. Antara tambahan baru termasuk hero baru, mode baru, acara baru, Battle Pass baru dan banyak lagi.

Hero baru Ramattra

Untuk Season 2 Overwatch 2 kali ini, mereka telah mengenalkan hero baru iaitu Ramattra. Ramattra memainkan peranan sebagai Tank dalam game ini dan mempunyai kebolehan yang unik. Dia boleh mengubah form dan melakukan serangan yang berbeza mengikut form pertukarannya. Berikut adalah senarai kebolehan Ramattra:

Void Acceleration

  • Menembak aliran peluru dalam corak tetap.
  • Mencipta barrier di kawasan yang disasarkan.

Nemesis Form

  • Berubah ke Nemesis form dan mampu mengubah jenis serangan dan mendapat bonus armor.

Nemesis Form: Pummel

  • Menumbuk ke depan dapat menhasilkan gelombang tenaga.
  • Mengurangkan kerosakan yang diambil dari bahagian hadapan dan mengurangkan tahap kelajuan.

Ultimate: Annihilation

  • Mencipta sekumpulan nanobot dan mampu memberi kerosakan sebanyak 50%.

Escort map baru – Shambali Monastery

Pemain akan bermain mode Escort di map baru yang mempunyai laluan berliku di mana ramai Omnic mencari perlindungan. Mengikut Blizzard, map ini pernah menjadi rumah untuk Zenyatta dan hero baru, Ramattra.

Map lama kembali

Berita baik buat peminat daripada Overwatch pertama, untuk musim baru ini Blizzard akan membawa kembali map lama iaitu Rialto dan Blizzard World dan mengeluarkan Hollywood dan Watchpoint: Gibraltar daripada rotasi map. Namun kesemua peta tetap tersedia pada mode Custom.

Tema Greek Mythology

Untuk Season 2 kali ini, tema yang mereka memperkenalkan ialah perkara seperti tuhan dan kisah lagenda daripada Greek Mythology. Ia menampilkan skin Mythic terbaru Junker Queen iaitu Zeus Junker Queen sebagai ganjaran di penghujung Premium Battle Pass. Skin ini akan termasuk dengan pengubahsuaian baru, model senjata, voice line dan kesan khas. Selain itu, Ramattra dan Pharah juga akan mendapat skin Legendary melalui Premium Battle Pass.

Mode terhad Battle for Olympus

Pada 5 Januari hingga 19 Januari, anda boleh bermain mode Battle for Olympus di mana setiap hero akan mendapat kuasa seperti dewa. Pastikan anda ambil perhatian terhadap skin baru pada season ini kerana ia mungkin akan memberi clue untuk apa yang akan hadir semasa Battle for Olympus.

Itu sahaja yang dapat kami dedahkan kepada anda, untuk mendapat maklumat lanjut tentang Overwatch 2, anda boleh lawati lawan web rasmi Overwatch di sini.

Overwatch 2 Season 2 akan tersedia pada 6 Disember ini di PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S dan PC melalui Battlenet.

Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Overwatch 2 daripada kami, boleh klik pautan ini.

Download sekarang!
Overwatch 2
Publisher: Blizzard Entertainment
Developer: Blizzard Entertainment
Release Date: 2022-10-04
Battle.net, Microsoft Windows, Nintendo Switch, PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S
Overwatch 2 ialah sebuah team-based multiplayer first-person shooter yang dibangunkan dan diterbitkan oleh Blizzard Entertainment. Digambarkan sebagai "hero shooter," Overwatch membahagikan pemain kepada dua pasukan, dengan lebih daripada 30 watak untuk dipilih.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: BlizzardGameOverwatch 2Overwatch 2 Season 2
Previous Post

Saint Seiya Mendapat Adaptasi Filem Live Action Hollywood! Dibintangi oleh Mackenyu!

Next Post

“Project SH” Game Aksi Ala-ala GTA Telah Dibatalkan Oleh miHoYo!

Alan Fikri

Alan Fikri

Seorang yang membesar dengan anime, manga dan game. Tidak lupa juga dengan teknologi yang semakin pesat berkembang. Harap apa yang saya kongsikan dapat memberi manfaat kepada para pembaca.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
“Project SH” Game Aksi Ala-ala GTA Telah Dibatalkan Oleh miHoYo!

"Project SH" Game Aksi Ala-ala GTA Telah Dibatalkan Oleh miHoYo!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd