Pelancaran Overwatch 2 semakin menghampiri. Sudah tentu ramai antara anda sudah tidak sabar untuk bermain game ini. Kami berpeluang untuk menemu ramah pembangun-pembangun Overwatch 2 iaitu Aaron Keller, Jon Spector dan Walter Kong. Tanpa membuang masa, jom kita lihat hasil daripada temu ramah tersebut. Sebagai peringatan, hasil temu ramah ini telah diedit supaya mudah difahami.

Bagaimana keputusan untuk mewujudkan battle pass ini dibuat?
Jon: Semasa kami menghasilkan battle pass untuk Overwatch 2, kami telah melihat sistem terbaik untuk game kami. Kami juga ingin mereka battle pass yang adil kepada pemain dan hasilkan sesuatu yang memberi dan seronok untuk dimainkan, tidak kiralah pemain laburkan duit atau tidak.
Dengan servis percuma ini, kami akan lepaskan 3 hero baru dan 6 peta baru bersama kandungan menarik dalam game. Sudah tentu usaha ini diteruskan dengan kemas kini terbaru pada masa akan datang. Ia juga untuk membina sesuatu yang menyokong pasukan kami untuk jangka masa panjang dalam cara yang mampan tetapi untuk melakukan itu dengan cara yang sesuai untuk OW2.

Terdapat kontroversi tentang jangka masa untuk grind BP. Adakah hero yang berkait dengan battle pass akan memberi kesan kepada rank game? Hero baru kadang-kadang mesti OP, adakah ia akan mengubah meta game?
Aaron: Kami percaya bahawa perubahan baru ini mengekalkan OW sebagai game berkompetitif tinggi dan kami tahu kepentingannya terhadap pemain dan pasukan pembangun. Topik ini juga sudah banyak kali diperbincangkan dan kami rasa ianya adil dan masih kompetitif untuk dimainkan atas beberapa sebab.
Pertama, hero baru kekal dikunci dalam ranked sistem pada setiap season. Ianya untuk seimbangkan hero tersebut jika dia terlampau OP atau lemah. Di situlah kami membuat perubahan dan memberi pemain kebolehan untuk mendapatkan hero itu melalui BP di secara percuma sebelum ia tersedia dalam mode kompetitif.

Pada masa yang sama, terdapat banyak perubahan dalam game untuk OW2 antaranya hard counter dalam game serta pilihan hero dalam game. Kami juga ingin membuatkan interaksinya sedikit lembut. Semasa pelancaran, terdapat 35 hero yang bebas dipilih oleh pemain. Mengikut data, pemain sering menukar hero dan ini memberikan kami keyakinan untuk berikan barisan hero yang banyak.
Kebanyakan pemain juga hanya bermain dengan segelintir hero yang mereka sudah selesa dan berseoronok dengannya. Itulah yang menjadi nilai penting buat kami, iaitu pemain berseronok ketika bermain.

Terdapat banyak hero untuk pemain akses dalam game. Jadi dengan hanya bermain, lebih banyak hero yang boleh digunakan tidak kiralah BP percuma ataupun cabaran yang tersedia selepas hero baru dilepaskan.
Bermain secara kompetitif juga membolehkan pemain mendapatkan hero baru kerana pemain perlu menang banyak game. Jadi tidak peliklah jika semua hero boleh dikumpulkan dengan hanya meluangkan masa.

Adakah anda merancang sesuatu selain daripada skin untuk monetization/pengewangan?
Jon: Kita baru bermula dengan skin Mythic. Dalam Season 1, kami melancarkan skin Mythic – Genji, itu adalah skin cyber demon dan saya rasa ia adalah skin terbaik yang pernah kami buat untuk game itu. Ia sangat customizable, terutamanya animasi topeng dan rupanya apabila menggunakan Dragon Blade sangat mengagumkan.
Ini adalah salah satu sebab utama mengapa kami berharap dan percaya apabila pemain melihat Battle Pass Season 1, mereka akan melihat sesuatu dengan nilai yang luar biasa dan sesuatu yang rasanya sangat bermanfaat untuk mereka.

Dari segi jenis kosmetik lain, kami sebenarnya akan mengeluarkan beberapa jenis kosmetik baru dan berbeza untuk OW2, dan harap pemain akan menyukainya juga. Untuk Season 1, anda akan melihat tiga jenis kosmetik baharu.
Pertama adalah Weapon Charm yang boleh digunakan pada mana-mana hero. Jika terjumpa Weapon Charm yang anda suka, pemain boleh menggunakannya tidak kira hero apa yang mereka memakai.

Jenis kosmetik baharu kedua dipanggil souvenirs, yang anda boleh anggap sebagai emote 3D. Contohnya dalam Season 1, kami ada souvenir yang rupaya kepingan pizza nanas, yang telah banyak dibahaskan oleh pasukan kami sama ada piza perlu mempunyai nanas.
Terdapat satu lagi seperti “Trofi” yang boleh anda pegang atau “Hati” yang boleh anda tunjukkan atau satu lagi kegemaran saya ialah “Botol Garam”.
Kemudian name card ialah sejenis kosmetik baharu yang anda akan lihat pada season ini yang merupakan satu lagi cara pemain boleh customize dan mengekspresikan diri dengan profil.

Berapa harga Battle Pass nanti?
Jon: Keseluruhan BP mempunyai 80 tier ganjaran dan kami telah melalui kedua-dua pilihan percuma dan premium pada BP dan cuba menambah sebanyak mungkin kandungan yang menarik. Berkenaan harga, untuk membuka pas premium, ia memerlukan 1000 overwatch coin bersamaan 10 USD (RM46)
Mengenai skin, saya tahu loot box akan dihentikan tetapi adakah terdapat sebarang event di mana pemain boleh mendapatkan skin edisi terhad?
Jon: Battle pass dalam shop kini menjadi cara utama untuk kami berikan kandungan kosmetik dalam game. Jadi pemain yang berminat untuk menggunakan skin halloween, ianya akan tersedia di shop.

Boleh terangkan sedikit tentang aspek kompetitif dan berapa kerapkah kemas kini untuk keseimbangan hero dalam aspek tersebut?
Aaron: Secara kompetitif, kami akan melakukan yang terbaik untuk sentiasa menjadikan game ini seimbang dan adil untuk semua pemain kami sambil cuba memberikan kelainan dari musim ke musim, sambil memanfaatkan semua kandungan baharu yang akan masuk ke dalam game.
Boleh berikan penjelasan tentang anggaran masa untuk seseorang yang free play boleh buka wira baharu dalam BP?
Jon: Kami telah menganalisi data pemain daripada Overwatch 1 dan kami berkerja untuk membina sistem yang membolehkan pemain yang selalu bermain untuk membuka hero baru sebelum tamatnya season.

Jadi BP tier percuma, untuk buka hero baru perlu mencapai tier 55. Kami mahu pemain untuk bermain secara kerap tetapi bukanlah sampai tahap gila. Pemain akan mempunyai keupayaan untuk membuka wira secara percuma dan kami mahu pemain akses wira dengan hanya bermain sahaja.
Kami tidak mahu menyusahkan pemain seperti sebilangan game yang meletakkan ganjaran hebat pada hujung BP. Ia juga untuk memberikan laluan yang jelas untuk pemain baru tanpa berbelanja untuk dapatkan hero baru.
Aaron: Saya rasa dua yang paling penting ialah terdapat season selepas wira dikeluarkan, kami akan membuka cabaran yang berterusan dan dengan hanya bermain serta menyelesaikan cabaran itu, anda juga dapat memperoleh wira.
Satu lagi yang lebih menarik untuk pemain ialah dengan bermain dengan menyelesaikan cabaran mingguan untuk memperoleh overwatch coin, dan anda boleh menggunakannya untuk menaik taraf kepada battle pass premium untuk sebarang season. Jika anda menyimpan coin tersebut untuk satu season dengan keluaran wira, anda akan membuka wira tersebut dengan serta-merta.
Untuk pemain yang selalu bermain game ini dan sangat berdedikasi, mereka berpotensi untuk mendapatkan hero baru pada hari ia dikeluarkan. Kalau untuk pemain yang lebih kasual, mungkin akan mengumpul coin untuk membeli satu atau dua hero setiap tahun dan ia mencukupi untuk mendapatkan hero BP tetapi bukanlah sepantas pemain tegar.

Kenapa dalam Season Pass tidak ada kredit in-game sebagai ganjaran? Adakah Season Pass ini akan mempunyai masa terhad untuk dihabiskan?
Walter: Kami mengikuti falsafah dengan BP kami yang ingin memfokuskan pada sistem sebagai cara untuk melibatkan diri dalam game sepanjang tempoh season sambil berseronok dan memperoleh ganjaran. Kami mahu mempunyai cara untuk memperoleh mata wang yang berada di luar BP supaya kami tidak mempunyai kekangan luaran kepada pemain.
Jon: Jadi setiap season akan mempunyai BP baharu pada permulaan musim. Kami mempunyai sembilan minggu untuk season 1 dan pemain mempunyai sembilan minggu untuk meneruskan progress dan kemudian pada season 2 kami membawa masuk BP baharu dengan hero baharu lain di trek percuma sekali lagi, dan lebih banyak ganjaran untuk pemain peroleh.
Berikutan dengan kandungan baharu seperti map dan hero, bagaimana pasukan bersedia untuk menyampaikan lebih banyak kandungan pada tahun 2023?
Untuk menyediakan kandungan secara berterusan untuk game percuma seperti Overwatch 2 adalah memerlukan rancangan yang banyak dan memerlukan pasukan yang tersusun untuk dapat memberikan semua itu kepada pemain.
Contohnya, “Mythic skin” yang kami reka telah mengambil masa lebih daripada setahun dan kami lalui banyak proses dan orang yang berbeza di seluruh pasukan. Untuk hero, kami juga mengambil masa lebih daripada setahun. Pada tahun ini, kami banyak luangkan masa untuk membina map baharu.
Kami mempunyai sumber yang banyak dan bekerja untuk game ini. Lalu merancang untuk masa depan yang tidak pernah berakhir. Apabila saya katakan yang ia mengambil masa lebih daripada setahun untuk membuatnya, ini juga bermaksud yang kami mengambil masa lebih daripada setahun sebelumnya untuk merancang.

Untuk battle pass, ia akan mempunyai level skip yang boleh dibeli oleh pemain dan berapa harganya?
Jon: Untuk battle pass ini, ia mempunyai dua pilihan. Yang pertama adalah percuma dan satu lagi adalah premium untuk membeli level skip. Jadi, satu level akan menggunakan 200 coin bersamaan dengan 2 USD.
Adakah pemain boleh membeli barang-barang tertentu dalam in-game store?
Jon: Buat masa sekarang, kami masih tidak mempunyai sebarang rancangan untuk mengembalikan battle pass season pertama di season yang seterusnya. Tetapi untuk mendapatkan hero yang ada dalam battle pass, kami akan sediakan cara lain untuk pemain baru dapatkannya.
Adakah anda berfikir untuk membuat hero rotation pada Overwatch 2?
Aaron: Kami akan melancarkan hero baru pada season baharu tetapi bukan setiap season. Jadi, ia lebih kurang tiga sehingga empat hero baru akan dilancarkan dalam satu tahun. Barisan hero akan menjadi semakin besar dan ia akan memberikan pemain lebih banyak pilihan untuk bermain dalam satu perlawanan.
Buat masa sekarang, kami tidak berfikir untuk menghadkan barisan hero yang boleh dimainkan atau perkara seperti sistem banned dalam game. Perkara seperti ini, kita boleh membincangkannya akan datang kerana game sentiasa berubah dan kami sentiasa bersedia uintuk membuat perubahan besar padanya.

Seperti game lain di luar sana, mereka banyak memberikan easter eggs dan kandungan istimewa kepada pemain setiap season untuk mengekalkan pemain bermain game tersebut. Adakah perkara seperti ini akan digunakan dalam Overwatch nanti?
Aaron: Kami akan menyediakan tema dalam Overwatch 2 dan kami baru mencapai kualiti dan kosmetik yang ingin dilakukan.
Tema pada season pertama adalah Cyberpunk dan kami sebenarnya akan mengeluarkan “Mythic Skin”. Salah satunya adalah Cyber Demon Genji. Kalau melihat barisan skin cyberpunk ini, semuanya nampak sangat gempak dan ini adalah skin yang terbaik kami pernah buat.
Jadi, kami membina kosmetik untuk mereka semua dan kami tidak akan bergantung kepada tema bagi setiap season. Kami suka tema cuma kami akan menambah lebih banyak kosmetik lain untuk satu season.
Kami akan bina banyak kosmetik dan akan dikeluarkan dalam in-game store sepanjang season pertama. Ada yang mengikut tema seperti Cyberpunk dan ada yang berlainan daripada tema asal.
Walter: Saya rasa soalan yang anda tanya adalah berkaitan life service. Itu adalah tugas kami untuk memastikan pemain terus bermain secara berterusan sepanjang season. Jadi, itu akan menjadi gabungan kandungan yang hebat dan sekaligus membolehkan pemain mengejar untuk dapatkan ganjaran seterusnya.
Dengan cara ini juga dapat memberikan kesegaran kepada pemain untuk dapatkan pengalaman bermain dan dalam masa yang sama menjadi cabaran yang menyeronokkan. Kami akan mempelajari cara pemain berinteraksi dengan game dan saya percaya bahawa pasukan kami akan berseronok untuk memberikan lebih banyak kandungan secara berterusan.

Macam mana pula dengan pemain yang tidak kesah tentang sistem battle pass dan bagaimana pasukan developer mengatasi masalah ini?
Aaron: Apabila kami mendengar apa yang mereka katakan dan ia merupakan mesej yang agak konsisten sejak beberapa tahun belakangan ini. Selalunya adalah mereka mahukan lebih banyak kandungan Overwatch.
Strategi yang kami gunakan sekarang adalah berlainan dengan apa yang kami lakukan sebelum ini. Kami membesarkan pasukan kami untuk menyediakan kandungan yang mencukupi untuk orang ramai dan memberikan pemain apa yang mereka minta.
Kami akan cuba memberikan lebih banyak kandungan daripada apa yang pemain minta jika tidak lebih daripada itu, mungkin kami akan terus membangunkan game ini dengan lebih baik pada masa akan datang.

Itu sahaja yang kami boleh kongsikan kepada anda kali ini. Nantikan pelancaran Overwatch 2 pada 4 Oktober ini! Untuk mendapatkan liputan lain mengenai game, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post