Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Overwatch 2 Interview – Ketahui Lebih Lanjut Tentang Kiriko dan Peta Baharu, Esparanca!

Maira by Maira
September 21, 2022
in Artikel, Berita, Game, PC, PS4, PS5, Shooter, Temuramah, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Overwatch 2 Interview – Ketahui Lebih Lanjut Tentang Kiriko dan Peta  Baharu, Esparanca!
Share on FacebookShare on Twitter

Jika hari itu kita telah menemu ramah pembangun Overwatch 2 mengenai battle pass, kali ini kita bertanya tentang hero baru, Kiriko dan peta Portugal. Bersama kami ialah Dion Rogers selaku art director, Piero Herrera selaku hero designer dan Kyungseo Min sebagai narrative designer untuk Overwatch 2. Tanpa membuang masa, jom kita lihat hasil daripada temu ramah tersebut. Sebagai peringatan, hasil temu ramah ini telah diedit supaya mudah difahami.

Apabila melihat gameplay Kiriko, dia nampak sedikit “Overpowered” kerana boleh teleport, buff dan berikan damage. Bagaimana anda memantaunya supaya game sentiasa seimbang?

Piero: Dengan Kiriko dan hero lain, kami telah play test mereka banyak kali. Pelbagai perubahan diberikan termasuklah keseimbangan mereka. Kami juga telah meneliti data dan melihat bagaimana pemain menggunakan watak ini dan memberikan sedikit perubahan sebelum tersedia untuk compatible play. Kami yakin bahawa Kiriko sudah sedia untuk OWL (Overwatch League) dan game kompetitif lain.

Dion: Apabila kami mencipta hero, ada sesuatu yang kami ingin capai. Contohnya Kiriko, dia seorang ninja support. Jadi kami mahu gameplay yang membuatkan pemain berasa seperti Kiriko. Dia sangat mudah alih dan boleh teleport yang hebat. Oleh itu, kami telah seimbangkannya dengan sedikit kreatif berbanding reka bentuk. Jadi harapnya dia tidaklah overpowered tetapi anda berasa seperti ninja sokongan pada dasarnya.

Bolehkah anda ceritakan sedikit mengenai lore dan juga kisah Kiriko?

Kyungseo: Bercerita tentang Kiriko, dia seorang watak Jepun. Dia direka seperti seorang miko tetapi dia juga mempunyai sisi Ninja. Jadi dia mempelajari teknik penyembuhan dan suka menjaga kuil seperti neneknya. Tetapi dia juga belajar bagaimana untuk berlawan dan menjadi Ninja hebat seperti ibunya. Kita boleh lihat bahawa dia membawa kedua-dua imej ini bersama-sama, terutamanya dengan seninya.

Kisah Kiriko pula, dia seperti pelindung Kanezaka selepas puak Shimada tumbang. Dia hanyalah seseorang yang sangat melindungi keluarga dan komunitinya. Semasa Kiriko dilatih, ibunya juga telah melatih Genji dan Hanzo. Jadi anda boleh melihat banyak interaksi yang hebat antara Kiriko dan kedua-dua watak tersebut.

Kami sukakan perincian game secara keseluruhan. Adakah anda mempunyai penanda untuk menjawab soalan daripada pemain berkenaan watak atau peta baru?

Dion: Ya, kami mempunyai banyak idea. Tetapi kami juga suka mencipta peta yang berkaitan dengan hero. Jadi, saya rasa kami mempunyai banyak cerita yang telah dibangunkan. Hasilnya begitu baik dan kami sentiasa bertindak balas terhadap apa yang berlaku dalam game sebagai usaha untuk menanganinya.

Kyungseo: Universe game ini sangat besar dan malangnya kami tidak dapat menceritakan segalanya seperti yang kami mahu. Oleh itu, kami benar-benar mengambil berat tentang populariti watak malah kami mahu menjadi pelbagai dan inklusif serta mempamerkan tempat-tempat di dunia dan orang yang kurang diwakili.

Berapa lama anda mereka Kiriko dan boleh ceritakan latar belakangnya?

Dion: Artwork untuk Korea telah dimulakan tidka lama dahulu semasa kami meneroka idea untuk PvE dan ada satu watak yang mempunyai shuriken yang besar di belakangnya dan akhirnya dia menjadi Kiriko. Masa berlalu dan kami memutuskan untuk mencipta seorang watak support yang bebas memberikan damage pada pemain. Jadi kami mulakan dengan artwork ini kerana fikir ianya agak hebat dan kami tidak berpeluang untuk menggunakannya sebelum ini. Tetapi masalahnya ialah dia nampak sangat seperti damage dealer lebih-lebih lagi dengan shuriken besarnya. Sukar untuk pemain melihatnya sebagai support hero.

Lalu kami mula mengubah konsep dan kelihatan seperti gadis kuil. Jadi itulah beberapa latar belakang di mana dia bermula. Kami mempunyai banyak seni dan rekaan yang tidak digunakan, yang kadangkala dipilih sebagai idea permulaan untuk hero baru.

Piero: Dia masih mempunyai banyak perkara dengan kunainya, seperti kunai berapinya yang mampu memberikan kritikal kepada musuh. Dia juga masih boleh menyembuhkan dengan tembakan pertama dan projektil. Ini membuatkannya kelihatan seperti watak DPS tetapi masih lagi seorang watak support. Ia adalah keseimbangan yang baik.

Dion: Kunia itu juga diberi untuk menggantikan shuriken besarnya, supaya tidak kelihatan seperti DPS.

Kyungseo: Genji sebenarnya pemilik awal kunai tersebut dan kami berikan kepada Kiriko. Secara naratif, kami sentiasa ingin meneroka rantau ini dalam universe kami. Tentang adik beradik Shimadam Kanezaka dan Hanamura. Ada juga idea untuk jadikan Kiriko adik kepada Genji atau Hanzo tetapi tidak menggunakannya. Dia seperti rakan yang rapat tetapi dari segi cerita, kami sering mengulangi dan cuba mencari cerita yang paling menarik.

Memandangkan game bertukar kepada 5v5, bagaimana ia mengubah pendekatan untuk mereka bentuk hero support secara khusus? Kimiko kelihatan hampir seperti DPS, bagaimanakah kesannya terhadap watak seperti ini?

Piero: Sepanjang beta, kami mendapat maklum balas bahawa bermain sebagai watak support sedikit sukar. Jadi kami memastikan hero support baru mempunyai lebih cara atau utiliti pertahanan. Pemain menyukainya apabila ia datang ke beta tetapi kiriko boleh menggunakan “cleanse” dan ” invulnerability” pada dirinya melalui bom tangan jika dia mahu. Jadi itu adalah beberapa perbezaan reka bentuk yang sangat halus yang kami terokai untuk memastikan watak-watak tersebut berasa sangat baik walaupun pada format 5v5 yang sangat berbeza daripada 6v6.

Kyungseo: Kiriko adalah hero yang kami benar-benar fikirkan untuk 5v5, anda boleh tahu dengan mobilitinya yang tinggi kerana 5v5 lebih pantas daripada 6v6. Kami benar-benar tidak mahu dia berasa lebih kekok, jadi dia benar-benar disesuaikan untuk pengalaman 5v5.

Dion: Kami telah membuat pelarasan pada peta untuk membantu watak support mendapat lebih banyak perlindungan dan terdapat beberapa peta kami lebih terbuka. Dengan kekurangan tank, ia sukar untuk watak suppoer mendapatperlingdungan tetapi kami menangani perkara ini dengan menukar banyak susun atur dalam sesetengah peta atau meningkatkan jumlah perlindungan yang anda miliki dan peta untuk membantu support.

Jika kawan anda memilihi Kiriko, siapa yang anda akan pilih untuk bermain dengannya?

Dion: Kini Kiriko telah menjadi hero utama saya yang baru kerana bermain dengannya. Keduanya ialah Brigitta, tetapi saya fikir mereka sebenarnya bersinergi dengan baik. Brigitta menjadi sedikit perlahan, kelajuan Kiriko membantunya, terutamanya jika anda menggabungkannya dengan Ultimate-nya. Sinerginya sangat baik antara Brigitta dan Kiriko.

Kyungseo: Saya suka bermain Winston apabila kiriko berada dalam pasukan saya. Ia membuatkan winston berasa kuat dan mereka juga bersinergi dengan sangat baik.

Piero: Kiriko sebenarnya watak utama saya sekarang. Zanyata merupakan main saya dulu, jadi saya memang pemain support. Sebaik sahaja saya mencapai kit terakhir, dia menjadi main saya atas pelbagai sebab. Antaranya, dia sangat bagus dengan watak-watak flanker dengan Genji dan Tracer.

Bagaimana proses untuk menukar Meta itu dilakukan?

Dion: Kami tidak kekurangan idea hebat untuk watak dan sering kali kami bermula dengan fantasi. Kami mula bermain dengan kebolehan yang kami rasa menyeronokkan. Sudah tentu kami memberikan perhatian dengan teliti kepada apa yang berlaku dalam meta dan siapa yang perlu digerakkan kadang-kadang, tetapi biasanya ia bermula dengan apa yang menyeronokkan untuk game dan kemudian kami mula membangunkannya.

Piero: Sesuatu yang penting kepada kami ialah matchmaking yang seimbang. Kami ingin memastikan bahawa terdapat pemain yang queue untuk semua role iaitu tank, DPS dan support. Ia sebenarnya meningkatkan keseimbangan pada mekanisme support. Disebabkan kita cuma ada Junker Queen dan Soldier pada beta, ia membuatkan game tidak seimbang. Dengan hadirnya Kiriko, game akan lebih seimbang.

Apa yang pemain boleh harapkan daripada peta baru? Adakah ia akan mendapat perhatian yang sama seperti peta RIO?

Dion: Peta ini hampir sama dengan RIO, artis yang menghasilkannya berasal dari brazil dan dia sendiri pernah ke kawasan itu dan dibesarkan di sana, Jadi dia sangat mengenali budaya dan jenis gaya seni bina. Apa yang menarik tentang Portugal ialah lead environment artist berasal daripada Portugal. Jadi dia curahkan banyak pengetahuannya membesar pada peta tersebut.

Jadi saya rasa anda akan mendapati banyak easter egg dan budaya yang menyeronokkan dalam peta ini. Muziknya pula merupakan remix daripada lagu kebangsaan dari Portugal. Pasukan bunyi juga telah terbang ke Portugal untuk merakam bunyi daripada kehidupan seharian dan juga bahagian unik dalam bangunan. Tetapi mereka juga mengambil banyak rujukan semasa kami berada di luar sana dan mereka kembali dengan semua gambar hebat, yang kami gunakan untuk membantu membangunkan peta.

Saya fikir ia mungkin salah satu peta kami yang paling terperinci jika anda hanya meneroka setiap bilik dalam peta ini. Saya harap anda mendapat peluang untuk meneroka peta dalam game custom dan berjalan-jalan sambil mendengar bunyi kami lakukan.

Piero: Saya masih ingat ketika saya memainkan peta ini. Saya juga boleh berbahasa Portugis. Saya masuk ke dalam salah satu bilik dan saya mendengar bahasa Portugis dan ia datang dari radio berita dan ia membuatkan saya gembira apabila memasuki bilik itu. Jadi perhatian terhadap perincian itu benar-benar akan diberikan kepada pemain dan kami gembira dengannya.

Boleh ceritakan sedikit tentang idea kosmetik untuk Kiriko?

Kyungseo: Sudah pasti kami ingin meletakkan kekayaan budaya Jepun pada skin untuk Kiriko. Boleh nantikannya.

Dion: Kiriko mempunyai skin cyberpunk yang sangat hebat dalam battle pass. Kami sangat seronok dengan mereka pakaian tradisional untuknya begitu juga dengan kosmetik skin sebenar. Tetapi terdapat banyak charm yang menyeronokkan, yang saya pasti akan mengejutkan pemain.

Untuk tanuki lawan musang, buat masa ini terdapat beberapa suntingan yang dilakukan pada musang. Kami sentiasa mencari beberapa idea yang menyeronokkan dengan Kiriko. Sungguh mengujakan untuk menghasilkan kosmetik unik untuk beberapa hero baru malah kehabisan idea untuk beberapa masa lalu. Kami akan mencuba lebih banyak perkara di luar sana dengannya.

Itu sahaja yang kami boleh kongsikan kepada anda kali ini. Nantikan pelancaran Overwatch 2 pada 4 Oktober ini! Untuk mendapatkan liputan lain mengenai game, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: KirikoOverwatch 2
Previous Post

vivo V25 Pro rasmi dilancarkan di Malaysia, kini tersedia pada harga RM2499!

Next Post

Siri Animasi Sonic Prime Akan Tiba Di Netflix Hujung Tahun Ini!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

NetEase Umum Spirit Beast Adventure, Sebuah MMORPG Menyerupai Pokemon?
Mobile

NetEase Umum Spirit Beast Adventure, Sebuah MMORPG Menyerupai Pokemon?

May 9, 2025
BIC Festival 2025 Tampilkan Visual Utama, Janjikan Pengalaman Gaming Indie Bertemakan Kosmik
Acara

BIC Festival 2025 Tampilkan Visual Utama, Janjikan Pengalaman Gaming Indie Bertemakan Kosmik

May 9, 2025
Mafia: The Old Country Bakal Dilancarkan 8 Ogos 2025
Berita

Mafia: The Old Country Bakal Dilancarkan 8 Ogos 2025

May 9, 2025
Next Post
Siri Animasi Sonic Prime Akan Tiba Di Netflix Hujung Tahun Ini!

Siri Animasi Sonic Prime Akan Tiba Di Netflix Hujung Tahun Ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!
Berita

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!

May 4, 2025
Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius
Anime

Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius

May 2, 2025
Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?
Filem

Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?

May 2, 2025
Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis
Fakta & Trivia

Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis

May 1, 2025
Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!
Filem

Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!

May 1, 2025
Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat
Jom Singgah!

Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat

April 30, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd