Overlord: Escape From Nazarick telah mengeluarkan trailer terbaru yang mendedahkan gameplay semasa mengharungi cabaran seperti metroidvania. Dibangunkan oleh ENGINES Inc dan diterbitkan oleh KADOKAWA Corporation, Overlord: Escape From Nazarick akan dilancarkan pada 16 Jun ini di Steam dan Nintendo Switch. Anda boleh menonton video trailer terbaru itu di bawah.
Melalui trailer tersebut, anda akan melihat Clementine mengharungi pelbagai rintangan dan halangan yang terdapat dalam dalam dungeon game tersebut. Ada semburan api, spike tajam, raksasa dan banyak lagi. Clementine juga dilihat menggunakan senjata morning star untuk bergayut pada dinding semasa mengelak daripada halangan ataupun bergerak antara dinding.
Untuk pengetahuan anda, Overlord: Escape From Nazarick akan mempunyai jalan cerita original yang diawasi oleh pencipta Overlord, Kugane Maruyama. Ia akan menampilkan mekanik side-scrolling combat yang sama seperti game seperti “Metroidvania”. Anda akan mengawal Clementine, seorang pahlawan yang mempunyai kuasa luar biasa dan bertarung untuk mendapatkan semula memori yang telah hilang dan terdesak untuk mencari jalan keluar.

Gunakan segala sistem parkour hebat yang tersedia untuk melompat, berayun dan meluncur serta memanfaatkan segala kebolehan seni mempertahankan diri Clementine dan sihir. Kesemua aksi ini akan hadir dalam grafik piksel 2D hebat.
Plot cerita Overlord: Escape From Nazarick
Clementine bangun dan mendapati bahawa dirinya telah terperangkap dalam Great Tomb of Nazarick disebabkan oleh Ainz Ooal Gown, yang memaksanya untuk menyertai eksperimen yang brutal. Berbekalkan senjata kegemarannya serta memorinya yang sedikit, Clementine mest mengalahkan kesemua orang bawahan Ainz dan mencari jalan keluar. Maka bermulakan pencarian pintu keluar daripada Nazarick.

Tidak lama selepas pelancaran game ini, musim ke-empat anime juga akan ditayangkan iaitu pada bulan Julai nanti menyertai barisan anime musim panas yang lain. Jangan lupa untuk menontonnya nanti. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai siri Overlord daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post