Kingston FURY hari ini mengumumkan pengeluaran memori Kingston FURY Beast DDR5 RGB. Ini adalah modul DDR5 pertama dalam siri FURY Beast untuk mencapai 10,004MT/s, dan menampilkan kesan pencahayaan RGB dengan reka bentuk heat spreader baru yang memberikan pencahayaan lebih terang dan lancar.
Dilengkapi dengan Intel® XMP 3.0 dan perisian Kingston FURY CTRL 2, korang boleh boleh memilih pelbagai cahaya daripada pustaka corak dan kesan yang di-pratetap. Sebagai alternatif, korang juga boleh customize sendiri kesan RGB untuk membuatkan sistem benar-benar unik. Semua modul FURY Beast DDR5 RGB mempunyai ciri Kingston FURY Infrared Sync Technology™, yang mengekalkan kesan pencahayaan dalam cara yang kita mahu.

Memori ini bermula pada 4800MT/s, dan mempunyai teknologi overclock secara automatik tanpa perlu memilih profil. Di modul 5200MT/s dan lebih pantas, profil Intel XMP 3.0 didayakan untuk mengunci kelajuan, pemasaan dan voltan. Tidak kira sama ada korang gamer veteran atau baru nak berjinak membuat PC, FURY Beast DDR5 RGB akan memaksimumkan sesi gaming anda.

Kingston FURY Beast DDR5 RGB tersedia dalam modul single 8GB, 16GB dan 32GB serta kit yang terdiri daripada dua sehingga 64GB, dengan kelajuan sehingga 6000MT/s serta disokong oleh waranti seumur hidup terhad. Pelanggan akan menerima berus keyboard Kingston eksklusif atau beg kanvas dengan pembelian terpilih Kingston FURY RAM atau SSD.
Berikut adalah spesifikasi FURY Beast DDR5 RGB menurut laman web rasmi:
- Capacities:
- Singles – 8GB, 16GB, 32GB
- Kits of 2 – 16GB, 32GB, 64GB
- Frequencies: 4800MT/s, 5200MT/s, 5600MT/s, 6000MT/s
- Latencies: CL38, CL40
- Voltage: 1.1V, 1.25V, 1.35V
- Operating Temperature: 0°C-85°C
- Dimensions: 133.35 mm x 42.23 mm x 7.11 mm
Buat masa ini, harga rasmi di Malaysia masih belum diumumkan tetapi buat sesiapa yang berminat tentang Kingston FURY Beast DDR5 RGB, korang boleh rujuk di sini.
@gamersantaimy
Discussion about this post