Dalam industri yang penuh dengan anime shonen, Ousama Ranking berjaya menambat hati seluruh dunia dengan kisah “jangan putus asa” dengan protagonis yang comel tetapi serba kekurangan. Kini, kita dapat pengesahan rasmi bahawa filem pertama Ousama Ranking kini dalam pembikinan!
Berita ini diumumkan melalui halaman Twitter rasmi hari ini. Walaubagaimanapun, mereka tidak mengesahkan sama ada filem itu akan menampilkan jalan cerita serba baharu atau mengadaptasi kisah daripada manga. Malah, tarikh keluaran dan siapa yang akan menguruskan animasi pun tidak diumumkan.
Menurut posting Twitter, mereka hanya berkata:
“Animasi TV Ousama Ranking – Keputusan produksi versi filem baharu sepenuhnya. Terima kasih atas sokongan berterusan anda.”

Bagi mereka yang tidak tahu, Ousama Ranking adalah siri manga fantasi Jepun yang ditulis dan diilustrasikan oleh Sosuke Toka. Ia diterbitkan secara online melalui laman web Manga Hack sejak Mei 2017 dan dikumpulkan dalam enam belas jilid tankobon.
Selepas menjadi semakin popular, ia menerima adaptasi anime yang dihasilkan oleh Wit Studio dan mula disiarkan dari Oktober 2021 hingga Mac 2022. Selepas itu, siri anime spin-off Ousama Ranking: The Treasure Chest of Courage mula disiarkan dari April hingga Jun 2023.

Sinopsis
Manga ini mengisahkan tentang Bojji, seorang putera yang pekak, bisu dan lemah yang tidak berdaya untuk mengangkat walau hanya pedang kanak-kanak. Sebagai anak lelaki sulung, dia berusaha keras dan berimpian untuk menjadi raja terhebat di dunia. Walau bagaimanapun, semua orang mengutuk Bojji dan menggelarnya sebagai “putera yang tidak berguna” dan anggap dia “tidak mungkin boleh menjadi raja.”
Bojji berjaya membuat kawan pertamanya, “Kage” — sejenis bayang yang entah bagaimana dapat memahami kata-kata Bojji walaupun dia tidak dapat bercakap. Rupanya, Kage berasal daripada puak pembunuh upahan dan adalah satu-satunya insan yang terselamat daripada dibunuh. Kisah ini mengikuti perjalanan Bojji ketika dia bertemu dengan pelbagai orang dalam hidupnya, bermula dengan Kage sehingga dia dapat mencapai impiannya menjadi raja.

Apa pendapat korang pasal filem Ousama Ranking? Harap-harap keluar lah kat Malaysia! Baca segala berita kami tentang siri ini di SINI!
@gamersantaimy
Discussion about this post