Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Oshi no Ko Season 2 Membuat Debut Pada 3 Julai – Info Penuh!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 28, 2024
in Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Oshi no Ko Season 2 Membuat Debut Pada 3 Julai – Info Penuh!
Share on FacebookShare on Twitter

Oshi no Ko Season 2 secara rasminya akan membuat debut pada 3 Julai!

Berita ini diumumkan semasa program siaran langsung pada ahad lalu yang turut mendedahkan video promosi, poster utama, dan lagu tema pembukaan. Berikut adalah videonya:

Artis muzik GEMN mempersembahkan lagu tema pembukaan untuk musim kedua bertajuk “Fatale”, seperti yang didengar dalam video di atas. Oshi no Ko Musim 2 sekali lagi akan dikendalikan oleh Doga Kobo, studio animasi Jepun yang menghasilkan musim pertama.

Kredit: Doga Kobo

Musim kedua akan memfokuskan pada drama pentas 2.5D bertajuk Tokyo Blade, yang bermula dengan Bab 41 manga. Arc baharu ini menyaksikan semua orang berlatih untuk adaptasi lakonan pentas berdasarkan manga Tokyo Blade. Bagi mereka yang kurang tahu, 2.5D Stage Play adalah arc terpanjang dalam siri manga setakat ini, dan merangkumi tiga jilid berbeza dan memperkenalkan banyak watak baharu serta lama.

Tentang Oshi No Ko

Kredit: Doga Kobo

Oshi no Ko merupakan siri manga yang ditulis oleh Aka Akasaka, pencipta Kaguya-sama: Love is War dan dilukis oleh Mengo Yokoyari, pencipta Scum’s Wish. Siri ini pertama kali diterbitkan melalui majalah Weekly Young Jump milik Shueisha pada April 2020. Kini sudah 11 jilid manga yang telah dilepaskan dan jilid ke-12 akan dilepaskan pada Julai 2023. Versi bahasa Inggeris juga telah diterbitkan oleh Yen Press. Anda juga boleh membacanya secara percuma dalam talian melalui aplikasi dan laman web Manga Plus.

“Dalam industri hiburan, pembohongan adalah senjata. Setiap hari, Goro, pakar perbidanan dan obstetrik yang bekerja di sebuah bandar kecil, menjalani kehidupan yang tidak berkaitan dengan perniagaan hiburan. Namun, idola Hoshino Ai yang “diikuti” mula naik ke senarai bintang. Mereka berdua menyedari senario terburuk mereka, dan sejak itu, roda nasib mula berputar.”

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeOshi no Ko
ShareTweetSend
Previous Post

Zenless Zone Zero Rasmi Lancar Pada 4 Julai, Game Aksi RPG Terbaru HoYoverse

Next Post

Previu Kad ‘Hydroelectric Specimen’ & ‘Hydroelectric Laboratory’ Dari MTG Modern Horizons 3

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Previu Kad ‘Hydroelectric Specimen’ & ‘Hydroelectric Laboratory’ Dari MTG Modern Horizons 3

Previu Kad 'Hydroelectric Specimen' & 'Hydroelectric Laboratory' Dari MTG Modern Horizons 3

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd