Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Orlando Bloom sertai filem Gran Turismo sebagai watak antagonis!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 20, 2022
in Artikel, Berita, Filem, PS4, PS5, Sukan/lumba
0 0
0
Orlando Bloom sertai filem Gran Turismo sebagai watak antagonis!
Share on FacebookShare on Twitter

Filem adaptasi live action Gran Turismo baru sahaja mengumumkan pelakon terbaru untuk menyertai produksi. Secara lebih khusus, Orlando Bloom akan membintangi filem Gran Turismo akan datang sebagai watak antagonis, bersama David Harbour dan Archie Madekwe menurut sumber.

  • Orlando Bloom
  • David Harbour
  • Archie Madekwe

Filem Gran Turismo asalnya diumumkan pada Jun 2022 dan sejak itu, pihak studio kerap memberi maklumat tentang sebarang tambahan pada barisan pelakon.

Walaupun nama Orlando Bloom baru sahaja disahkan, penglibatan David Harbour dalam Gran Turismo telah diumumkan beberapa hari sebelum manakala Archie Madekwe telah didedahkan sebagai salah seorang bintang utama satu hari selepasnya.

Seperti yang korang baca di atas, filem ini merupakan adaptasi live action daripada francais permainan video lumba popular pada tahun 1997.

Walau bagaimanapun, plot ini berdasarkan kisah benar yang digelar sebagai “kisah mimpi jadi realiti terunggul” dan memfokuskan kepada seorang pemain remaja Gran Turismo yang berjaya memenangi beberapa pertandingan, dan akhirnya menjadi “pemandu kereta lumba profesional sebenar.”

Madekwe akan melakonkan pemain remaja itu manakala Harbour akan berlakon sebagai seorang pemandu bersara yang mengajarnya cara-cara untuk memandu. Bloom, sebaliknya, akan memainkan watak seorang eksekutif pemasaran “lapar” yang mempromosikan sukan perlumbaan permotoran.

Penggambaran dijangka akan bermula tidak lama lagi di Eropah dan diarahkan oleh Neill Blomkamp (District 9). Skrip dan lakon layar pula ditulis oleh Jason Hall, yang juga adalah penerbit eksekutif.

Dicipta oleh Kazunori Yamauchi, yang merupakan salah seorang penerbit eksekutif filem, game pertama Gran Turismo menerima banyak ulasan positif daripada para gamer kerana dapat mencipta pengalaman perlumbaan yang sangat tulen.

Dikeluarkan lebih daripada dua dekad yang lalu, ramai juga memuji grafik permainan dan cara ia “membawa fizik dunia sebenar ke dalam simulator memandu”.

Sejak dilancarkan, francais itu telah menjual lebih 85 juta unit di seluruh dunia, yang merangkumi 12 game berbeza. Entri terbaru dalam francais iaitu Gran Turismo 7, telah dikeluarkan pada PlayStation 5 pada bulan Mac lalu.

Jika tiada masalah, filem Gran Turismo dijangka akan ditayangkan di pawagam pada 11 Ogos 2023.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: filemGran TurismomovieOrlando Bloom
Previous Post

Koleksi HyperX bersama Naruto Shippuden bakal tersedia 22 September 2022!

Next Post

Black Clover – Tabata kenalkan adik Yami & Asta terpegun melihat The Land of Sun

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

SHINOBI: Art of Vengeance – Aksi Combat Meletup Dalam Trailer Terbaru!
Berita

SHINOBI: Art of Vengeance – Aksi Combat Meletup Dalam Trailer Terbaru!

June 3, 2025
Wizards of the Coast Umum Game Action-Adventure Dungeons & Dragons Baharu
Berita

Wizards of the Coast Umum Game Action-Adventure Dungeons & Dragons Baharu

June 3, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Next Post
Black Clover – Tabata kenalkan adik Yami & Asta terpegun melihat The Land of Sun

Black Clover - Tabata kenalkan adik Yami & Asta terpegun melihat The Land of Sun

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd