Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Orang Malaysia lagi suka main Lato-Lato Mobile daripada PUBG Mobile, menurut data kajian

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 28, 2023
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile, Senarai, Tempatan
0 0
0
Orang Malaysia lagi suka main Lato-Lato Mobile daripada PUBG Mobile, menurut data kajian
Share on FacebookShare on Twitter

Sejak tahun lepas, permainan lato-lato telah menjadi sangat viral di Asia Tenggara, termasuk di Malaysia. Permainan ini menjadi sangat “trending” di media sosial sehingga kanak-kanak dan orang dewasa pun cuba bermain. Tidak cukup secara fizikal, permainan ini turut dibawa ke dunia permainan video dan siapa sangka, game lato-lato lebih popular daripada PUBG Mobile!

Kredit: Own Games

Beberapa pemaju mengambil kesempatan daripada trend lato-lato untuk mencipta versi game mobile, tetapi tiada siapa sangka ia meraih sambutan yang positif dan tinggi di kalangan gamer. Dicipta oleh Own Games, satu game mobile bernama Clackers Master: Latto Latto sedang menduduki tempat ke-6 dalam kategori Top Free secara Download.

Lebih mengejutkan lagi, jumlah muat turun game lato-lato mobile ini lebih tinggi berbanding PUBG Mobile. Malah, ia hampir mengejar populariti Subway Surfers yang menduduki tempat ke-5.

Kredit: AppMagic

Bagi mereka yang tidak tahu, permainan lato-lato merupakan salah satu permainan tradisional dari Amerika Syarikat pada tahun 1968 yang kembali viral pada masa kini. Selalunya, lato-Lato terdiri daripada dua biji bola keras yang diikat dengan seutas tali dan di tengah tali tersebut adakah key-ring untuk pemain memasukkan jari.

Untuk bermain, anda hanya perlu menghayunkan bola tersebut sehingga ia mengetuk sesama sendiri dan mengeluarkan bunyi. Versi mobile hanya mereplikasikan gameplay yang sama. Bezanya adalah pemain boleh mengumpul macam-macam jenis bentuk dan warna unik.

Data kajian ini diambil daripada laman web AppMagic di mana kami mengkaji senarai Top 10 Free Games di Malaysia. Jumlah muat turun hanya untuk tahun 2023 (tidak termasuk tahun-tahun sebelum) dan merangkumi total muat turun terkini daripada platform Google Play Store dan App Store. Berikut adalah senarai data:

  1. Mobile Legends: Bang Bang (1,531,646)
  2. Roblox (1,473,499)
  3. Candy Crush Saga (1,150,140)
  4. Stumble Guys (942,689)
  5. Subway Surfers (932,627)
  6. Clackers Master: Latto Latto (928,609)
  7. PUBG MOBILE (892,477)
  8. FIFA Soccer (867,269)
  9. 8 Ball Pool (867,189)
  10. Block Blast Adventure Master (799,824)
Kredit: AppMagic

Adakah trend lato-lato akan bertahan lama? Mengapa ramai sangat ingin bermain game mobile lato-lato? Jom kongsi pendapat korang di ruang komen!


Untuk baca segala berita terkini kami tentang game, anime dan teknologi, sila tekan pautan ini!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Lato-LatoMalaysiapubg mobile
ShareTweetSend
Previous Post

Nintendo Ingin Kurangkan Isu “Scalping” untuk Konsol Terbaharu Mereka

Next Post

Game AR Marvel: World of Heroes Dibatalkan oleh Pembangun Pokemon Go!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Game AR Marvel: World of Heroes Dibatalkan oleh Pembangun Pokemon Go!

Game AR Marvel: World of Heroes Dibatalkan oleh Pembangun Pokemon Go!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd