Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

One Punch Man “Season 3” Sah Akan Tiba Oktober 2025

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 7, 2025
in Anime, Artikel, Berita
0 0
0
One Punch Man “Season 3” Sah Akan Tiba Oktober 2025
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas bertahun-tahun menunggu, anime One Punch Man akhirnya kembali dengan Season 3!

Bandai Namco Filmworks secara rasmi mengumumkan bahawa anime ini akan ditayangkan pada Oktober 2025, bersama sebuah video promosi baharu dan visual utama—digelar sebagai “strongest version”—bagi menandakan pengumuman ini.

Season 3 hadir tepat sedekad selepas musim pertama yang ditayangkan pada 2015, sekaligus menjadi sebahagian daripada sambutan ulang tahun 10 Punches Project.

Studio J.C. Staff, yang mengendalikan animasi untuk Season 2, akan kembali untuk musim ini, mengadaptasi Monster Association Arc, salah satu babak paling dinantikan dalam siri manga oleh ONE dan Yusuke Murata yang bermula dari Bab 86.

Kredit: ©ONE・村田雄介/集英社・ヒーロー協会本部

Kisah musim baharu ini bersambung terus dari Season 2, di mana Saitama telah menewaskan Elder Centipede, manakala Garou telah diculik oleh Monster Association. Kali ini, Hero Association melancarkan serangan penuh ke markas Monster Association untuk menyelamatkan Waganma, anak kepada seorang penaja kaya.

Pada masa yang sama, Garou semakin sebati dengan identitinya sebagai “Hero Hunter”, manakala Monster King Orochi serta kewujudan makhluk kosmik yang dikenali sebagai “God” bakal menjadikan konflik semakin sengit.

Kredit: ©ONE・村田雄介/集英社・ヒーロー協会本部

Musim baharu ini turut menyaksikan kepulangan pelakon suara asal, termasuk:

  • Makoto Furukawa sebagai Saitama
  • Kaito Ishikawa sebagai Genos
  • Hikaru Midorikawa sebagai Garou
Kredit: ©ONE・村田雄介/集英社・ヒーロー協会本部

Selain itu, peminat juga boleh menjangkakan lebih banyak aksi daripada hero S-Class, termasuk watak kegemaran ramai seperti Tatsumaki (Tornado of Terror), Flashy Flash, Atomic Samurai, Zombieman, dan ramai lagi yang bakal memainkan peranan penting dalam pertempuran besar menentang Monster Association.

Maklumat lanjut, termasuk tarikh tayangan rasmi dan barisan pelakon tambahan, tentang One Punch Man Season 3 akan diumumkan dalam masa terdekat.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: One Punch Man
ShareTweetSend
Previous Post

Waifu Bertemu Mecha di Mobile, E.T.E Chronicle Akan Mendarat 13 Mac!

Next Post

Tonton Anime ‘Mobile Suit Gundam GQuuuuuuX’ di Prime Video Bermula April Ini

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tamadun Mana Yang Paling Sesuai Untuk Anda?
Panduan

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tamadun Mana Yang Paling Sesuai Untuk Anda?

June 30, 2025
Panduan Civilization: Eras & Allies – Tier List Untuk Semua Pemimpin & Tokoh!
Panduan

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tier List Untuk Semua Pemimpin & Tokoh!

June 30, 2025
Panduan Kod Civilization: Eras & Allies – Senarai Kod Aktif & Cara Menebus!
Panduan

Panduan Kod Civilization: Eras & Allies – Senarai Kod Aktif & Cara Menebus!

June 30, 2025
Next Post
Tonton Anime ‘Mobile Suit Gundam GQuuuuuuX’ di Prime Video Bermula April Ini

Tonton Anime 'Mobile Suit Gundam GQuuuuuuX' di Prime Video Bermula April Ini

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd