Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

One-Punch Man akhirnya tamatkan saga Garou selepas 7 tahun

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 4, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
One-Punch Man akhirnya tamatkan saga Garou selepas 7 tahun

Sumber - snownyann

Share on FacebookShare on Twitter

Selepas 7 tahun yang lama, bab terbaru manga One-Punch Man oleh ONE dan Yusuke Murata secara rasminya akan menamatkan kisah Garou menurut kata pelukis di Twitter! Secara lebih khusus lagi, Garou kali pertama diperkenalkan di dalam “The Human Monster Saga” yang terdiri daripada 129 bab dan merupakan salah satu story arc paling panjang dalam kisah One-Punch Man.

次回で後日談をやってガロウ編はおしまいです。足掛け7年…!読者の皆様と、他ならぬONE先生と、編集部の皆様、超優秀なスタッフのおかげでひと段落ですね。これからもより一層描きまくりますので、お引き立てのほど、よろしくお願い致します。

— 村田雄介 (@NEBU_KURO) August 3, 2022

AMARAN! SPOILER UNTUK ONE-PUNCH MAN BAB 168 DI BAWAH!

Garou Introduction Arc

Human Monster Saga asalnya bermula dalam One-Punch Man bab 40 pada Oktober 2014 (sebenarnya hampir 8 tahun) dan di sinilah Garou muncul buat kali pertama. Saga itu semakin berkembang apabila Hero Association diceroboh oleh raksasa yang kemudian menculik anak CEO Hero Association.

Dalam keadaan panik, hampir setiap Hero kelas S dan ramai lagi dikumpulkan bagi menjalankan operasi besar-besaran untuk menyelamatkannya. Berbanding saga sebelum, kisah kali ini agak menyimpang daripada formula biasa dan lebih memfokuskan pada “Hero Hunter Garou”, sehingga dia lebih “menyerlah” berbanding protagonis Saitama.

Kita dapat melihat penghujung saga ini pada bab 168, di mana pertarungan antara Garou dan Saitama mencapai tahap tidak masuk akal seperti tumbukan bersifat nuklear, pertarungan di angkasa lepas, kemusnahan planet Musytari (daripada bersin Saitama) dan aksi merentas masa (time travel).

Bukan itu sahaja, saga ini juga mendedahkan banyak rahsia tentang mitos keseluruhan siri ini, seperti “God” yang jahat, aktiviti Blast (hero kelas S terkuat, dan Garou. Walaupun manga membuat beberapa perubahan dan tidak 100% mengikut kisah webtoon original, ia masih mempunyai penghujung yang hampir sama dengan webtoon.

Sumber – ColorOpm

Buat mereka yang ingin tahu apa terjadi selepas itu, tidak lama lagi kita akan memasuki fasa “Psychic Sisters” yang memfokuskan pada asal usul Fubuki dan kakaknya Tatsumaki. Jangan risau kerana saga ini lebih pendek daripada kisah sekarang.

Memandangkan manga One-Punch Man sudah selesai mengadaptasikan Human Monster Saga, adakah ini petanda musim baru untuk anime akan datang dalam masa terdekat? Kemungkinan besar, jawapannya adalah ya tetapi bukanlah pada tahun ini atau awal tahun depan.

Untuk membaca segala liputan kami tentang One-Punch Man, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: GaroumangaOne-Punch Man
Previous Post

Meet You Maker – Apabila Rust bertemu Mario Maker! Bina dan raid Outpost dalam dunia tandus!

Next Post

Manga Black Clover 332: Asta naik pangkat & luahkan perasaan cinta buat kali terakhir!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Manga Black Clover 332: Asta naik pangkat & luahkan perasaan cinta buat kali terakhir!

Manga Black Clover 332: Asta naik pangkat & luahkan perasaan cinta buat kali terakhir!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd