
Identitinya kini bukan rahsia lagi kerana dalam bab 139 manga, peminat akhirnya dapat melihat wajah Blast buat pertama kali! Kewujudan Blast sudah lama kita tahu sejak barisan hero S-Class diperkenalkan, dan semasa “flashback” pada origin story Tatsumaki, pembaca boleh lihat bahawa Blast lah wira yang menyelamatkannya. Tetapi dalam bab terbaru, siapalah sangka dia akan bertemu dengan Saitama secara depan-depan.
Bab ini bermula dengan Saitama, Flashy Flash dan Manako yang masih terperangkap di bawah tanah setelah pertarungan Tatsumaki dan Psykos. Ketika mencari jalan keluar, mereka menemui sebuah kiub hitam misteri yang boleh bercakap. Kiub hitam ini memberitahu bahawa ia memerlukan hos yang kuat untuk memberikannya kuasa dan akan “mengumpulkan” mereka yang tidak layak. Tiba-tiba, sebuah portal pun muncul di belakang mereka.
Yang muncul dari portal ini adalah hero no.1 S-Class Blast yang mengambil kiub tersebut. Senang hati kerana tiada siapa menyentuh kiub itu atau menerima apa-apa “perjanjian” misteri, Blast menjelaskan bahawa kiub itu adalah sejenis objek yang dia kumpulkan “pada masa lapang”. Kiub itu pun mengenali Blast dan sebelum sempat memarahinya, Blast memindahkan kiub itu ke tempat lain.
Flashy Flash cuba menguji kekuatan Blast dengan serangan pantas, tetapi Blast berjaya mengelak serangan ini dengan mudah. Selepas mengingatkan mereka untuk memberi salam kepada “Sitch dan Tornado“, Blast membuka sebuah portal baru untuk membolehkan Saitama, Flash, dan Manako melepaskan diri dari kawasan bawah tanah.
Walaupun kita sudah tahu penampilan penuh Blast, ia hanya menimbulkan lebih banyak persoalan dalam otak kita. Apakah matlamat sebenar Blast dalam siri? Bukan setakat itu sahaja, ia juga menimbulkan persoalan jika adakah Blast sama kuat seperti Saitama? Beri tahu pendapat anda dalam ruang komen sekarang! Untuk segala liputan kami tentang One-Punch Man, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post