Selepas sebulan berehat, siri manga popular One Piece akhirnya akan menyambungkan kisah dengan keluaran bab baru. Di internet, beberapa spoiler tentang One Piece bab 1054 telah pun didedahkan, dan nampaknya memfokuskan pada Sabo dan kematian seorang watak penting. Bagi sesiapa yang ingin tahu, korang boleh teruskan membaca tetapi harap maklum, banyak SPOILER DI BAWAH!

Imbas balik One Piece bab 1053: Bounty terbaru Luffy, Kidd dan Law didedahkan dan bernilai sebanyak 3 bilion (bagi setiap satu) manakala nama sebenar Admiral Ryokugyu rupanya adalah Aramaki. Dia mempunyai kuasa untuk mencipta tumbuhan dari tangannya dan menggunakan tumbuhan ini untuk menyerap nutrien orang. Di penghujung bab, Yonko terbaru telah dinamakan dan terdiri daripada Shanks, Blackbeard, Buggy dan Luffy.
SPOILER BAB 1054 BERMULA DI SINI (sumber @Epicoboy)
One Piece bab 1054 diberi tajuk “Emperor of Flames” aka Entei yang merupakan nama kepada serangan terhebat Ace yang dia gunakan semasa melawan Blackbeard.

Daripada teaser sahaja, kita sudah dapat teaser yang menunjukkan Sabo akan menjadi fokus utama untuk bab ini memandangkan dia adalah pemilik semasa untuk Mera Mera no Mi (dahulu milik Ace). Bukan itu sahaja, Sabo juga terlibat dengan kematian seorang watak penting. Menurut info daripada Epicoboy, Kuma akan dibunuh oleh Sabo.
Jika nak ikutkan, Kuma sebenarnya boleh dianggap sebagai mati selepas menjalani pembedahan oleh Vegapunk di mana personalitinya digantikan dengan robot supaya dia boleh menjadi PX-0. Akibatnya, “personaliti sebenar” Kuma telah dianggap mati dan dia kini menjadi robot yang berkhidmat kepada World Government.

Kali terakhir kami melihat Kuma adalah semasa saga Wano di mana dia nampaknya ditunggang sambil didera oleh seorang Celestial Dragon. Untuk membebaskannya daripada penyeksaan ini, Sabo nampaknya membuat keputusan untuk membunuh Kuma.
Selain itu, Devil Fruit milik Aramaki juga didedahkan dan merupakan jenis Logia mengikut spoiler. Bagi butiran tentang bounty, masih tiada berita baru.

Buat sesiapa yang rindukan One Piece, korang tidak perlu tunggu lama lagi kerana bab 1054 secara rasmi akan datang pada hari Ahad, 24 Julai pukul 23:00. Untuk membacanya secara percuma dan daripada sumber yang sah, sila layari laman Manga Plus!
Untuk segala liputan kami tentang One Piece, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post