Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

One Piece Odyssey pamerkan sistem “combat turn-based”, lebihkan JRPG dari action adventure

safwan by safwan
July 1, 2022
in Action, Artikel, Berita, Game Baru, RPG
0 0
0
One Piece Odyssey pamerkan sistem “combat turn-based”, lebihkan JRPG dari action adventure
Share on FacebookShare on Twitter

Bandai Namco mengeluarkan video terbaru dengan menampilkan penerbit Katsuaki Tsuzuki bagi menceritakan diari sepanjang proses pembangunan One Piece Odyssey dengan mendedahkan gameplay. Ia akan dilancarkan pada tahun ini di PS5, PS4, Xbox Series X|S dan PC melalui Steam.

Dalam video tersebut, kita boleh lihat banyak perkara yang didedahkan terutama sekali adalah combat dan gameplay. Menurut Tsuzuki, game ini telah dibangunkan sejak lima tahun lepas semasa dia masih mengusahakan One Piece Pirate Warriors 4.

Selain itu, One Piece Odyssey akan menambah lebih banyak drama, adventure dan elemen perlawanan yang unik. Mereka telah menghabiskan banyak masa untuk memastikan dunia One Piece Odyssey kelihatan hebat dan cantik. Namun, untuk menampilkan genre JRPG lebih lagi, pasukan developer mengesahkan bahawa “Adventurous plot” akan menjadi tunjang utama dalam game.

Semasa “Whole Cake Island Arc” pada fasa pertengahan, Oda telah menerima permintaan daripada penulis One Piece Odyssey untuk membantu dalam bahagian mereka bentuk watak baharu. Selepas selesai menulis plot, Oda telah tertarik dengannya dan bersetuju untuk mencipta dua watak baharu iaitu Adio dan Lim. Bersama-sama watak baharu, Oda memberikan dua haiwan baru iaitu Leviathan dan Dry Penguin.

One Piece Odyssey
Sumber: Bandai Namco

Menurut Tsuzuki, dia mengesahkan bahawa pasukan developer telah banyak menghabiskan masa dengan memberikan banyak perhatian kepada setiap butiran game ini. Jika, kita lihat pada video tersebut, setiap bangunan dan struktur dalam game direka bentuk khas untuk Odyssey sahaja.

Manakala untuk bahagian watak, sudah pasti mereka akan berdasarkan karya asal Oda. Yang lebih menariknya adalah ekspresi muka yang serupa seperti dalam anime dan manga.

Dalam game ini, mereka akan membenarkan anda menukar watak antara krew Straw Hat Pirate sepanjang penerokaan. Jika memerlukan tangan yang panjang untuk memanjat dinding, anda boleh tukar kepada Luffy manakala Zoro boleh membantu menghapuskan halangan.

One Piece Odyssey
Sumber: Bandai Namco

Ia akan berlaku di Waford yang dipenuhi dengan ruin misteri di mana ianya sangat penting dalam pembentukan plot game ini. Anda perlu membuka semua kunci misteri dungeon dengan menggunakan ability unik yang ada pada setiap krew Straw Hat Pirate.

Tidak seperti game One Piece yang lain, kali ini mereka menggunakan pertarungan turn-based klasik di mana anda dapat menggunakan kesemua ability yang unik pada setiap watak. Mereka juga memperkenalkan elemen baharu iaitu Scramble Area Battle. Dalam sistem ini, pertempuran akan dibahagikan kepada beberapa kawasan dan pelbagai musuh dan krew Straw Hat juga diberikan dengan rawak pada setiap kawasan tersebut.

Terdapat juga elemen lain yang dipanggil Dramatic Scene. Pemain akan berdepan dengan situasi yang sukar dijangka dan boleh berlaku secara rawak. Contohnya, Sanji tidak dapat menyerang kerana dikelilingi oleh wanita atau Usopp dikelilingi oleh musuh. Dengan menggunakan sistem seperti ini, pemain akan diberikan lebih banyak ganjaran apabila pemain dapat mengatasinya.

One Piece Odyssey
Sumber: Bandai Namco

Buat masa sekarang, itu sahaja yang mereka kongsikan dan tidak banyak maklumat yang didedahkan sepanjang video tersebut. Mereka akan kongsikan berkenaan gameplay dan lebih banyak maklumat One Piece Odyssey pada masa akan datang. Untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai One Piece, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: One Piece Odyssey
Previous Post

Anime dan Siri NETFLIX terbaru yang korang boleh tonton JULAI 2022!

Next Post

Promosi baru! MSI Back to School Sale kini berlangsung dengan harga hebat!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Promosi baru! MSI Back to School Sale kini berlangsung dengan harga hebat!

Promosi baru! MSI Back to School Sale kini berlangsung dengan harga hebat!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd