Ya benar kawan-kawan.. Kemungkinan besar, One Piece akan mengumumkan filem anime baru tidak lama lagi. Pada masa ini, siri anime sedang bersiap sedia untuk episod ke-1,000 yang bakal ditayangkan dalam masa beberapa hari sahaja. Ini merupakan peristiwa yang sangat-sangat besar tetapi nampaknya pihak produksi sedang merancang sesuatu yang lebih menarik di sebalik tabir.
Kisahnya bermula seperti ini:
Akaun Twitter rasmi untuk One Piece Jepun telah berkongsi beberapa imej teaser. Dianggap sebagai countdown untuk episod ke-1000 bagi siri One Piece, imej setiap ahli Straw Hat didedahkan di mana satu huruf daripada nama mereka telah ditandakan dengan warna merah. Ini bermula dengan Zoro (huruf “O” ditanda), Usopp (huruf “P” ditanda), Franky (huruf “F” ditanda), Jinbe ( huruf “I” ditanda), Luffy (huruf “L” ditanda) dan yang terbaru adalah Nami dengan huruf “M”. Jadi apakah maksudnya?
Setakat ini, huruf yang ditanda telah mengeja OP FILM dan kita masih ada baki 5 hari lagi untuk tayangan episod ke-1000. Buat masa ini, hanya empat lagi ahli Straw Hat yang tinggal iaitu Robin, Chopper, Sanji dan Brook. Teori di kalangan peminat adalah hurufnya akan mengeja “FILEM OP SOON,” tetapi lebih baik kita tunggu pengumuman seterusnya.
Filem anime paling terkini dalam francais adalah One Piece: Stampede pada 2019 yang diarahkan oleh Takashi Otsuka dan diterbitkan oleh Toei Animation. Ia adalah filem ke-14 dalam siri filem One Piece, dan menandakan ulang tahun ke-20 tayangan perdana anime di mana Oda berkhidmat sebagai Pengawas Kreatif untuk filem tersebut. Baru-baru ini, mereka juga mengumumkan barisan pelakon untuk siri live-action One Piece. Anda boleh baca artikel penuh di SINI.
Apa pendapat anda? Adakah sebuah filem anime One Piece memang dalam rancangan? Beritahu pendapat anda di ruang komen! Untuk segala liputan kami tentang One Piece, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post