Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

One Piece: Mengapa Garp Tidak Selamatkan Ace? Oda Beri Jawapan Sebenar!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 15, 2024
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia
0 0
0
One Piece: Mengapa Garp Tidak Selamatkan Ace? Oda Beri Jawapan Sebenar!
Share on FacebookShare on Twitter

Sudah 25 tahun sejak anime One Piece ditayangkan, di mana kami melihat perjalanan epik Monkey D. Luffy dan kru Straw Hat. Tetapi sehingga hari ini, tiada kesedihan yang boleh dibandingkan dengan apa yang Luffy alami di Marineford, selepas menyaksikan kematian abangnya, Portgas D. Ace. Walaupun ramai yang hadir semasa perang Marineford, mengapa Monkey D. Garp tidak menyelamatkan Ace sedangkan itu adalah cucu tirinya?

Topik ini menjadi hangat semula selepas tayangan episod terbaru One Piece di mana Garp sanggup datang menyerbu markas Marshall D. Teach (Blackbeard) untuk menyelamatkan anak muridnya, Koby, sedangkan dia tidak menunjukkan keazaman yang sama untuk Ace.

Sebenarnya, kami sudah pun dapat jawapan rasmi daripada Oda, jadi berikut adalah penjelasan.

Kisah Monkey D. Garp dan Portgas D. Ace

Kredit: Toei Animation

Sebelum hukuman mati Gol D. Roger, dia meminta Garp untuk menjaga anaknya yang belum lahir, kerana berpendapat budak itu tidak layak digelar sebagai penjenayah semata-mata kerana dilahirkan oleh lanun.

Menghormati permintaan terakhir Roger, Garp berada di saat Ace dilahirkan lalu membawa budak itu ke Dawn Island untuk dibesarkan oleh Dadan. Ace lambat laun akan bertemu Luffy dan Sabo, dan kemudian membentuk hubungan akrab bersama mereka seakan adik-beradik sebenar. Semasa cuti, Garp akan mengambil peluang untuk melawat semua orang.

Kredit: Toei Animation

Seperti yang semua peminat One Piece tahu, Ace akan dikenakan hukuman mati di Marineford selepas ditangkap oleh Marine. Untuk menyelamatkannya, Luffy dan Whitebeard Pirates datang dan mencetuskan peperangan besar-besaran. Selepas perang bermula, Garp duduk bersama Ace dan Sengoku di atas platform hukuman, kecewa dengan peristiwa sekarang.

Dia menyatakan bahawa walaupun tidak berasa sedih untuk orang jahat, perasaan itu berbeza untuk Ace, yang merupakan ahli keluarga sambil menangis mengapa kedua-dua Ace dan Luffy tidak menjadi Marine (ini menunjukkan Garp tidak ingin ingkar kepada arahan Marine walaupun untuk ahli keluarga).

Apabila Luffy hampir mencapai Ace, Garp sendiri berhadapan dengannya. Semasa hendak memukul Luffy, dia teringat semula keinginan Ace untuk hidup dan semasa Ace dan Luffy masih muda. Memandangkan dirinya tidak mahu melawan, Garp menutup mata lalu tersasar tumbuk. Di sini, dia membenarkan Luffy memberi tumbukan yang menyebabkan Garp terbang jauh.

Malangnya, semua usaha mereka sia-sia. Untuk menyelamatkan Luffy daripada Akainu, Ace mengorbankan dirinya. Sebelum mati, Ace sempat berkongsi beberapa kata terakhir.

Semasa menyaksikan Ace ditikam dari belakang oleh penumbuk Akainu, Garp sendiri telah meletup kemarahan, tetapi dihalang oleh Sengoku. Sambil batuk darah, Garp meminta Sengoku supaya menahannya; kerana jika tidak, dia sendiri akan membunuh Akainu. Apabila Ace meninggal dunia, Garp menangisi kehilangan cucunya.

Jawapan Rasmi Oleh Pencipta Eiichiro Oda

Kredit: Toei Animation

Jawapan rasmi oleh pencipta Eiichiro Oda sebenarnya sangat mudah iaitu “kematian Ace tidak dapat dielakkan” untuk memajukan naratif.

Sehingga hari ini, kematian Ace kekal sebagai salah satu momen paling sedih dalam One Piece, dan pelakon suara Mayumi Tanaka tidak dapat menerima keadaan itu. Dalam sebuah temu bual dari 2022, Tanaka mendedahkan bahawa dia sebenarnya bertanya kepada Oda tentang nasib Ace dan betapa tidak adilnya kejadian itu.

“Pengakhiran di mana Luffy pergi untuk menyelamatkan Ace tetapi gagal adalah terlalu kejam,” katanya kepada Oda. Sebagai respon, Oda mengaku dia tahu Ace terpaksa mati dari permulaan siri ini.

“Untuk menjadikan Luffy lebih kuat, saya melukis Ace sebagai watak yang akan mati sejak permulaan lagi.”

Kredit: Toei Animation

Maka, jawapan adalah bukannya Garp tidak mahu menyelamatkan Ace, tetapi penciptanya sendiri tidak mahu sesiapa menyelamatkan Ace.

Namun, selepas kematian Ace, Luffy mendedikasikan dirinya untuk berlatih -dari Dressrosa ke Wano dan Pulau Egghead, kami telah melihat hasil latihannya yang bertekad untuk memastikan orang yang dia sayangi sentiasa selamat. Jadi, walaupun terpaksa dikorbankan, legasi Ace masih diteruskan dalam One Piece.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: AceGarpone piece
ShareTweetSend
Previous Post

Game Waifu Kucing ‘Cat Fantasy’ Dedahkan Tarikh Keluaran Rasmi!

Next Post

Pengalaman Kami Di ‘Animation Jujutsu Kaisen Exhibition Malaysia!’

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Pengalaman Kami Di ‘Animation Jujutsu Kaisen Exhibition Malaysia!’

Pengalaman Kami Di 'Animation Jujutsu Kaisen Exhibition Malaysia!'

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd