Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

One Piece – Kaku vs Zoro? Vegapunk bersedia sertai Luffy! [SPOILER]

Alan Fikri by Alan Fikri
January 9, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
One Piece – Kaku vs Zoro? Vegapunk bersedia sertai Luffy! [SPOILER]
Share on FacebookShare on Twitter

Di dalam One Piece bab 1070 sebelum ini, kita dapat lihat bagaimana Luffy dengan mudah mengalahkan Rob Lucci. Namun perlawanan mereka dihentikan kerana Luffy dan krewnya terpaksa pulang ke makmal untuk membawa Dr Vegapunk keluar daripada pulau Egghead. Kita juga telah didedahkan tentang kekuatan Seraphim dan kemampuan Vegapunk untuk mereplikasi Devil Fruit.

Dan pada bab kali ini, kita dapat lihat sambungan pengembaraan krew Straw Hat di pulau Egghead dan sedang mengejar waktu untuk membawa Dr. Vegapunk keluar daripada pulau tersebut.

One Piece, Ch. 1,071: Chaos on Future Island Egghead as Dr. Vegapunk tries to escape! Read it FREE from the official source! https://t.co/VYnkkA86bd pic.twitter.com/RlySuzsADT

— Shonen Jump (@shonenjump) January 6, 2023
AMARAN! ADA SPOILER MANGA ONE PIECE!!!

Bab 1071 dimulakan dengan membawa pembaca kembali ke Red Port di mana kita dapat lihat bekas Seven Warlord of the Sea, Bartholomew Kuma, telah tiba selepas melarikan diri daripada Kambakka Queendom. Penampilan cyborg “Tyrant” Kuma ini telah mengelirukan penduduk tempatan dan menakutkan mereka.

Kedatangan Kuma turut menarik perhatian tentera Navy. Pengumuman segera dibunyikan di selluruh pulau. Setiap pegawai Navy dihantar untuk menjaga bekas Warlord tersebut manakala untuk penduduk pula diarahkan untuk mengosongkan kawasan.

Kembali ke pulau Egghead, para ejen Cipher Pol sedang bergerak untuk menghalang setiap laluan yang mungkin akan digunakan oleh Luffy dan rakan-rakannya untuk melarikan diri. Lucci juga telah mengarahkan orang bawahannya untuk memusnahkan kapal krew Straw Hat.

Memikirkan tindakan seterusnya, Stussy bertanya kepada Lucci sama ada dia bercadang untuk mengikut arahan daripada Navy atau tidak. Dengan selamba Lucci menjawab bahawa dia tidak akan anggap Luffy sebagai salah seorang Yonko.

Walaupun Punk 02, Lilith tidak sabar untuk berlawan, namun Punk 01, Shaka mengingatkan pada dia bahawa tujuaan utama mereka adalah bukan berlawan dengan World Government tetapi membawa badan Stella keluar daripada pulau Egghead.

Vegapunk sebenar sedang risau tentang keselamatan dirinya, para Satellite membincangkan langkah seterusnya. Punk 04, Pythagoras mengingatkan bahawa mereka mempunyai seorang lagi sekutu atau rakan yang mungkin boleh bantu mereka di pulau itu. Walau bagaimanapun, Punk 03, Edison mengingatkan orang tersebut mungkin akan dikejar oleh World Government jika dia membantu Vegapunk, tetapi tanpa segan silu, Vegapunk sebenar meminta pertolongan daripada orang misteri tersebut dan dia sedia membantu.

Dengan bantuan daripada orang mister tersebut, krew Straw Hat hanya perlu membiarkan badan utama menaiki kapal mereka. Lilith juga menawarkan diri untuk mengiringi badan utama ke pelabuhan. Agak mengejutkan, Dr. Vegapunk tiba-tiba meminta untuk membenarkan ketujuh-tujuh Vegapunk menaiki Thousand Sunny.

Secara tiba-tiba sistem pertahanan makmal Vegapunk telah dimatikan. Para Sattelite Vegapunk keliru dengan kejadian tersebut kerana Frontier Dome sepatutnya menjadi kubu pertahan terakhir mereka.

Perkara ini diragui oleh Rob Lucci dan ejen-ejen CP0 yang lain kerana ia mungkin sebuah perangkap, tetapi setelah diperiksa, mereka mengesahkan bahawa ia bukan perangkap. Disebabkan sistem pertahanan telah dimatikan, Thousand Sunny kini terdedah kepada bahaya. Kaku kemudiannya menggunakan teknik “Sky Slicer” untuk menghancurkan kapal Straw Hat.

Keputusan Kaku membuat dia terkaku selepas serangannya dihalang oleh Roronoa Zoro yang marah kerana waktu tidurnya diganggu. Sistem perthanan berjaya diaktifkan semula tetapi sudah terlambat kerana ejen CP0 sudahpun melepasi masuk ke bahagian atas pulau.

Shaka tahu mereka menyasarkan Thousand Sunny. Seperti yang ditunggu-tunggu, akhirnya kita dapat lihat sekilas pertarungan diantara Zoro dan Kaku.

Luffy akhirnya telah berjumpa semula dengan rakan-rakannya dan sebelum mereka teruskan perjalanan ke kapal, Dr Vegapunk dan Bonney telah hilang. Ini kerana Bonney masih memerlukan jawapan daripada Vegapunk jika dia boleh kembalikan Kuma seperti biasa atau tidak. Nampaknya ada sebab mengapa Vegapunk mengubah Kuma menjadi cyborg.

Adegan berubah ke New World, Eustass Kid dan anak kapalnya telah tiba di destinasi mereka seterusnya. Killer bertanya pada Kid sama ada mereka akan turun di pulau tersebut. Kid berkata itu adalah soalan yang mengarut, kerana sudah tentu mereka akan mengembara di pulau tersebut. Killer kemudian memberitahu bahawa mereka telah tiba di tanah air puak Giant, Elbaf.

Sementara itu, di Navy Headquarter G-14, Garp telah melakukan kekecohan. Dia telah memanggil Vice Commander Helmeppo untuk mengikutkannya ke pulau lanun iaitu Hachnosu atau Fullalead dan menyelamatkan Captain Koby yang ditangkap oleh Blackbeard.

Akhirnya Garp sudah membuat keputusan untuk berlawan dengan Yonko demi menyelamatkan anak didiknya. Adakah kita akan dapat melihat Garp the Hero beraksi? Apakah yang akan terjadi pada bab akan datang? Nampaknya kita kena tunggu dan lihat sendiri pada bab yang akan datang.

Jadi, apa pendapat anda dengan One Piece 1071 ini, adakah Luffy dapat membawa Vegapunk keluar dengan selamat? Bolehkah Zoro mengalahkan Kaku jika dia juga berjaya Awakened? Boleh kongsikan pendapat anda di ruangan komen di bawah.

Untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik tentang One Piece, sila tekan pautan ini.

Sumber: Shueisha

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeDr. Vegapunkmangaone pieceRoronoa ZoroSpoilerVegapunk
Previous Post

Black Clover – Kebenaran pembunuhan Yami Clan terbongkar, rupa-rupanya…

Next Post

Joker mengandung! Musuh sejati Batman ada anak – kejutan dunia komik!

Alan Fikri

Alan Fikri

Seorang yang membesar dengan anime, manga dan game. Tidak lupa juga dengan teknologi yang semakin pesat berkembang. Harap apa yang saya kongsikan dapat memberi manfaat kepada para pembaca.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Joker mengandung! Musuh sejati Batman ada anak – kejutan dunia komik!

Joker mengandung! Musuh sejati Batman ada anak - kejutan dunia komik!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd