Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

One Piece: Joy boy berasal daripada Raja Jawa menurut teori Indonesia

safwan by safwan
April 6, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
One Piece: Joy boy berasal daripada Raja Jawa menurut teori Indonesia
Share on FacebookShare on Twitter

Menurut Dunia Games, mereka mempunyai teori bahawa gelaran Joy boy dari One Piece telah diinspirasikan daripada Raja Jawa Jayabaya yang juga dikenali sebagai Raja Joyoboyo dari Indonesia.

Sebelum menjelaskan tentang teori ini, mari saya terangkan tentang Joy boy.

Biodata ringkas tentang gelaran Joy boy:

Joy Boy ialah gelaran yang mempunyai kepentingan sejarah yang besar. Buat masa sekarang, masih tidak jelas tentang bagaimana seseorang itu memperoleh gelaran ini, tetapi orang ramai telah melihat kepada individu yang mempunyai aspirasi yang mengubah dunia sebagai pemegang gelerana yang seterusnya.

Pemegang gelaran Joy boy telah hidup pada 800 hingga 900 tahun yang lalu. Dia merupakan seorang yang penting dalam pembentukan Fish-Man Island. Malangnya segala butiran tentang gelaran ini kurang dijelaskan melalui manga, anime mahupun buku data One Piece dan nama Joy boy disebut buat pertama kalinya pada Ryugu Poneglyph yang dibaca oleh Nico Robin di Sea Forest.

Joy Boy menemui sebuah pulau, yang kemudiannya dinamakan Laugh Tale oleh Gol D. Roger, dan meninggalkan harta karun yang akan dikenali kepada dunia sebagai One Piece.

Buat masa sekarang, terdapat banyak teori dan pendapat yang boleh dibincangkan tentang identiti Joy boy di mana baru-baru ini, terdapat teori yang menarik dari negara jiran, Indonesia. Secara lebih khusus berkenaan watak Joy boy yang diambil daripada rujukan Raja Jawa Jayabaya.

Seorang Youtuber terkenal yang bernama Ohara mengatakan yang identiti Joy boy ada kaitan dengan legenda Raja Jayabaya dari Jawa dan telah hidup 900 tahun yang lalu di Indonesia.

Dia turut berkata “Joyoboyo ini terkenal dengan meramalkan kejatuhan kerajaannya apabila di tangan orang luar dan meramalkan tempoh masa untuk kerajaannya bangkit semula”.

Ramai watak dari siri One Piece menganggap Luffy sebagai pemimpin pada masa hadapan yang akan membawa kegemilangan, kepada tokoh yang boleh mengubah nasib dunia.

Selain itu, Ohara juga memberitahu kerajaan Raja Jawa Jayabaya juga meninggalkan kitab suci yang menceritakan tentang sebuah perang besar. Bahagian ini boleh dikaitkan dengan Ryugu Poneglyph di One Piece yang dibuat oleh Kozuki Clan yang membawa kita sekali lagi kembali ke Wano.

Seperti yang diketahui, banyak teori One Piece meramalkan bahawa Monkey D. Luffy akan membawa kegemilangan pada masa hadapan kerana dia dianggap berbahaya bagi World Goverment.

Kesimpulannya, ini hanya adalah teori sahaja, Sensei Oda pun tiada mendedahkan tentang gelaran Joy Boy ini. Jadi apa pendapat korang tentang teori Joy boy yang berkaitan dengan Raja Jawa Jayabaya ini? Boleh kongsi pendapat korang di ruangan komen. Untuk lebih banyak berita menarik tentang One Piece, sila klik pautan ini.

Sumber: Dunia Games

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Joyboyone piece
Previous Post

One Piece: Dream Pointer, game mobile terbaru ala-ala Seven Deadly Sins!

Next Post

Black Clover – Senarai watak yang boleh menggunakan Devil Union

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Black Clover – Senarai watak yang boleh menggunakan Devil Union

Black Clover - Senarai watak yang boleh menggunakan Devil Union

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd