Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

One Piece hadir dengan produk Badminton, “Smash” tanpa henti dengan kuasa Zoro!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 15, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Fesyen, Manga
0 0
0
One Piece hadir dengan produk Badminton, “Smash” tanpa henti dengan kuasa Zoro!
Share on FacebookShare on Twitter

Untuk meraikan ulang tahun ke-25 One Piece, syarikat badminton terkenal VICTOR melancarkan koleksi baharu yang menampilkan pelbagai produk termasuk raket, kasut sukan, baju, beg dan lain-lain. Boleh didapati sekarang (bulan Ogos 2022) secara rasmi di laman web rasmi, koleksi ini akan membawa anda mengembara ke dunia “Grand Line of badminton” yang serba menarik!

Produk pertama yang patut menarik perhatian orang ramai adalah raket. Koleksi ini termasuk tiga raket badminton yang diinspirasikan oleh Three Sword Style milik Zoro dan dinamakan sempena pedangnya Enma, Wado Ichimonji, dan Kitetsu III. Raket ini masing-masing direka mengikut siri Power, Speed, dan All-Around berdasarkan pedang.

Enma, yang mempunyai serangan kuat, direka sebagai raket Power. Wado Ichimonji, direka sebagai raket Speed kerana ketajamannya manakala Kitetsu III, dikenali sebagai pedang sumpahan yang hanya ahli pedang terhebat boleh kuasai, direka sebagai raket All-Around untuk serangan dan pertahanan.

Ketiga-tiga raket ini bukan sahaja memberikan pengalaman yang berbeza, tetapi juga datang dalam kotak dan beg raket eksklusif. Jika semua kotak raket disatukan, ia boleh membentuk gambaran penuh.

Produk menarik seterusnya adalah kasut badminton One Piece yang mengambil warna ikonik Luffy dan Sanji dan kemudian meletakkannya ke kasut VICTOR A670 untuk memberikan pengalaman ringan dan reka bentuk tapak melengkung.

Kasut versi “Luffy” direka berdasarkan warna merah/kuning dan mempunyai “toe cap” yang dicetak dengan parut Luffy. Bahagian sekeliling tumit pula direka secara halus dengan imej topi jerami Luffy. Kasut versi “Sanji” pula menggabungkan warna oren berapi dan hitam untuk menggayakan semula Black Leg Style milik Sanji. Butiran lain termasuk imej rokok dan mata berbentuk hati Sanji.

Secara keseluruhan, koleksi ini terdiri daripada 21 item dan selain daripada yang saya sebutkan di atas, Victor juga menghasilkan aksesori eksklusif One Piece lain termasuk bucket hat, kemeja-T, stokin sukan, beg galas, sandal, tuala sukan, gelang tangan, dan banyak lagi.

Dengan daya tarikan ONE PIECE, barang-barang ini wajib dimiliki oleh peminat anime yang menggemari badminton! Bagi sesiapa yang berminat, koleksi Victor x One Piece kini tersedia di Malaysia melalui laman web rasmi, Shopee dan Lazada.

Untuk segala liputan kami tentang One Piece, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeBadmintonmangaone piece
Previous Post

Skechers Berkolaborasi Dengan Demon Slayer! Kasut Direka Khas Seperti Tanjiro, Nezuko dan Zenitsu!

Next Post

FIFA 23 Berkolaborasi Bersama Marvel, Membawa Imej Hero Kepada Pemain Kegemaran!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi
Anime

Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi

June 6, 2025
Next Post
FIFA 23 Berkolaborasi Bersama Marvel, Membawa Imej Hero Kepada Pemain Kegemaran!

FIFA 23 Berkolaborasi Bersama Marvel, Membawa Imej Hero Kepada Pemain Kegemaran!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd