Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

One Piece FILM: RED – GSC keluarkan trailer baru, tayangan bermula pada 22 September 2022

safwan by safwan
August 15, 2022
in Artikel, Berita, Filem, GSC Cinemas, Movie/siri
0 0
0
One Piece FILM: RED – GSC keluarkan trailer baru, tayangan bermula pada 22 September 2022
Share on FacebookShare on Twitter

GSC Movie telah mengeluarkan kedua-dua trailer bagi One Piece FILM: RED buat kali pertama melalui YouTube rasmi mereka. Filem ini akan ditayangkan pada 3 dan 4 September 2022 untuk Fan Screening” manakala tayangan umum akan ditayangkan bermula pada 22 September 2022.

Fan Screening bagi One Piece FILM: RED akan ditayangkan di GSC Paradigm Mall PJ dan penjualan tiket berjalan dengan sangat pantas. Dengan penjualan tiket tayangan yang sangat laris, GSC bertindak dengan pantas dan membuka dua tarikh baru bagi tayangan One Piece FILM: RED Fan Screening pada 17 dan 18 September 2022.

Tiket tayangan Fan Screening dijual pada 2 harga iaitu RM 120 dan RM240. Setiap daripada harga tersebut, GSC akan memberikan pelbagai item bonus. Walaupun harga tiket agak mahal, ramai peminat berebut untuk mendapatkan tiket tayangan One Piece FILM: RED dan pelbagai item bonus terhad.

Untuk RM 240, anda boleh mendapatkan:

  • Acrylic Stand (10 Watak)
  • T- Shirt x1
  • Kad Karakter daripada Jepun x 2
  • Hologram Can Badge (3 design) x1
  • A2 Poster A x1
  • A2 Poster B x1

Untuk RM 120, anda boleh mendapatkan:

  • T-shirt x1
  • Hologram Can Badge (3 design) x1
  • A2 Poster A x1
  • A2 Poster B x1
  • Kad Karakter daripada Jepun x1

Bagi sesiapa yang tidak mengetahui One Piece FILM: RED, ia telah diumumkan pada tahun 2021 dengan menampilkan Red-Haired Shanks sebagai watak utama. Filem ini akan ditayangkan di Jepun pada 6 Ogos 2022. Berikut adalah sinopsis ONE PIECE FILM RED:

Uta, seorang penyanyi yang paling disayangi dalam dunia. Suaranya digambarkan seperti sesuatu yang luar biasa. Untuk buat kali pertama, dia akhirnya munculkan diri di khalayak ramai untuk sebuah konsert.

Tempat konsert tersebut telah dipenuhi dengan ramai peminat Uta, yang terdiri daripada lanun, tentera laut dan sudah semestinya krew Straw Hat yang diketuai oleh Luffy. Mereka datang untuk menikmati persembahan hebat daripada Uta. Kisah filem ini bermula dengan fakta yang mengejutkan bahawa Uta sebenarnya anak kepada Shanks

Saya ingin mengingatkan sekali lagi bahawa One Piece FILM: RED akan mula ditayangkan pada 3 dan 4 September 2022 untuk Fan Screening di GSC Paradigm Mall PJ. Manakala untuk tayangan umum pula, ia akan ditayangkan bermula pada 22 September 2022. Korang boleh layan trailer One Piece FILM: RED daripada GSC di bawah:

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: GSC MalaysiaGSC MoOne Piece FILM: RED
Previous Post

Filem Haikyu!! Final Telah Diumum, Akan Mempunyai Dua Bahagian!

Next Post

PUBG tidak lagi “mati” di PC & konsol selepas jadi Free-To-Play, 80 ribu orang tiap hari!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!
Berita

Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!

June 7, 2025
Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025
Berita

Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025

June 7, 2025
Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026
Berita

Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026

June 7, 2025
Next Post
PUBG tidak lagi “mati” di PC & konsol selepas jadi Free-To-Play, 80 ribu orang tiap hari!

PUBG tidak lagi "mati" di PC & konsol selepas jadi Free-To-Play, 80 ribu orang tiap hari!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd