Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

One Piece: Eustass Kid kalah kepada Red-Haired Shanks, hanya perlu satu serangan *SPOILER*

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 30, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
One Piece: Eustass Kid kalah kepada Red-Haired Shanks, hanya perlu satu serangan *SPOILER*
Share on FacebookShare on Twitter

Dikeluarkan Ahad lalu, One Piece 1079 merupakan antara bab paling mengejutkan dalam siri dan tertumpu pada pertembungan hebat antara salah satu Yonko, Red-Haired Shanks dan Eustass Kid, Kapten kepada Kid Pirates dan salah seorang yang kalahkan Big Mom. Kita sudah tahu identiti pengkhianat di pulau Egghead, York tetapi ramai tertanya jika Shanks benar-benar kuat atau tidak.

One Piece, Ch. 1,079: The action shifts to the New World as Eustass Captain Kid takes on Red-Haired Shanks! Read it FREE from the official source! https://t.co/drG2VA76M3 pic.twitter.com/kDpxwlvHas

— Shonen Jump (@shonenjump) March 26, 2023

Akhirnya kita dapat jawapan dan seperti yang korang dapat baca daripada tajuk, pertembungan itu amat cepat dan singkat dengan kemenangan memihak kepada Red-Haired Shanks. Apakah yang benar-benar terjadi? Teruskan membaca.

AMARAN! SPOILER ONE PIECE BAB 1079 DI BAWAH! BACA SPOILER 1078 DI SINI!

Rancangan sebenar York dan kemunculan Blackbeard?

Beberapa jam yang lalu, York dapat tahu bahawa World Government ingin membunuhnya sekali, tetapi nasib baik dia mempunyai rancangan rahsia. York mengarahkan empat Seraphim untuk membunuh semua orang yang terperangkap dalam makmal kecuali dirinya, Vegapunk sebenar dan tebusan mereka.

Supaya tiada siapa tahu York adalah dalang sebenar, dia mengarahkan S-Snake untuk mengubah dirinya jadi batu supaya lalu membatalkan sumpahan itu apabila tiada siapa melihat.

Pada masa yang sama, sebuah kapal milik Blackbeard Pirates nampaknya telah tiba di pantai pulau Egghead…

Shanks vs. Kid

Di Elbaf, beberapa krew lanun lemah milik armada Red-Hair Pirates memberi amaran kepada Eustass Kid bahawa dia perlu mengalahkan mereka dahulu sebelum berjumpa dengan Shanks. Sekilas pandang, Kid pun tahu mereka lemah dan tertanya jika semua lanun di depannya memang milik armada Red Hair Pirates.

Walaupun begitu, Killer mengingatkan Kid bahawa ada beberapa nama besar dalam armada Shanks, dan menyuruhnya supaya tidak leka. Shanks kemudian memberitahu krew lain-lain untuk memberi laluan (hakikatnya dia tidak ingin mereka cedera kerana tahu armadanya terdiri daripada banyak lanun lemah).

Selepas seketika, Kid membentuk tangan railgun untuk melancarkan teknik ‘Damned Punk’ (yang menembak peluru elektromagnet) ke arah Red Hair Pirates. Shanks meramalkan kerosakan yang akan timbul dan kematian beberapa anak kapal dan sedar impaknya amat ekstrem, jadi dia memberi amaran kepada semua orang untuk berpecah semasa dia bergerak ke kapal Kid.

Dalam sekelip mata, Shanks menghampiri Victoria Punk (kapal Kid Pirates), dan serta-merta mengalahkan Kid dengan teknik Kamusari (Divine Departure).

Selepas melihat kapten dan orang kanannya Killer dikalahkan, ahli Kid Pirates lain mula panik dan merayu Shanks supaya tidak membunuh Kid, malah menyerahkan Road Poneglyph sebagai balasan. Shanks, bagaimanapun, buat tidak endah dan melompat dari kapal sementara Dorry dan Brogy melakukan serangan gabungan yang memusnahkan kapal Victoria Punk sepenuhnya.

Dengan kapal mereka dihancurkan, satu per satu ahli Kid Pirates jatuh ke dalam laut. Narator kemudian kata bahawa;

“Di Elbaf di New World… Lanun dengan bounty 3 bilion, Eustass “Captain” Kid… dan Kid Pirates-nya telah dimusnahkan.


Memandangkan Kid masih mampu bertahan lawan Big Mom, adakah ini bermakna kekuatan Shanks berlipat kali ganda lebih semua Yonko? Kid tidak mampu buat apa-apa dan dalam sekelip mata, dia dikalahkan. Ini agak mengejutkan memandang kita melihat Kid Pirates berlawan habis-habisan dalam arc sebelum. Jadi apa pendapat anda? Jom kongsi di ruang komen!

Baru-baru ini, kami pergi ke One Piece Asia Tour di Genting! Nak tahu pengalaman kami di sana? Baca SINI!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: mangaone pieceShanksSpoiler
Previous Post

Atlas Fallen kini ditangguhkan, Bakal dilancarkan pada 10 Ogos 2023!

Next Post

Baru tahu Gran Turismo 4 (PS2) ada cheat, penemuan selepas 20 tahun!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Baru tahu Gran Turismo 4 (PS2) ada cheat, penemuan selepas 20 tahun!

Baru tahu Gran Turismo 4 (PS2) ada cheat, penemuan selepas 20 tahun!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd