Kebanyakkan anime shonen mesti mempunyai game mobile mereka tersendiri. Siri One Piece juga tidak terkecuali daripadanya. Kalau anda ingin tahu, siri tersebut akan mendapat satu lagi game mobile iaitu One Piece: Dream Pointer. Ia akan boleh dimainkan pada peranti Android dan iOS. Jom kita lihat lebih lanjut mengenai game baru ini.

One Piece: Dream Pointer merupakan sebuah game 3D action-adventure RPG yang berlaku dalam universe siri itu. Ia akan bermula di Holy Land of Mariejois selepas krew Straw Hat Pirates berjumpa semula. Berikut adalah penerangan ringkas mengenai game ini:
“Di dalam game, anda akan memnuat lawatan panoramik ke Shambordy Island bersama-sama watak original anime One Piece serta mengalami perkara yang mengasyikkan di bandar utama dan memulakan pengembaraan baru yang menarik. “

Game ini masih lagi dalam pembangunan dan jika dilihat pada video trailer, ianya akan dimainkan dalam mod potret, sama seperti Seven Deadly Sins oleh pembangun Nuverse (di bawah ByteDance). Bukan itu sahaja, terdapat juga cutscene selama 148 minit berserta grafik HD, dilengkapi dengan pelakon suara original untuk setiap watak dalam One Piece.
Pemain juga nampaknya boleh bergerak bebas di beberapa kawasan dan meneroka tempat yang terdapat dalam anime. Sistem pertempuran pula merupakan sistem turn-based dan akan melibatkan pemain untuk memilih kad kebolehan untuk mengaktifkan serangan. Buat masa ini, pra-daftar sudah dibuka dan terdapat beberapa ganjaran yang menanti pemain seperti 100 Diamond dan 1 tiket recruiment. Elemen gacha memang tidak akan lari daripada mobile game anime. Sila klik pautan ini untuk pra-daftar.
Malang sekali, One Piece: Dream Pointer tersedia dalam bahasa Cina buat masa ini. Kalau ia mendapat sambutan hangat, mungkin kita boleh harapkan versi global dilancarkan nanti. Selain itu, game baru untuk konsol dan PC juga ada diumumkan beberapa hari yang lalu iaitu One Piece Odyssey. Kalau anda inginkan liputan lain mengenai One Piece daripada kami, sila klik pautan ini.
Sumber: Gamerbraves
@gamersantaimy
Discussion about this post