Memandangkan Luffy mendominasi pertarangannya bersama Lucci, kita dapat melihat bagaimana Luffy mencuba teknik baru terhadapnya dan menyedarkan bahawa kuasa baru Luffy adalah sesuatu yang tidak boleh dipandang rendah. Tetapi tajuk utama bab terbaru One Piece adalah lebih kepada Devil Fruit kerana Dr. Vegapunk mengatakan dia boleh meniru buah tersebut. Adakah Vegapunk hanya memberi kenyataan palsu untuk mendapat bantuan krew Straw Hat, atau adakah dia benar-benar boleh membuat Devil Fruit tiruan? Spoiler untuk One Piece bab 1070 sudah keluar dan ini adalah maklumat yang anda perlu tahu!
Ringkasan One Piece bab 1069

Bab 1069 bertajuk “All Things Are Brought Into This World With Hope” tetapi lebih memfokuskan pertarungan diantara Gear 5 Luffy dan Awakened Form Lucci. Kizaru juga dalam perjalanan ke Pulau Egghead tanpa memaklumkan kepada Fleet Admiral Sakazuki.
Bab sebelum ini juga telah mendedahkan Devil Fruit Luffy tidak disebut di dalam mana-mana buku lama Devil Fruit. Di akhir bab, kita dapat lihat Lucci yang cedera kerana pertarungannya bersama Luffy telah menyerang Sentomaru untuk mendapat akses memberi arahan kepada Seraphim.

Berikut adalah spoiler untuk One Piece bab 1070, jadi apa pendapat anda tentang pendedahan Devil Fruit ini? Agaknya Lucci boleh atau tidak kalahkan Luffy? Boleh berikan pendapat anda di ruangan komen di bawah.
Jika ingin membaca manga One Piece, anda boleh layari laman web MangaPlus dan bab 1070 akan dikeluarkan pada 25 Disember 2022 pukul 11.00 malam.
Untuk banyak lagi liputan tentang One Piece, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post