Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

One Piece akan masuk ‘fasa finale’ selepas Wano, disahkan oleh pencipta Eiichiro Oda

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 9, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
One Piece akan masuk ‘fasa finale’ selepas Wano, disahkan oleh pencipta Eiichiro Oda
Share on FacebookShare on Twitter

Memandangkan saga Wano sudah hampir berakhir dalam One Piece, ramai peminat tertanya-tanya apa yang mungkin akan berlaku seterusnya kepada Luffy. Ternyata Eiichiro Oda sudah bersedia untuk menamatkan siri One Piece dengan mengumumkan bahawa siri akan memasuki fasa finale.

Pencipta One Piece, Eiichiro Oda baru-baru ini mengumumkan bahawa dia akan berehat selama sebulan selepas mengeluarkan dua lagi bab pada bulan Jun, dan akan kembali menjelang akhir bulan Julai dengan permulaan ‘fasa finale’ bagi manga. Untuk meraikan pengakhiran One Piece tidak lama lagi, siri ini mengeluarkan poster istimewa yang menunjukkan siluet Luffy bersama ayat “To the final chapter” (Ke bab terakhir).

Memang tidak boleh dinafikan yang Eiichiro Oda akan mula mengerjakan fasa finale bagi siri manga tidak lama lagi, tetapi disebabkan banyak perkara sedang berlaku untuk One Piece dalam beberapa bulan, editor Shueisha menggesanya untuk berehat. Jadi untuk menyediakan dirinya, Oda menjelaskan kepada peminat mengapa dia perlu mengambil rehat dalam mesej khas.

Berikut adalah isi kandungan mesej seperti yang diterjemahkan oleh @WSJ_manga di Twitter:

“Saya akan berehat! Beberapa bulan lalu, editor berbakat saya memberitahu, ‘Oda-sensei, musim panas ini agak sukar. Ulang tahun ke-25 siri ini akan berlangsung, dan ada juga acara untuk keluaran filem [One Piece: Red]. Kisah Wano juga telah berakhir… Anda pun ingin pergi ke Afrika untuk menyelia penggambaran aksi langsung Netflix. Semasa musim panas, kami juga akan mengadakan kolaborasi, iklan dan acara. Adakah awak ingin mengambil cuti sebulan untuk bersedia bagi keseronokan ini?’ “

“Saya kata, ‘Apa? Berehat!? Berapa ramai pembaca yang awak rasa suka Jump…Tetapi berehat!! Dan saya pun mahu pergi ke Afrika!!’ Saya juga mahu menyusun semula arc terakhir siri ini, supaya boleh menyelesaikannya secepat mungkin. Jadi…maafkan saya, tetapi saya akan berehat sebentar dan mengambil sedikit masa untuk bersiap.”

“Selepas percutian saya, festival mengasyikkan One Piece akan bermula! Rehat ini bukanlah serta-merta. Mulai hari ini, dua lagi bab akan diterbitkan, dan rehat akan mengambil tempoh empat minggu daripada Jump bab #30 hingga bab #33! Berikan saya sedikit masa untuk bernafas! (Perjalanan sebelum ini ke Afrika telah diganggu oleh Coronavirus, sedihnya). Siri akan sambung semula dalam Jump bab #34 pada 25 Julai!

Dan sila nantikan One Piece Film: Red, yang akan ditayangkan pada 6 Ogos! [di Jepun] Ada sesuatu yang menarik akan berlaku di sini. Semua kakitangan produksi filem itu sukakan Uta-chan. Filem pun belum siap lagi. Bagaimanapun, saya pasti anda semua akan merasakan perkara yang sama lambat laun! Sila nantikannya!”

What do you think? How do you feel about One Piece getting ready for the final act of the series? What would you want to see go down? Are you ready to wait for a month without new chapters this Summer? Let us know all of your thoughts about it in the comments! You can even reach out to me directly about all things animated and other cool stuff @Valdezology on Twitter!

Dengan poster dan mesej di atas, nampaknya memang benar siri One Piece akan tamat tidak lama lagi. Saya tidak pasti berapa lama saga finale ini akan berjalan tetapi semua mesti setuju bahawa ini akan jadi story arc paling gempak dalam sejarah manga.

Apa pendapat korang? Adakah korang gembira atau sedih selepas dengar One Piece akan tamat? Beritahu pendapat korang di ruang komen!

Untuk segala liputan kami tentang One Piece, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeEiichiro Odamangaone piece
Previous Post

Mobile Legends bakal menerima perubahan UI, lebih sesuai dengan phone kentang

Next Post

Nintendo meluaskan operasi di Asia Tenggara dengan lebih banyak rakan kongsi

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Nintendo meluaskan operasi di Asia Tenggara dengan lebih banyak rakan kongsi

Nintendo meluaskan operasi di Asia Tenggara dengan lebih banyak rakan kongsi

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd