Banyak betul konsert yang diadakan pada tahun ini, antaranya Babymetal, Fujii Kaze, Man with a Mission dan banyak lagi! Nampaknya akan ada satu lagi konsert yang sudah pastinya membuatkan ramai yang teruja iaitu ONE OK ROCK! Setalah lama peminat berharap ONE OK ROCK kembali ke Malaysia, akhirnya tercapai juga! Diumumkan melalui Twitter rasmi, ONE OK ROCK Luxury Disease Asia Tour akan singgah ke Kuala Lumpur pada Disember ini!
Mengenai ONE OK ROCK: Luxury Disease Tour 2023 Malaysia
Seperti yang diumumkan, ONE OK ROCK: Luxury Disease Tour 2023 Malaysia akan diadakan pada 15 Disember 2023 di Axiata Arena, Kuala Lumpur. Tiket akan mula dijual bermula 4 Ogos 2023 melalui goLive-Asia. Buat masa ini, tiada lagi maklumat mengenai harga tiket, jadi nantikan kemas kini lanjut melalui Hello Universe, penganjur konsert ini!

[UPDATE]
Hello Universe telah pun mendedahkan maklumat tentang harga tiket serta layout untuk konsert tersebut. Tiket konsert akan mula dijual pada 4 Ogos 2023 bermula 11 pagi! Berikut adalah harga untuk setiap jenis tiket:
- Fan Zone — RM 599
- Fan Zone (seated) — RM 599
- Rock Zone — RM 499
- Cat 1 — RM 499
- Cat 2 — RM399
- Cat 3 — RM299
- Cat 4 — RM 199
Kami pasti ramai yang teruja untuk pergi ke konsert ini serta bersedia untuk berebut tiket bulan depan. Inilah peluang terbaik untuk peminat OOR semua untuk alami persembahan secara langsung album terbaru mereka, “Luxury Disease”, yang dilepaskan pada tahun 2022. Jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini, dan simpan tarikh pembelian tiket serta konsert ini!
Jangan lupa untuk ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan liputan menarik mengenai game, anime, filem dan banyak lagi!
@gamersantaimy
Discussion about this post