Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

OddBallers – Game berdasarkan dodgeball kini tersedia di semua platform

safwan by safwan
January 26, 2023
in Action, Artikel, Berita, Epic Store, Game Baru, PC, PS4, PS5, Sukan/lumba, Ubisoft Connect, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
OddBallers – Game berdasarkan dodgeball kini tersedia di semua platform
Share on FacebookShare on Twitter

Ubisoft dan Game Swing Studio telah melancarkan game baharu iaitu OddBallers dan boleh didapatkan di PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox Series X|S, Xbox One, Nintendo Switch dan PC melalui Ubisoft Store dan Epic Games Store.

Kalau anda nak tahu, OddBallers adalah game yang diilhamkan daripada dodgeball di mana pemain digalakkan untuk menggunakan taktik yang tidak adil dan pelbagai senjata bagi memenangi setiap perlawanan.

Game ini mempunyai lebih daripada 30 arena dan mini game yang unik. Game ini membenarkan pemain untuk mengambil sebarang item yang boleh digunakan dan campak kepada musuh.

Untuk menang game ini senang je, anda sebagai pemain perlu mengumpul banyak mata mengikut jumlah yang ditetapkan. Namun, game ini boleh dimainkan sehingga 20 minit bergantung kepada syarat yang ditetapkan oleh pemain itu sendiri.

Selain itu, pemain juga boleh mengubah suai watak dengan pelbagai pakaian yang menarik. Daripada kepada sehingga kaki, semuanya boleh diubah suai. Pemain akan diberikan pelbagai pakaian yang menarik apabila membuat progress di dalam game.

Game ini boleh dimainkan secara online dan juga local sehingga 6 orang pemain. Apa yang lagi menarik, anda boleh bermain game ini tidak kira platform apa kerana OddBallers telah dilengkapi dengan cross-play. Jadi, anda boleh bermain dengan pelbagai platform daripada konsol ke PC.

Saya ingin mengingatkan anda bahawa OddBallers telah pun dilancarkan di seluruh dunia dan boleh didapatkan di PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox Series X|S, Xbox One, Nintendo Switch dan PC melalui Ubisoft Store dan Epic Games Store.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak liputan menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: OddBallers
Previous Post

Cuba demo alpha ‘Asym Altered Axis’ sekarang di Steam – strategi vs stealth!

Next Post

Acara Starlight Fantasy 2023 bermula 10-12 Feb di Times Square – kemasukan percuma & peluang jumpa Kamen Rider Decade sebenar!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Acara Starlight Fantasy 2023 bermula 10-12 Feb di Times Square – kemasukan percuma & peluang jumpa Kamen Rider Decade sebenar!

Acara Starlight Fantasy 2023 bermula 10-12 Feb di Times Square - kemasukan percuma & peluang jumpa Kamen Rider Decade sebenar!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd