Selepas pelancaran Octopath Traveler yang disambut baik, Square Enix tidak melepaskan peluang untuk mengumumkan game terbaru siri tersebut. Octopath Traveler 2 akan hadir dengan grafik HD-2D yang juga digunakan dalam game Triangle Strategy dan Live A Live. Dengan pengumuman baru ini, bermulanya pengembaraan baru!
Untuk pengetahuan anda, game ini merupakan entri ketiga untuk siri Octopath, selepas pelancaran game mobile, Champions of the Continent pada awal tahun 2022. Tetapi malangnya game tersebut tidak tersedia di Malaysia. Kalau anda ingin bermainnya, terpaksalah menggunakan aplikasi third-party untuk mendapatkan akses kepada game itu.

Seperti yang didedahkan dalam trailer, setiap aksi daripada lapan watak baru ini akan berubah mengikut waktu hari. Semua ini berdasarkan base job daripada game terdahulu. Buat sementara ini, itu sahaja maklumat yang didedahkan dalam pengumuman tersebut. Untuk anda yang berminat untuk main game ini, main dahulu game yang pertama. Boleh tahan juga game RPG Square Enix ini. Harap-harap Octopath Traveler 2 pada 24 Februari 2023 boleh memberikan pengalaman hebat seperti game pertama. Anda boleh wishlist dahulu game ini melalui laman web rasmi Nintendo.
Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Octopath Traveler daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post