Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

NVIDIA umumkan RTX 4060 series, Harga bermula $299 (~RM 1360)!

safwan by safwan
May 19, 2023
in Artikel, Berita, GPU, Teknologi
0 0
0
NVIDIA umumkan RTX 4060 series, Harga bermula $299 (~RM 1360)!
Share on FacebookShare on Twitter

NVIDIA akhirnya lancarkan bukan satu, bukan dua tapi tiga entry level GPU untuk RTX 40 series iaitu RTX 4060, RTX 4060 Ti 8GB dan RTX 4060 Ti 16GB.

Ketiga-tiga ini Graphic Card ini menampilkan teknologi NVIDIA Ada Lovelace architecture termasuk DLSS 3 dan 3rd Gen Ray-Tracing. Namun, RTX 4060 hanya didatangkan dengan satu versi sahaja iaitu 8GB sahaja. Berikut adalah specs bagi ketiga-tiga graphic card:

Sumber: NVIDIA
  • NVIDIA GeForce RX 4060
    • Shader – 15TFLOPs
    • RT Cores – 35 TFLOPs 3rd Gen
    • Tensor Cores – 242 TFLOPs 4th Gen
    • DLSS – 3
    • NV Encoder – 8th Gen with AV 1
    • Frame Buffer – 8GB
    • Memory Subsystem – 24MB L2/272 GB/s (453 GB/s)
Sumber: NVIDIA
  • NVIDIA Geforce RTX 4060 Ti
    • Shader – 22 TFLOPs
    • RT Cores – 51 TFLOPs 3rd Gen
    • Tensor Cores – 353 TFLOPs 4th Gen
    • DLSS – 3
    • NV Encoder – 8th Gen with AV 1
    • Frame Buffer – 8GB/16GB
    • Memory Subsystem – 32 MB L2/282 GB/s (554 GB/s)

Jika kita dapat lihat dalam gambar di atas, sudah pasti kita telah melihat perbezaan dengan graphic card yang sebelum ini di mana NVIDIA GeForce RTX 4060 dan 4060 Ti adalah lebih bagus bukan dari segi prestasi sahaja, tetapi NVIDIA telah menaik taraf teknologi yang digunakan.

Sumber: NVIDIA

Menurut NVIDIA, RTX 4060 akan tersedia pada bulan Julai manakala RTX 4060 Ti 8GB akan tersedia pada 24 Mei dan RTX 4060 Ti 16GB akan tersedia pada bulan Julai. Mereka juga telah mengumumkan harga bagi graphic card ini dan RTX 4060 Ti di mana versi 8GB akan dijual pada harga $399 (anggaran RM 1810) dan versi 16GB akan tersedia dengan harga $499 (anggaran RM 2264).

Manakala untuk RTX 4060 akan tersedia dengan harga $299 (anggaran RM 1357). Apapun, nantikan pengumuman rasmi daripada pengeluar graphic card untuk mendapatkan harga di Malaysia.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: MalaysianvidiaNVIDIA GeForce RTX 4060NVIDIA GeForce RTX 4060 TiRTX 4060
ShareTweetSend
Previous Post

Diablo Immortal bakal datang dengan Zone baru, event khas Diablo IV, Kelas baru dan banyak lagi!

Next Post

Justice – Wuxia MMORPG dengan NPC AI, dilabel ‘game flagship’ oleh NetEase

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Justice – Wuxia MMORPG dengan NPC AI, dilabel ‘game flagship’ oleh NetEase

Justice - Wuxia MMORPG dengan NPC AI, dilabel 'game flagship' oleh NetEase

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd