Sejak beberapa bulan ini, kami telah mendengar banyak khabar angin bahawa Nintendo sedang mengusahakan Metroid Prime versi Remaster untuk Switch. Ternyata, itu semua benar kerana game tersebut diumumkan hari ini di acara Nintendo Direct! Bukan itu sahaja, orang ramai boleh segera mendapatkan Metroid Prime Remastered hari ini di Switch masing-masing melalui Nintendo eShop! Salinan fizikal tiba pada 22 Februari 2023.
Berikut adalah trailer:
Game Metroid Prime yang pertama telah remastered untuk Nintendo Switch dengan visual HD dan bunyi yang ditambah baik! Terokai Tallon IV dari perspektif Samus Aran. Tetapi berhati-hati: Terdapat sesuatu yang membimbangkan di planet asing ini. Apabila makhluk pelik menyerang, lawan balik memakai Beam, Missile, Bomb dan banyak lagi.
Selain visual yang dibuat semula, versi ini menambah kawalan dual-stick moden, untuk membolehkan anda bergerak sambil menukar sudut pandangan secara berasingan. Ia juga merupakan kali pertama game klasik ini boleh dimainkan semasa dalam perjalanan!
Rumusan menurut Nintendo.

Saya faham jika ramai yang belum bermain Metroid Prime kerana ia asalnya dilancarkan pada GameCube pada penghujung tahun 2002. Game ini juga menjadi judul pertama dalam siri untuk menukar format ‘side-scrolling’ 2D yang biasa kepada pengembaraan aksi FPS. Ini merupakan perbezaan yang ketara, tetapi perubahan itu dialu-alukan oleh kebanyakan peminat hingga ia menjual lebih 2.8 juta unit, lalu menjadi segera popular di kalangan peminat lama dan pemain baru.

Daripada segi jalan cerita, kisah Metroid Prime berlangsung antara game Metroid 1 dan Metroid II: Return of Samus. Selepas bergaduh dengan lanun angkasa lepas dan Meta Ridley, Samus menuju ke Tallon IV. Di sana, dia menemui runtuhan Chozo dan memperoleh kebolehan baharu ketika menyiasat kejadian sebenar tentang Phazon yang terhempas ke planet ini.
Metroid Prime asalnya tersedia untuk GameCube dan Wii, dan kini semua orang boleh mencuba versi Remastered di pada Nintendo Switch bermula hari ini.

Untuk membaca segala liputan kami tentang francais Metroid, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post