Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Nintendo Switch terlalu sukses, Presiden risau pengganti tidak memuaskan hati peminat

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 12, 2022
in Artikel, Berita, Industri, Nintendo Switch
0 0
0
Nintendo Switch terlalu sukses, Presiden risau pengganti tidak memuaskan hati peminat
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam sebuah Q&A antara pelabur Jepun pada minggu ini, Presiden Nintendo, Shuntaro Furukawa berkata bahawa perubahan Nintendo Switch ke pengganti next-gen seterusnya adalah sesuatu yang mereka amat bimbangkan selepas melihat betapa sukses konsol semasa.

“Persoalannya adalah sama ada kami dapat beralih dengan lancar daripada Nintendo Switch kepada perkakasan generasi seterusnya yang menjadi kebimbangan utama bagi kami.

Berdasarkan pengalaman kami dengan Wii, Nintendo DS dan perkakasan lain, jelas sekali bahawa salah satu halangan utama ialah cara-cara untuk beralih dari satu perkakasan ke perkakasan seterusnya dengan mudah.”

Supaya semua faham konteks yang beliau maksudkan, Nintendo cuba untuk meneruskan kejayaan besar mereka seperti Wii (101.6 juta terjual) dan DS (154 juta terjual) dengan pengganti yang kurang popular (Wii U menjual 13.5 juta dan 3DS hanya cecah 75 juta). Seperti yang korang semua dapat lihat daripada nombor, ia kurang menjadi.

Beliau sambung:

“Untuk membantu mengurangkan risiko ini, kami fokus pada membina hubungan jangka panjang dengan pelanggan. Walaupun kami akan terus melancarkan perisian baharu untuk Nintendo Switch, kami juga akan menyediakan perkhidmatan yang turut menggunakan Nintendo Account dan IP lain selain perisian gaming.

Berkenaan rancangannya untuk pengganti Nintendo Switch:

“Pada masa ini terdapat hampir 100 juta pengguna bermain secara tahunan, dan pada masa hadapan, ia penting untuk mempertimbangkan bagaimana kita boleh mengekalkan dan mengembangkan jumlah itu. Ini juga penting apabila kami mempertimbangkan rancangan kami untuk platform perkakasan seterusnya.”

Maka itu sahaja yang didedahkan. Saya sendiri pun tidak tahu apakah spesifikasi dan bila pengganti Nintendo Switch akan muncul. Versi OLED telah diumumkan tahun lepas, jadi mungkin masih lama lagi sebelum kita dapat melihat pewarisnya.

Lagipun, Nintendo baru-baru ini mengumumkan bahawa Switch telah jual sebanyak 23.06 juta unit untuk tahun fiskalnya yang berakhir pada Mac 2022, lantas meningkatkan jualan seumur hidup kepada 107.6 juta. Bersama angka itu, mereka semakin hampir untuk mengatasi rekod PS2 (155 juta) yang masih dianggap sebagai salah satu konsol paling berjaya dalam sejarah.

Apa pendapat korang? Ada pengganti Nintendo Switch akan sama laku seperti pendahulunya? Untuk segala liputan kami tentang Switch, sila tekan pautan ini.

Sumber – VGC

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: nintendo switchShuntaro Furukawa
Previous Post

Gameplay Need for Speed Mobile dibocorkan, serupa dengan NFS Heat!

Next Post

COD: Warzone Operation Monarch bermula dengan kehadiran Kong dan Godzilla!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
COD: Warzone Operation Monarch bermula dengan kehadiran Kong dan Godzilla!

COD: Warzone Operation Monarch bermula dengan kehadiran Kong dan Godzilla!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd