Nintendo telah mengumumkan Nintendo Switch Lite, versi baru Switch yang direka untuk bermain permainan video Switch dalam mod handheld. Ia akan dilancarkan di seluruh dunia pada 20 September pada $199.99 (anggaran RM 800) dalam pilihan warna kuning, kelabu dan turquoise. Set kes pelindung dan pelindung skrin juga akan disediakan.
Berbanding dengan model Switch kini, yang termasuk Joy-Cons, Switch Lite mempunyai integrated control dan saiz yang lebih kecil. Ia tidak mempunyai kickstand dan tidak menyokong output video ke TV serta boleh memainkan semua permainan video di Switch Library yang menyokong mod handheld, walaupun sesetengah permainan akan mempunyai sekatan.
Nintendo juga akan mengeluarkan Switch Lite Zacian dan Edisi Zamazenta bersama keluaran Pokemon Sword dan Pokemon Shield pada 8 November untuk $199.99 (anggaran RM 830). Model kelabu mempunyai butang berwarna cyan dan magenta, dan ilustrasi dua Pokemon Legenda.
https://www.youtube.com/watch?v=59yuBFRSZdg&feature=youtu.be
Sebuah laman web rasmi Switch System Comparison kini sudah live.
Sumber – Gematsu
@gamersantaimy
Discussion about this post