Bagi kebanyakan penggemar Nintendo di Malaysia, kita perlu membeli konsol atau game melalui kedai third party kerana Nintendo tidak rasmi menyokong negara kita. Nasib baiklah keadaan sudah berubah kerana Nintendo telah melancarkan laman web rasmi khas untuk penduduk Malaysia bersama kedai online sah.
Berikut adalah pernyataan rasmi oleh Nintendo:
Hello, ini Nintendo.
Kami dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran “Nintendo Official Website” untuk penduduk Malaysia.
Kami akan menyediakan pelbagai maklumat tentang Nintendo, termasuk konsol Nintendo Switch, perisian game dan watak daripada siri permainan seperti Super Mario dan The Legend of Zelda.

Bagi menyokong halaman baru, Nintendo telah bekerjasama dengan Maxsoft, yang akan beroperasi sebagai kedai online rasmi Nintendo di Malaysia. Selaku pengedar utama, pemain boleh mendapat konsol Nintendo, pelbagai game baru dan aksesori dengan lebih mudah. Andai kata apa-apa berlaku atau konsol Nintendo rosak – korang juga boleh menghantar peranti untuk penyelenggaraan dan pembaikan kepada perkhidmatan rasmi Maxsoft.
Di halaman beli, kita akan dibawa ke tiga pautan berlainan iaitu:
Dari sekilas pandang, semua game baru dijual termasuk Assassin’s Creed The Ezio Collection yang baru sahaja dilancarkan, dan buat sesiapa yang ingin beli konsol, nampaknya semua jenis Switch pun mempunyai stok. Kalau teringin bermain Switch, inilah masanya sebelum “sold out”!

Malangnya, laman web rasmi tidak bermaksud kita boleh membuat akaun Malaysia untuk mengakses eShop dan ciri-ciri online lain. Netizen Malaysia masih perlu membuat akaun di negara lain untuk menikmati ciri-ciri tersebut. Walaupun begitu, ini adalah langkah yang sangat penting untuk ekosistem Nintendo di negara kita dan hanyalah permulaan kepada satu rancangan besar.
Mudah-mudahan, Nintendo akan menambah lagi usaha di Asia Tenggara, dan menyokong pembuatan akaun sendiri di Malaysia supaya kita boleh menikmati faedah eShop dan ciri-ciri online lain.
Untuk segala liputan kami tentang Nintendo, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post