Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Nintendo Pictures Rasmi Diperkenalkan! Bakal Fokus Pada Penghasilan Visual Menggunakan IP Syarikat!

Maira by Maira
October 4, 2022
in Artikel, Berita, Filem, Movie/siri
0 0
0
Nintendo Pictures Rasmi Diperkenalkan! Bakal Fokus Pada Penghasilan Visual Menggunakan IP Syarikat!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas Sony dan Xbox masing-masing mengeluarkan siri dan filem, nampaknya Nintendo juga datang dengan anak syarikat yang akan fokus kepada kandungan visual yang menggunakan IP Nintendo. Sebelum ini, Nintendo telah mendedahkan bahawa mereka akan menukar studio Dynamo Pictures, sebuah syarikat animasi CG yang telah diperoleh, kepada Nintendo Pictures.

Nintendo Pictures

Rancangan tersebut nampaknya berjaya dan Nintendo sendiri telah mendedahkan logo rasmi untuk Nintendo Pictures. Bukan setakat itu sahaja, laman web rasmi juga telah dibuka. Jadi ada kemungkinan besar Nintendo sudah mempunyai pelbagai perancangan untuk animasi, filem mahupun siri dengan menggunakan bakat CG daripada anak syarikatnya itu.

Walau bagaimanapun, Nintendo tidak mendedahkan apa-apa rancangan atau siri game mana yang akan diadaptasikan kepada animasi. Pada masa yang sama, Nintendo Pictures juga boleh ditugaskan dalam bahagian gaming bagi adegan ‘cutscenes’ untuk game baru. Bercerita tentang kualitinya, memang anda tidak perlu risau kerana anak syarikat ini pernah terlibat dengan banyak projek animasi hebat seperti Dragon Ball Super: Super Hero, Yuri on Ice,  Earwig and the Witch, dan Ghost in the Shell. 

Sebelum ini, Nintendo pernah menghasilkan Detective Pikachu yang merupakan campuran live action dan animasi CGI. Filem itu dilancarkan dengan sambutan positif hingga ramai mengharapkan sekuel dalam masa terdekat. Bukan itu sahaja, satu lagi projek besar yang sedang dihasilkan oleh Nintendo bersama Illumination. Projek tersebut ialah filem Mario di mana Chris Pratt akan meminjamkan suaranya sebagai protagonis utama, Mario.

Pada pendapat anda, IP mana yang berkemungkinan besar akan mendapat projek animasi daripada Nintendo selain Pokemon dan Mario? Boleh kongsikan kepada kami di ruang komen. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Nintendo daripada kami, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: nintendoNintendo Pictures
Previous Post

Guilty Gear -Strive- buka Network Beta Test untuk uji ciri Cross-Platform — Tersedia sekarang!

Next Post

Bleach Thousand Years Blood War Sah Hadir di Disney+, Tarikh Simulcast Belum Didedahkan!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Bleach Thousand Years Blood War Sah Hadir di Disney+, Tarikh Simulcast Belum Didedahkan!

Bleach Thousand Years Blood War Sah Hadir di Disney+, Tarikh Simulcast Belum Didedahkan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd