Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Nintendo meluaskan operasi di Asia Tenggara dengan lebih banyak rakan kongsi

safwan by safwan
June 9, 2022 - Updated on June 15, 2022
in Artikel, Berita
0 0
0
Nintendo meluaskan operasi di Asia Tenggara dengan lebih banyak rakan kongsi
Share on FacebookShare on Twitter

Nintendo agak sibuk sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dan telah bekerjasama dengan pelbagai perniagaan untuk mengembangkan jenama di rantau Asia Tenggara.

Dari aspek pengguna, minat Nintendo dalam rantau Asia Tenggara memang sangat jelas selepas membuka laman web serantau termasuk Malaysia untuk memenuhi keperluan negara yang berbeza di wilayah Asia.

Walau bagaimanapun, perkhidmatan itu bukan sembarangan laman web. Nintendo telah bekerjasama dengan sekurang-kurangnya tiga pengedar berbeza di wilayah ini, bermula dengan Maxsoft sebagai pengedar utama di rantau ini, kepada Convergent yang berpangkalan di Singapura dan Central Group yang berpangkalan di Thailand.

Mempunyai lebih ramai rakan kongsi di Asia Tenggara adalah satu perkara yang bagus – kerana memberi perkhidmatan kepada pelanggan amat penting untuk memastikan jenama sentiasa kekal menarik dan popular. Ia menjadi lebih mudah untuk menjada nama jenama apabila pekerja sudah terbiasa dengan komuniti.

Menurut Pengurus Produk Serantau Convergent Systems Edwin Teoh, syarikat itu telah mula mengedarkan game first party dan aksesori, serta perkakasan game sejak 8 bulan lalu, dengan pelancaran Nintendo Switch OLED di Asia Tenggara.

Kedai seperti Lazada dan Shopee Singapura  juga dikendalikan oleh Convergent, dan menjadi cara yang baik bagi rakyat Singapura untuk mendapatkan akses kepada barangan Nintendo, serta memudahkan pembaikan untuk konsol yang dilindungi oleh waranti.

Walaupun Central Group daripada Thailand tidak memberikan sebarang komen mengenai perkara ini, tetapi jika dilihat di laman web mereka terdapat tawaran yang sama –  mereka mendapatkan bekalan konsol tersendiri serta game first-party dan aksesori untuk pasaran Thailand.

Ini termasuklah konsol seperti model Nintendo Switch biasa dan versi OLED. Antara game fizikal yang ditawarkan pula ialah Pokemon Brillian Diamond dan Shining Pearl termasuklah game akan datang, Mario Strikers Battle League. Semua ini tersedia di laman rasmi Nintendo Store Thailand, yang dikendalikan oleh JD Central, anak syarikat mereka.

Maxsoft Singapore

Sudah tentu bila bercerita tentang coverage, Maxsoft masih lagi pengedar terbesar di Asia Tenggara untuk Nintendo.

Dengan menyediakan keperluan untuk FIlipina, Thailand, Indonesia, Singapura dan Malaysia, Maxsoft sudah lama menjadi pengedar di rantau ini. Laman web mereka juga masih mengatakan bahawa mereka “satu-satunya” pengedar produk Nintendo, walaupun persaingan kini bertambah. Mereka juga mempunyai anak syarikat di Malaysia iaitu MMSoft, yang juga mengendalikan kedai dalam talian seperti Shopee dan Lazada.

Jelas sekali dengan bekerjasama dengan pengedar tempatan adalah petanda yang baik buat Nintendo pada Asia Tenggara. Dengan kerjasama ini, Nintendo boleh memberikan pemain tempatan tanpa melalui pelbagai masalah kewangan dengan membuka HQ di setiap negara.

Untuk pembeli pula, kelebihannya terletak kepada servis after sales berbanding konsol import, di mana anda perlu menghantar semua konsol untuk membaikinya. Dengan wujudnya pengedar tempatan yang mengendalikan servis after sales mungkin masa menunggu untuk konsol diperbaiki lebih pendek.

Tentang konsol pula – mempunyai peruntukan sendiri untuk negara adalah lebih baik daripada import, dan juga adalah cara yang baik untuk memastikan pengguna mendapat harga terbaik bagi produk mereka, kerana mereka tidak perlu risau tentang peruncit menaikkan harga konsol yang diimport.

Ini tidak bermakna setiap syarikat memerlukan pengedar individu sendiri- Maxsoft, sebagai contoh, mempunyai pejabat di Malaysia, jadi untuk membetulkan konsol Nintendo Switch, korang tidak perlu pergi ke Singapura. Apa yang jelas adalah bahawa peningkatan dalam rakan kongsi bermakna Nintendo sedang memberi perhatian lebih di Asia Tenggara.

Sumber – GamerBraves

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: nintendo
Previous Post

One Piece akan masuk ‘fasa finale’ selepas Wano, disahkan oleh pencipta Eiichiro Oda

Next Post

[Review] V Rising – Misi menjadi “Vampire Lord” yang digeruni ramai

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
[Review] V Rising – Misi menjadi “Vampire Lord” yang digeruni ramai

[Review] V Rising - Misi menjadi "Vampire Lord" yang digeruni ramai

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd