Semasa Nintendo Direct hari ini, telah diumumkan bahawa Gelombang kedua dari Hyrule Warriors: Age of Calamity Expansion Pass akan dilancarkan pada 29 Oktober 2021. Kandungan tambahan ini memberikan cerita, stage baru, dan aksi baru untuk watak-watak yang sedia ada. Selain itu, watak baru, Purah dan Robbie, dan “satu lagi” watak akan ditambahkan ke dalam permainan. Setiap watak mempunyai kemahiran dan gaya bertarung yang berbeza. Jadi ini akan mengubah gameplay dalam fasa kedua DLC ini.

Pertahankan Hyrule sebagai watak duo yang unik, Purah dan Robbie, dengan pelbagai teknologi kuno mereka. Lihat bagaimana tempat-tempat seperti Coliseum dan Kakariko Village 100 tahun pada masa lalu dalam peringkat cerita terbaru ini. Ketahui lebih lanjut mengenai Champion dan Guardian yang misteri dalam urutan cerita baru yang penuh emosi ketika perjuangan untuk masa depan Hyrule berterusan! Pemain yang membeli Expansion Pass juga akan mendapat akses pada fasa pertama DLC yang sudah tersedia.
Hyrule Warriors: Age of Calamity adalah pengembaraan hack and slash yang berlaku 100 tahun sebelum peristiwa The Legend of Zelda: Breath of the Wild. Dengan bermain permainan ini, pemain boleh melihat interaksi antara watak kegemaran dari permainan Switch termasuk Champion: Mipha, Daruk, Urbosa, dan Revali, dan juga Putera Sidon.
Tidak seperti permainan Zelda utama, yang berpusat di sekitar penjelajahan dan teka-teki, Hyrule Warriors lebih kepada menekan butang controller untuk memerangi gerombolan musuh yang menyerang kita. Terdapat juga musuh baru untuk dipelajari dan dihadapi. Hyrule Warriors: Age of Calamity telah dilancarkan pada bulan November 2020 dan fasa pertama DLC sudah tersedia jika anda ingin memasuki kandungan tambahan permainan tersebut.
Anda boleh membaca review kami mengenai Hyrule Warriors: Age of Calamity dan liputan lanjut dari kami mengenai Nintendo Direct dengan klik di sini.
Sumber: imore

@gamersantaimy
Discussion about this post