Semasa siaran langsung Nintendo Direct, Castlevania Advance Collection telah diumumkan hadir ke Nintendo Switch eShop pada hari ini! Edisi ini memaperkan koleksi permainan klasik Castlevania yang telah dibangunkan oleh Konami.
Sebagai tambahan kepada tiga permainan Castlevania legenda yang pertama kali dilepaskan pada awal tahun 2000-an, koleksi ini juga menyertakan Castlevania: Dracula X dan beberapa sketsa dan artwork yang belum pernah dilihat sebelum ini.
Keempat-empat permainan ini dipertingkatkan dengan ciri-ciri moden yang baru ditambah seperti Rewind, Save / Load dan Replay, menjadikan ini cara terbaik untuk bermain permainan klasik ini. Koleksi ini juga menawarkan ensiklopedia berguna, music player dengan semua soundtrack. Koleksi Castlevania ini juga tersedia di platform lain seperti PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S dan Steam.
Berikut adalah maklumat mengenai permainan yang tersedia dalam Castlevania Advance Collection.
Castlevania: Circle of the Moon

Gabungkan kad aksi dan atribut untuk mencipta lebih daripada 80 spell effect yang unik, mulai dari lingkaran api hingga badai ais, dengan ‘Dual Set-up System’.
Kisah ini mengisahkan Nathan Graves, seorang perantis pemburu vampire yang memasuki Istana Dracula bersama dengan Gurunya untuk mencegah kebangkitan kembali Count.
Castlevania: Harmony of Dissonance

Tajuk ini memperkenalkan banyak ciri baru untuk francais, seperti mod ‘Boss Rush’ dan sistem ‘Spell Fusion’ yang membolehkan pemain menggabungkan Sub-Weapon dengan Spell Book untuk memberikan mantra yang dahsyat.
Bermainlah sebagai Juste Belmont, cucu kepada Vampire Hunter legenda Simon Belmont!
Castlevania: Aria of Sorrow

Aria of Sorrow memperkenalkan sistem serangan baru yang disebut ‘Tactical Souls’, yang membolehkan Soma Cruz menangkap jiwa raksasa yang dibunuh untuk memperoleh kemampuan mereka. Ia juga mempunyai banyak kandungan New Game +.
Soma Cruz, seorang pelajar pertukaran sekolah menengah muda di Jepun, entah bagaimana terlibat dalam kitaran hidup abadi Dark Lord. Apakah peranan Soma dalam semua ini? Adakah dia akan dapat kembali ke dunianya sendiri?
Castlevania: Dracula X

Berjuang melalui Dracula’s Castle dan kalahkan musuh yang paling sukar dengan serangan khas ‘Item Crash’!
Castlevania: Dracula X adalah gambaran semula permainan aksi Castlevania: Rondo of Blood dan telah diakui sebagai salah satu tajuk Castlevania paling mencabar yang pernah dibuat. The Dark Lord Count Dracula bangkit semula dari kematian untuk menghidupkan kembali kekuatan kegelapan dan memusnahkan dunia yang rosak ini dan mencipta dunia yang baru.
Anda adalah Richter Belmont, pewaris keluarga Belmont, dan anda berangkat ke Istana Dracula untuk mengalahkan tuannya yang jahat.
Sumber: Konami
@gamersantaimy
Discussion about this post